Monday, October 22, 2018

Rakyat tentukan siapa PM - Tun M

MyMetro
Mutakhir
Khairul Azran Hussin dan Siraj Mohd Zaini
cnews@nstp.com.my
DR MAHATHIR. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

TUN Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa bakal pengganti beliau selepas ini.

Perdana Menteri berkata, ini kerana rakyat berhak menentukan siapa yang layak memimpin negara.

“Saya janji akan meletak jawatan dan beri laluan kepada Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Siapa jadi Perdana Menteri adalah atas suara rakyat. Kalau rakyat mahukan orang lain (jadi Perdana Menteri) saya akan lepaskan jawatan.

“Saya pun tahu saya tidak akan lama memegang jawatan ini,” katanya pada Program Bicara Minda Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Seksyen 15, Shah Alam, hari ini.

Program itu dikendalikan oleh Moderator Tan Sri Johan Jaafar. Hadir sama ialah Tun Dr Siti Hasmah.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, beliau tidak menjamin bakal penggantinya akan menjadi seorang Perdana Menteri yang baik.

“Saya tidak boleh jamin (pengganti) lebih baik dari saya. Macam saya fikirlah lantik Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi)... dia orang agama tetapi tengoklah apa jadi.

“Begitu juga dengan Najib (Datuk Seri Najib Razak)... dia anak kepada Tun Abdul Razak Hussein... tetapi tengok apa janji,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Oktober 2018 @ 7:42 PM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-