Wednesday, March 27, 2019

Kecoh CEO SPV TH berbangsa cina, ini hakikat yang PAS dan UMNO sembunyikan…



Kecoh hari ini beberapa pemimpin PAS dan UMNO memainkan isu CEO Syarikat SPV yang menguruskan asset Tabung Haji, Prokhas Sdn Bhd adalah seorang cina.

Pemimpin PAS dan UMNO memainkan isu seolah-olahnya asset TH telah dijual kepada orang cina. Namun setelah melihat kepada profil korporat ternyata sentiment perkauman itu sengaja dimainkan. Prokhas Sdn Bhd dipengerusikan oleh Dato’ Mohd Salleh Mahmud yang merupakan bekas Ketua Akauntan Negara (2005-2010). Hanya CEO nya seorang sahaja berbangsa cina dan beliau baru menggantikan bekas CEO Dr Nungsari Ahmad Radzi yang telah dilantik menjadi Pengerusi Mavcon.

Mujahid dalam jawapannya kepada ahli parlimen Pendang menyatakan :

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Ahli Lembaga Pengarah Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang telah dilantik adalah terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Kewangan (MoF). Kesemua mereka mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas dalam bidang kewangan dan yang berkaitan.

Ahli Lembaga Pengarah tersebut adalah :

1. Datuk Ahmad Badri Bin Mohd Zahir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan sebagai Pengerusi UJSB.

2. Datin Rashidah Mohd Sies, Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan.

3. Dato’ Mohd Shukri Bin Hussin, Pengarah Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd.

4. Encik Mohd Hassan Ahmad, Timbalan Setiausaha Fiskal Dan Ekonomi

5. Encik Imri Dolhadi Ab. Wahab, Ketua Seksyen Bahagian Fiskal Dan Ekonomi.

Buat masa ini, UJSB tidak mempunyai pihak pengurusan, mahupun Pegawai Ketua Eksekutif. Kesemua urusan dalam memastikan kelangsungan aset dilaksanakan oleh Prokhas Sdn Bhd, iaitu entiti milik Kerajaan yang turut menguruskan SPV milik kerajaan lain seperti Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP), Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) dan DanaInfra Nasional Berhad.

Baca lagi https://inforakyat.net/2019/03/27/kecoh-cina-ceo-spv-th-ini-hakikat-yang-pas-dan-umno-sembunyikan/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

2 comments:

  1. CEO yg power beb...

    ReplyDelete
  2. Nak habiskan hutang dan tingkatkan untung kenalah gajikan CEO yang power. Ceo kelepet duit kasi masuk jel

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-