Saturday, June 29, 2019

Kerjasama UMNO, Pas Jadi Keperluan



PADANG BESAR –  Kerjasama politik UMNO dan Pas sememangnya menjadi keperluan berlandaskan keadaan politik semasa yang menyaksikan orang Melayu dilihat terancam di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin berkata, kerjasama tersebut juga bagi memberi tentangan kepada kerajaan PH yang sering melakukan perkara kurang disenangi oleh rakyat khususnya orang Melayu dan Islam.

“Kerjasama ini (UMNO Pas) bagi mengimbangi PH agar tidak terus melakukan perkara yang tidak disenangi oleh rakyat,” katanya diketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar di Dewam Seri Melati, Beseri di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man; Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan timbalannya, Azizan Sulaiman.

Sementara itu, Mohamed Khalid memberitahu, UMNO dan Pas akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan mengenai piagam kerjasama antara kedua parti itu pada pertengahan bulan depan.

Katanya, pertemuan tersebut nanti bakal memuktamadkan piagam berkenaan.

“Selepas itu, kita akan mencari tarikh sesuai untuk majlis pelancaran piagam berkenaan. Pada masa ini, semua berjalan lancar,” katanya.

- UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-