Saturday, December 15, 2018

Zahid tak akan tunduk desakan lepas jawatan presiden

FMT Reporters
-December 15, 2018 6:52 PM


PETALING JAYA: 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak akan tunduk dengan desakan pihak yang mahuk beliau mengundurkan diri sebagai presiden Umno.

Zahid dalam kenyataan hari ini berkata dia hanya akan patuh kepada perlembagaan dan peraturan Umno, yang menentukan 2/3 perwakilan dalam perhimpunan agung khas parti diperlukan untuk mengundurkannya.

“Saya juga akur dengan permintaan ahli-ahli akar umbi yang mahu agar Umno terus dimantapkan dan mendokong Umno semula selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14),” katanya.

Beliau juga berikrar Umno akan bekerjasama dengan PAS untuk “menterjemahkan agenda Islam dan Melayu” serta menghormati kepelbagaian agama dan kaum.

“Ahli-ahli Umno di semua peringkat hendaklah merapatkan saf dan mengenepikan sebarang perbezaan pendapat dan pendirian demi penyatuan Umno untuk melunaskan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan tanahair,” katanya.

Kenyataan itu menyusuli desakan daripada Pemuda Umno Sabah, Pemuda Umno Alor Setar dan individu seperti Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang mendesak Zahid melepaskan jawatan segera kerana masalah kepimpinan.

Desakan itu dibuat di tengah-tengah krisis kepercayaan dalam kalangan ahli parti terhadap Zahid, dengan semakin ramai pemimpin dan wakil rakyat meninggalkan parti Melayu itu.

Zahid bagaimanapun bertegas masih ramai yang mahu terus bersama Umno. “Malah sokongan kian bertambah agar Umno semakin perkasa.”

Dalam masa yang sama, dia menegaskan Umno menolak sebarang kerjasama dengan DAP, ditengah-tengah spekulasi mengenai kemasukan bekas-bekas pemimpin dan wakil rakyat parti itu menyertai PPBM, rakan dalam gabungan Pakatan Harapan yang dianggotai DAP.

“Umno tidak akan berkompromi dengan agenda yang meminggirkan Islam dan Melayu dilakukan secara halus atau terang-terangan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-