Thursday, September 13, 2018

TIADA TEMPOH MASA BUAT TUN M – PKR

By watan
on September 12, 2018


Meskipun Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal kembali ke Parlimen, namun PKR tidak pernah meletakkan tempoh masa untuk Tun Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata barisan kepemimpinan dan ahli PKR memberi sokongan terhadap Mahathir bagi menerajui jawatan tertinggi dalam kerajaan.

Katanya, Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyokong penuh Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

“Kami tak pernah ikat parti (Pakatan Harapan) dengan tempoh masa Dr Mahathir jalankan tugas Perdana Menteri.

“Anwar selalu berpesan kepada kepemimpinan PKR untuk memberi sokongan penuh kepada Dr Mahathir. Kita harus kerja terjemahkan agenda reformasi.

“Kita buat keputusan, tak pernah ikat tempoh Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Anwar pun beri kenyataan berulang kali bahawa Dr Mahathir akan terus dapat sokongan kami untuk terus terajui negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya, pada Rabu.

Wartawan Watan-Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-