-February 2, 2019 6:46 PM

(Gambar reuters)
KUANTAN: Polis Pahang menahan seorang peniaga kerana disyaki menghina Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Facebook.
Ketua Polis Datuk Zakaria Ahmad berkata suspek berusia 45 tahun itu ditahan hari ini dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh memandangkan laporan polis terhadapnya dibuat di situ.
Beliau menambah siasatan dijalankan mengikut Akta Hasutan.
Semalam, tular di laman sosial dakwaan seorang peniaga memuatnaik kenyataan didakwa menghina di ruangan komen Facebook ke atas gambar Sultan Abdullah, namun komen itu telah dipadam.
Sementara itu, di Jerantut, Umno bahagian diketuai Datuk Nazri Ngah membuat laporan polis terhadap seorang lagi pemilik akaun Facebook yang didakwa turut menghina Sultan Abdullah.
Laporan yang dibuat di IPD Jerantut itu turut disertai 7 badan bukan kerajaan (NGO) di daerah tersebut.
“Penghinaan yang dilakukan amat mengguris hati rakyat negara ini, khususnya kepada rakyat Pahang.
“Kami mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan segera ke atas individu ini yang begitu biadap mencabar kedaulatan raja-raja Melayu,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.