Monday, August 13, 2018

'Terus nepotisme, adik Guan Eng pula dilantik senator'


Umno membidas lantikan Setiausaha DAP Pulau Pinang Lim Hui Ying sebagai senator.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lantikan anak penasihat DAP Lim Kit Siang yang juga adik Menteri Kewangan Guan Eng, menyemarakkan lagi amalan kronisme dan nepotisme dalam DAP.

“Tidak cukupkah dengan Lim Kit Siang, Guan Eng dan isterinya, Betty Chew menjadi orang penting dalam parti, sekarang ini disertai pula anak perempuan penasihat DAP ini,” katanya.

Mempersoalkan kelayakan Hui Ying, Ismail berkata dalam DAP boleh dikatakan sebahagian wakil rakyatnya mempunyai pertalian darah.

Katanya, selain keluar Lim, perkara sama turut berlaku dalam keluarga mendiang Karpal Singh.

Dalam kenyataan hari ini, Ismail perkata perkara itu amat mengecewakan kerana parti itu yang paling lantang mengkritik amalan kronisme parti serta memperjuangkan agenda perubahan.

Tetapi, kata Ismail, realitinya ia merupakan sebahagian daripada budaya dan amalan mereka.

Hui Ying dan bekas anggota parlimen Balik Pulau dari PKR Yusmadi Yusoff, Jumaat lalu dilantik sebagai anggota Dewan Negara, untuk tempoh tiga tahun.

Mereka menggantikan Siti Aishah Shaik Ismail (PKR) dan Dr Ariffin SM Omar (DAP) yang menamatkan khidmat 1 Jun lalu.

Hui Ying, 55 yang memegang ijazah ekonomi Universiti Malaya (UM) menyertai DAP pada 1999.

Beliau pernah memegang pelbagai jawatan antaranya naib pengerusi DAP Pulau Pinang dan pembantu setiausaha DAP Pulau Pinang.

Beliau dilantik sebagai pengurus pilihan raya DAP pada 2013 dan 2018 dan dikatakan membantu parti memenangi kesemua kerusi yang ditandingi di Pulau Pinang untuk kedua-dua pilihan raya umum itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-