Sunday, September 23, 2018

Jangan kaitkan manifesto PH dengan hutang PTPTN, kata Maszlee

Bernama
-September 23, 2018 2:33 PM

Maszlee berkata, pembangkang mahu mempolitikkan semua isu, tetapi hutang PTPTN adalah soal akhlak dan moral apabila meminjam duit hendaklah dibayar balik.

KODIANG: Kementerian Pendidikan meminta pihak tertentu termasuk pembangkang agar tidak berterusan mengaitkan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) ketika pilihan paya umum ke-14 lalu.

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata ini kerana setiap peminjam apa sekali pun, mereka perlu melunaskan hutang berkenaan, termasuk ia dituntut di dalam Islam.

“Apa pun manifesto kata, tetapi kalau sudah pinjam kenalah bayar hutang itu. Kalau sudah pinjam kenalah berusaha untuk membayar pinjaman itu.

“Pembangkang semua nak politikkan isu tetapi ini soal akhlak dan moral apabila pinjam duit kenalah bayar. Bayarlah walau dengan hanya RM10 sebulan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Siputeh di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Abd Aziz Selaiman dan para pegawai kanan kementerian.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad 3 hari lepas kesal terhadap sikap tidak amanah peminjam PTPTN yang menjadi punca jumlah tunggakan hutang pembayaran balik pinjaman tersebut menjangkau sehingga RM36 bilion.

Mahathir berkata kebanyakan daripada peminjam mempunyai pekerjaan dan memperoleh pendapatan sendiri namun masih belum mahu membayar hutang tersebut.

Manifesto PH pada kempen pilihan raya umum lalu menyebut untuk menangguh pembayaran balik pinjaman PTPTN untuk graduan berpendapatan RM4,000 kebawah sebulan.

Sementara itu mengenai prestasi kerja membaik pulih infrastruktur di sekolah daif di seluruh negara terutama di kawasan luar bandar, disiapkan segera bagi memberikan keselesaan kepada guru dan murid.

“Saya sasarkan sebanyak 10% daripada jumlah keseluruhan sekolah daif dapat disiapkan kerja berkenaan sehingga hujung tahun,” katanya.

Beliau secara dasarnya tidak berpuas hati dengan kerja berkenaan kerana disifatkan agak perlahan sejak diluluskan kerajaan terdahulu.

“Sekolah di Sarawak dan Sabah paling banyak masalah projek yang tidak disiapkan mengikut jadual dan ada juga masalah itu di beberapa buah negeri termasuk Johor, Terengganu dan Kedah,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-