Oleh Wartawan BO
-08/04/2018
DUNGUN – Baik Pakatan Harapan (PH) mahupun Barian Nasional (BN), kedua-duanya jelas gagal dalam menangani isu rasuah yang semakin parah dinegara ini kerana jelas menurut rekod, kedua-duanya mempunyai sejarah rasuah.
Mereka diibaratkan sebagai ‘penjual ubat kurap’ yang berkempen tentang kemuharaban ubat mereka, tetapi di wajah mereka penuh dengan kurap, memperlihatkan penipuan mereka dalam memberikan maklumat yang betul tentang rasuah.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, ia dibuktikan melalui jawapan Timbalan Menteri yang telah menjadi minit persidangan parlimen atau ‘hansard parlimen, satu kertas rasmi yang diperakui.
Tambah beliau lagi, pengesahan ini tidak datang dari cakap-cakap kedai kopi, tetapi ia menjadi handsard di parlimen setelah jawapan itu diberikan oleh Timbalan Menteri ketika sesi soal jawab baru-baru ini.
Tegas beliau lagi, PAS adalah satu-satunya parti pembangkang yang tidak pernah gagal menghantar wakil mereka ke Parlimen, menunjukkan kehebatan PAS sebagai sebuah organisasi yang mempunyai 196 kawasan dan lebih 7000 cawangan di seluruh negara.
“Ahli Parlimen PAS pada tahun 1955 telah mendesak untuk Inggeris memasukkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia, inilah pentingnya suara politik yang tidak disukai oleh sesetengah pihak.
“PAS tidak masuk PRU hanya untuk mengalahkan Umno sahaja kerana jika itu tujuannya, PAS Kelantan sepatutnya sudah berhenti berjuang, tetapi PAS ingin menegakkan Islam di dunia ini, maka perjuangan PAS tidak akan selesai sehingga kiamat,” tegas beliau.
Beliau berkata demikian ketia berucap pada program ceramah sempena parasmian Markaz Pemuda Gong Pasir, Rantau Abang dekat sini pada Jumaat 6 April.
Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah serta Adun Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun.
Sehubungan itu, Ustaz Mohd Nor menekankan perihal fitnah yang melanda negara kerana kempen pilihan raya umum yang menggila bagi memenangi kerusi, tanpa mengambil ukuran dosa pahala oleh sesetengah pihak.
Diwaktu ini, jelas beliau, hati para pengundi mesti teguh dan kuat, serta mesti mempunyai keyakinan yang tinggi kepada pucuk pimpinan dalam membuat sesuatu keputusan yang tepat dan cepat dimasa genting sebegini.
“Angin PRU semakin kuat, angin yang akan membawa segala macam kekotoran bersamanya, ketika inilah ujian yang akan menggegarkan hati orang-orang yang mahukan kebaikan.
“mesti hati kita tetap dan teguh, jangan lupa bermunajat kepada Allah tidak hanya dengan menjalankan kerja biasa sahaja tetapi mesti diikat dengan harapan dan doa kepada Allah supaya rakyat akan mengundi kita,” pesan beliau kepada hadirin.
Wakil rakyat Rantau Abang pula, YB Cikgu Alias Harun menyentuh isu berkenaan velodrom rakyat yang sudah lapan tahun dijanjikan dan sudah dua kali diadakan acara pecah tanah, namun sehingga kini, tiada apa-apa perkembangan.
Majlis dihadiri oleh kira-kira 300 orang yang majoritinya terdiri daripada orang muda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak hairan sungguh, kenape le bangang se sangat pencacai2 umno ni. Kan ke yang di perkatekan oleh Tn Guru tu lebih kurang begini bunyi ny...
-
Mengapa Tamin Taja BN? [Blog Marhaen] Sebuah syarikat pembuat kicap dan sos, Syarikat Tamin yang beroperasi di Enggor Perak selama ini...
-
Apa bila terpandang aje gambar poto ni, wak rasa sangat geli nak masuk restoren ................ Anda semua bagai mane pula? Walaupun ianya ...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
Wak heran juge kenape Kongres Melayu Pulau Pinang ni terlalu sibuk dengan status quo 20 anggota jawatankuase DAP Pulau Pinang. DAP tu memang...
-
Oleh Shahbudin Husin Saya terpanggil untuk menjawab tulisan Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee yang mempertahankan tindakan is...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.