Tuesday, March 5, 2019

Anwar: Bukan semua Melayu sokong Umno, PAS

Alyaa Alhadjri
Diterbitkan Hari ini 5:37 petang


Presiden PKR Anwar Ibrahim tampak tidak risau dengan kerjasama Umno dan PAS yang kian erat dan menurutnya tidak semua orang Melayu menyokong dua parti itu.

"Melayu ini bukan semuanya dalam PAS dan Umno. Dalam PKR ada, persatuan pun ramai, bukan ahli (mana-mana parti) pun ramai.

"Apa yang penting bukan perpaduan Melayu saja, tetapi memantapkan kedudukan Islam, martabatkan bahasa (Melayu) dan menjaga kepentingan semua kaum di negara kita," katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau diminta mengulas pertemuan rasmi antara pemimpin utama Umno dan PAS di PWTC - ibu pejabat Umno - hari ini.

Pertemuan itu dilihat sebagai langkah ke arah kerjasama yang lebih formal antara dua parti itu.

Anwar yang juga anggota parlimen Port Dickson sebelum itu mempengerusikan mesyuarat kaukus reformasi dan tadbir urus parlimen.
[Berita lanjut menyusul]

1 comment:

  1. InsyaAllah kerjasama kedua2 parti akan berjaya! Pas mewakili parti semua kaum, UMNO parti bumiputra, jangan lupa bawa sekali parti orang2 asal Sabah Sarawak, ianya suatu yang lengkap... Sama2 kita doakan, amin...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-