Monday, February 26, 2018

Mahathir 'serang' kubu Najib Rabu ini

Alyaa Azhar

Sejak mula berkempen menentang Datuk Seri Najib Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad sibuk mengelilingi negara bagi menyeru orang ramai agar tidak menyokong perdana menteri yang menurutnya terpalit dengan rasuah.

Dan pada Rabu ini, ahli politik berusia 93 tahun itu dijadual masuk ke kubu utama Najib, iaitu kawasan parlimen Pekan di Pahang.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Fauzi Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan Mahathir akan berada di sekitar Chini pada tengah hari itu.

Beliau berkata bekas perdana menteri itu diundang oleh peneroka Felda di sana untuk berucap.

"Kira-kira jam tiga petang (28 Februari), beliau akan mengadakan 'walkabout' di kawasan Orang Asli," katanya.

Pada sebelah malam, Mahathir akan menyampaikan ceramah di sana yang akan turut disertai Fauzi sendiri dan Pengerusi AMANAH Pahang Hamzah Jaafar, Penerusi DAP Negeri Leong Ngah Ngah, Pengerusi BERSATU Negeri Wan Mohd Shahrir Wan ABdul Jalil dan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman.

Ini merupakan kunjungan pertama Najib ke Pekan sebagai Pengerusi HARAPAN dan BERSATU.

Najib berulangkali menafikan salah guna dana awam untuk kepentingan peribadi dan berkata ia dakwaan oleh pembangkang yang kini diketuai Mahathir untuk menjatuhkannya.

Beliau mewarisi kerusi parlimen itu daripada bapanya allayarham Tun Abdul Razak Hussein, menang tanpa bertanding pada 1976 berikutan kematian perdana menteri kedua itu dan kekal memegang kerusi itu sehingga hari ini.

Pada pilihan raya umum (PRU) tahun 1999 - selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tercetusnya gerakan Reformasi - Najib nyaris terlepas kerusi parlimen itu apabila hanya mendapat majoriti 241 undi.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/413530#S7CS5BBCWzED7ACg.99

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-