Sejak sekian lama Pas memegang tampuk pemerintahan Kelantan, tidak banyak pembangunan yang dibuat di ngeri itu.
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, BN boleh menawan Kelantan dengan kekuatan yang dimiliki parti itu.
“Banyak yang boleh dilakukan khususnya pembangunan. BN tidak punya masalah dari segi kewangan mahupun strategi.
“Lihat sahaja apa yang mereka buat pada negeri-negeri pentadbiran mereka, tidak mustahil Kelantan boleh mencapai kemajuan apabila ia ditadbir BN,” katanya kepada Sinar Online.
Jelasnya lagi, jika dilihat, BN ada kelebihan di mana mereka mempunyai polisi dan ia boleh dibuat secara terus.
“BN hanya perlukan strategi yang betul sahaja untuk merealisasikan hasrat itu.
“Dengan dasar populis yang dibawa, Kelantan boleh dipimpin dengan baik di bawah BN. Tidak mustahil dapat direalisasikan memandangkan ia masih berada di bawah kemampuan BN.
“Kita perlu melihat sejak Pas memegang negeri itu, sejauh mana ia sudah melalui dasar pembangunan,” katanya.
Pas memerintah Kelantan sejak 1990 di bawah pentadbiran Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Setelah 27 tahun, belum banyak pembangunan yang boleh dibanggakan terhadap Kelantan.
Bukanlah terlalu mundur, namun, sudah tiba masanya, Pas ditadbir oleh kerajaan Persekutuan yang mampu melonjakkan ekonomi negeri itu.
Terdahulu, kerajaan Persekutuan dalam rangka menyiapkan 418 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dibangunkan di Machang, Kelantan, dengan kos keseluruhan RM75 juta.
Ia dibina di atas tanah berkeluasan 6.4 hektar (16 ekar) di Batu 25, Machang yang dijangka siap pada 2019.
Di Kelantan, keseluruhannya lapan projek PPR sedang dan akan dibangunkan termasuklah 1,000 unit di Kota Bharu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam lawatan ke negeri itu Ogos lalu turut meluluskan peruntukan lebih RM8 juta untuk projek jalan perhubungan desa, program ameniti sosial, perumahan rakyat termiskin dan projek khas membina surau serta baiki masjid di Parlimen Machang.
Selain itu, kerajaan Persekutuan turut membantu menyambung baki 30 kilometer Lebuhraya Rakyat di negeri itu yang panjangnya 40 kilometer.
-Sinar Harian
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.