Stevie Chan ajukan lima soalan untuk dijawab oleh Anwar. - Gambar fail
PORT DICKSON - Calon Bebas, Stevie Chan Keng Leong hari ini mengemukakan lima soalan untuk dijawab oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keperluan mendesak untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Port Dickson.
Personaliti media sosial itu berkata persoalan tersebut adalah penting kerana beliau dan masyarakat ingin tahu mengapa keputusan PRK itu dibuat memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) baru sahaja diadakan 9 Mei lalu.
PRK itu diadakan berikutan penyandang kerusi itu dari PKR, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi itu pada 12 Sept lalu bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding.
Lima persoalan yang ditujukan kepada Anwar adalah seperti berikut:-
1. Mengapa tidak bertanding di kerusi Parlimen Pandan yang disandang oleh isterinya, Dr Wan
2. Azizah Wan Ismail atau kerusi Parlimen Permatang Pauh yang diduduki oleh anaknya, Nurul Izzah?
3. Mengapa ingin masuk semula ke Parlimen melalui PRK?
4. Mengapa memilih 'Langkah PD'?
5. Adakah boleh menerima wakil rakyat yang meletak jawatan tanpa alasan kukuh?
Adakah kekal bertanding di Parlimen Port Dickson pada pilihan raya seterusnya sekiranya menang kali ini ?
Chan berkata Anwar yang menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR baru-baru ini, boleh menjawab persoalan tersebut secara terbuka di media atau bersedia berdebat dengannya.
Selain Chan dan Anwar sebagai calon Pakatan Harapan (PH), pertandingan tujuh penjuru itu pada 13 Oktober ini turut melibatkan calon PAS, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazri Mokhtar.
Selain calon Bebas - bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad, bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, Lau Seck Yen dan Kan Chee Yuen.
- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.