Wednesday, August 8, 2018

Tiga pertuduhan terhadap Najib

BERITA
Diterbitkan 8 Ogs 2018, 11:00 pagi | Dikemaskini 8 Ogs 2018, 11:03 pagi


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta yang didakwa hasil daripada aktiviti haram ke dalam akaun AmIslamic Bank Berhad miliknya.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti salah itu atau RM5 juta atau yang mana yang lebih tinggi.

Berikut pertuduhan tersebut:

Pertuduhan Pertama
Bahawa kamu pada atau lebih kurang 26 Disember 2014 di AmIslamic Bank Berhad Bangunan Ambank Group No. 55 Jalan Raja Chulan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menerima wang berjumlah RM27 juta yang merupakan hasil daripada aktiviti haram melalui Real Time Electronic Transfer Of Fund and Securities (RENTAS) dalam akaun kamu di AmIslamic Bank dan Oleh itu kamu telah melakukakan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaian Keganasan dan Hasil daripada aktiviti haram (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta atau mana yang lebih tinggi.

Pertuduhan Kedua
Bahawa kamu pada atau lebih kurang 26 Disember 2014 di AmIslamic Bank Berhad Bangunan Ambank Group No. 55 Jalan Raja Chulan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menerima wang berjumlah RM5juta yang merupakan hasil daripada aktiviti haram melalui Real Time Electronic Transfer Of Fund and Securities (RENTAS) dalam akaun kamu di AmIslamic Bank dan oleh itu kamu telah melakukakan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaian Keganasan dan Hasil daripada aktiviti haram (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta atau mana yang lebih tinggi.

Pertuduhan Ketiga
Bahawa kamu pada atau lebih kurang 10 Februari 2015 di AmIslamic Bank Berhad Bangunan Ambank Group No. 55 Jalan Raja Chulan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menerima wang berjumlah RM10juta yang merupakan hasil daripada aktiviti haram melalui Real Time Electronic Transfer Of Fund and Securities (RENTAS) dalam akaun kamu di AmIslamic Bank dan oleh itu kamu telah melakukakan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaian Keganasan dan Hasil daripada aktiviti haram (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta atau mana yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-