Friday, October 26, 2018

Istana NS tarik balik pingat Najib, Rosmah

Diterbitkan 26 Okt 2018, 12:45 tengah hari


Istana Negeri Sembilan menarik balik darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor berkuat kuasa serta-merta.

Menurut pendaftar darjah negeri Dr Razali Ab Malik, Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) kepada Najib dan Darjah Seri Paduka Tuanku Ja'afar Yang Amat Terpuji (SPTJ) kepada Rosmah ditarik balik.

Anugerah itu masing-masing membawa gelaran Datuk Seri Utama dan Datuk Seri.

Razali tidak menyatakan sebabnya secara khusus dan hanya menyebut “keputusan itu bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan institusi diraja di Negeri Sembilan”.

Bagaimanapun penarikan balik darjah kebesaran itu dibuat di tengah-tengah pendakwaan dan siasatan bertali arus terhadap pasangan itu atas pelbagai dakwaan salah guna kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram.

Sementara itu, Razali juga berkata keputusan penarikan balik itu dibuat dalam mesyuarat khas pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat yang hari ini di Istana Besar Seri Menanti.

Najib dianugerahkan pingat berkenaan pada tahun 2005 manakala Rosmah, yang dilahirkan di Negeri Sembilan, menerima pingatnya pada tahun 2006.

Walau bagaimanapun, pasangan itu masih mempunyai banyak lagi gelaran Datuk Seri dari negeri-negeri lain.

Najib mempunyai sembilan dari Pahang, Perak, Selangor, Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Rosmah mempunyai gelaran dari Pahang, Selangor, Melaka, Kedah, Sabah dan Sarawak, yang membawa panggilan Datuk Seri atau setaraf dengannya.

Pada awal Februari lalu, istana Kelantan juga menarik balik Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) Al-Yunusi Kelantan yang dianugerahkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada April 2002.

Ini berlaku kira-kira tiga bulan sebelum Pakatan Harapan memenangi pilihan raya ke-14 dan Mahathir mengangakat sumpah jawatan sebagai jadi perdana menteri di hadapan ang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, yang juga Sultan Kelantan.

Pada 2014, istana Selangor turut membatalkan pingat Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSSA) yang diberikan kepada bakal pengganti Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membawa gelaran Datuk Seri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-