-March 26, 2019 11:14 PM
Wan Azizah berkata perdana menteri bersetuju dengan kekecewaan Nurul Izzah.
KUALA LUMPUR: Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan Pakatan Harapan perlu menerima teguran Nurul Izzah Anwar dengan baik bagi meningkatkan prestasi pada masa akan datang.
Timbalan perdana menteri berkata pandangan anaknya itu tidak seharusnya diperlekeh begitu sahaja kerana Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad senada dengan ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
“Saya baca mengenainya dan perdana menteri pun setuju dengan kekecewaan Izzah jadi ia tidak menjadi masalah.
“Adakah satu kesalahan? Dia tidak sentuh pasal penyelewengan, isu ambil duit negara atau apa jua isu lain. Kita sebagai kerajaan perlu ambil sebagai teguran yang membina,” katanya di majlis makan malam dan perasmian Hari Wanita Sedunia 2019 malam tadi.
Sebelum ini, Izzah dalam temubual dengan Straits Times mengakui beliau “patah hati” dengan perkembangan politik negara selepas pilihan raya umum tahun lalu.
Beliau juga tidak berpuas hati dengan kekurangan naratif jelas mengenai usaha memperkuatkan aliran pertengahan dan penyertaan bekas ahli Parlimen Umno dalam Pakatan Harapan.
Katanya, tidak mudah bekerja dengan “bekas diktator” yang menjadi punca begitu banyak kerosakan berlaku.
Di Parlimen petang tadi, Izzah mempertahankan gelaran “bekas diktator” yang digunakan terhadap Mahathir.
“Untuk rekod, ia berfakta. Saya sebut sebelum pilihan raya, saya sebut semasa himpunan Bersih.
“Saya tak faham kenapa menyebutnya dalam forum berbeza, tetapi mengandungi mesej yang sama, jadi masalah,” katanya.
Ditanya mengenai kenyataannya bahawa reformasi negara bergerak perlahan, Izzah mengiyakan kenyataan tersebut dan tertanya adakah beliau tidak boleh mengulas perkara itu.
“Adakah salah? Saya fikir sesiapa sahaja boleh memberi komen mengenai langkah reformasi dan kita bekerja ke arahnya bersama-sama.”
Inilah masalahnya bila parti dikeluargakan.
ReplyDelete