Tuesday, November 13, 2018

Pas ragu tindakan Peguam Negara

Nasional 
by webadmin
Published on November 13, 2018 

KUALA LUMPUR – Pas meragui tindakan Peguam Negara yang menghentikan tindakan perundangan yang sedang berjalan terhadap pemimpin PH.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) berkata, sedangkan tindakan terhadap lawan politik PH dilakukan dengan begitu rakus.

“Walaupun tiada dalam kalangan Pas yang dicekup dan sentiasa membuka pintu kalau ada salah laku, namun kami ingin bertanya.

“Adakah melalui tangan-tangan ghaib yang merempuh batas pemisahan kuasa di antara legislatif, eksekutif dan kehakiman yang menjadi konsep demokrasi sebenar?,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau yang juga Presiden Pas berkata, keadaan demikian berlaku apabila sistem pemerintahan dan pelaksanaan undang-undang dipengaruhi unsur sekularisme.

“Bermula dari sinilah mengapa kami ingin memperkenalkan perbezaan di antara syariat dan undang-undang ciptaan manusia melalui RUU 355 yang tergantung, kerana sikap prejudis dalam kalangan bukan Islam dan yang Islam pula ada yang bersekongkol bersamanya,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, usaha membasmi rasuah dan meningkatkan integriti memerlukan komitmen dan kejujuran semua pihak.

“Tidak cukup dengan ungkapan retorik dan nada sinis ketika pembentangan bajet di Parlimen. Tetapi perlu diterjemahkan dalam aspek ketelusan oleh mereka yang kini berkuasa untuk meluluskan dan mengagihkan tender besar kerajaan.

“Sejauh mana menteri baharu tidak akan mengulangi budaya menteri lama, hanya waktu yang akan menentukan,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng bebas tuduhan rasuah]

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas masih bebas rasuah kata peguam]

Source: SH Nasional

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-