Monday, July 30, 2018

Ghairah hentam 60 tahun BN, PH lupa 22 tahun Mahathir yang perintah — KJ

Faizal Omar Hathab
- July 30, 2018


KUALA LUMPUR: Kerajaan baharu Pakatan Harapan (Harapan) perlu berhenti bersembunyi di sebalik kenyataan “membetulkan kelemahan 60 tahun BN” kata Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.

Bercakap pada kempen sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis yang bakal diadakan 4 Ogos depan, mantan menteri belia dan sukan kerajaan lama itu berkata, Harapan sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada kerja mereka sekarang.

“Mereka tidak harus lupa 22 tahun daripada pemerintahan BN itu adalah di bawah (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sebagai perdana menteri,” ujar Khairy lagi.

Mahathir menjadi presiden Umno 1981-2003 kemudian menubuhkan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk memimpin Harapan memenangi pilihan raya umum lepas sebelum dilantik menjadi perdana menteri semula.

Khairy mengingatkan Harapan agar jangan bercakap sesuka hati seolah-olah BN dan Umno tidak pernah melakukan sebarang kebaikan sepanjang memerintah enam dekad lalu.

Bahkan menurut Khairy, Malaysia tidak bankrap seperti didakwa Harapan, sebaliknya dipuji oleh Bank Dunia dan Forum Ekonomi Dunia yang dicapai semasa pemerintahan BN terdahulu. 
Foto: Bernama

Sarawakvoice

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-