Wednesday, August 8, 2018

LANGSUNG: Najib ditemani anak tiba di mahkamah

BERITA
Wartawan Malaysiakini | Diterbitkan 8 Ogs 2018, 7:57 pagi | Dikemaskini 8 Ogs 2018, 9:27 pagi


Sekali lagi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hadir di kompleks mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur, kira-kira 10 minit sebelum jam 9 pagi.

Kali ini Najib dijangka berdepan sekurang-kurangnya tiga tuduhan melibatkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Akitivi Haram 2001.

Dipercayai pertuduhan itu akan dibacakan di mahkamah sesyen.

Belum dapat dipastikan sama ada kes itu nanti akan dipohon untuk dipindahkan ke mahkamah tinggi atau dibawa kepada hakim yang sama membicarakan kes beliau sebelum ini.

Semalam bekas presiden Umno itu dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dimaklumkan mengenai pertuduhan hari ini.

Najib bertemu pegawai SPRM itu akademi agensi antirasuah itu di Jalan Duta.

Malaysiakini akan membawa laporang secara langsung mengenai prosiding hari ini.

Najib ialah anak bekas perdana menteri kedua Malaysia. Beliau sebelum ini sudah didakwa atas tiga tuduhan jenayah membabitkan pecah amanah dan satu salah guna kuasa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.

LIPUTAN LANGSUNG

9.20am: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam bersama kira-kira 20 penyokong Najib dilarang memasuki kompleks mahkamah oleh anggota keselamatan.

Bercakap kepada media Lokman yang baru saja dikecewakan di Sungai Kandis berkata, apa yang berlaku hari ini menunjukkan satu lagi sikap diktator pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Mereka bertindak dengan sesuatu yang tak boleh diterima akan iaitu menghalang orangg awam memasuki kompleks mahkamah.

"Bukannya nak masuk kamar mahkamah, tapi nak masuk kawasan mahkamah saja," katanya.

Menurut Lokman, kerajaan hari ini sangat terdesak untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa mereka benar-benar serius mendakwa Najib di mahkamah.
Turut hadir bersama Lokman ialah seorang lagi penyokong kuat Najib, pelakon Ellie Suriaty Omar.
9.11am: Najib kelihatan masuk dari arah bilik saksi dan mengambil tempat di kandang tertuduh.

Ia berlaku hanya beberapa minit selepas Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan anaknya Farhan Shafee serta kumpulan peguam belanya masuk.

8.55am: Peguam Rosmah Mansor, K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent berada di mahkamah untuk melihat prosiding berlangsung.

Turut ada di dalam kamar ialah pihak pendakwa diketuak Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Pejabat Peguam Negara, Mohd Hanafiah Zakaria, serta timbalannya, Ishak Mohd Yusoff serta beberapa pegawai kanan lain.

Buat masa ini peguam Najib yang diketuai Muhammad Shafee Abdullah belum kelihatan.

8.49am: Akhirnya orang yang ditunggu-tunggu tiba. Najib yang datang menaiki Toyoto Vellfire putih terus menuju ke lif di tepi bangunan kompleks mahkamah.

Menyertai Najib - yang kelihatan tenang - ialah dua orang anaknya Nooryana Najwa dan Norashman.

Beliau sempat melambai ke arah wartawan serta jurugambar yang menantinya sejak pagi tadi.

Di luar ada kira-kira 20 orang penyokong beliau berkumpul bagi memberi sokongan terhadap bekas perdana menteri berkenaan.

8.30am: Petugas media sabar berkumpul menanti kedatangan Najib. Bagaimanapun keadaan terkawal.
Sebelum ini ketika Najib didakwa kali pertama beberapa jurugambar memanjat tiang bangunan kompleks mahkamah untuk mendapatkan sudut yang lebih baik bagi merakam detik berkenaan.

Anggota Majlis Tertinggi Umno yang juga bekas calon pilihan raya kecil Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam dijangka hadir untuk memberi sokongan kepada Najib.

8.05am: Pegawai bertugas mula membenarkan wartawan yang membuat liputan memasuki Mahkamah Sesyen 9. Hakim di mahkamah ini ialah Azura Alwi.

Wartawan diberikan tempat di dua barisan terakhir tempat awam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-