Thursday, June 20, 2019

Tengok video macam Azmin - Setpol Anwar


News | Diterbitkan Hari ini 10:16 malam

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, setiausaha politik kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim memberikan pendapatnya mengenai siri video seks yang didakwa melibatkan timbalan presiden parti Mohamed Azmin Ali.

Menurut Farhash, dia tidak pasti sama ada video itu palsu atau sahih tetapi percaya salah seorang pelaku aksi lucah itu kelihatan seperti Azmin yang juga menteri hal ehwal ekonomi.

"Ini pandangan peribadi saya... Ketika video pertama itu keluar saya ragu-ragu. Ia tak berapa jelas.

"Video kedua, saya boleh katakan, kelihatan macam Azmin. Saya tak katakan ia sahih atau palsu, tetapi tengok memang macam dia," katanya pada wawancara bersama The Star.

Terdahulu, Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengakui dirinya lelaki di dalam video yang tersebar itu dan mendakwa Azmin sebagai teman seranjangnya.

Azmin menafikan dakwaan ini berkata ia komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

'Intipan seks'

Bagaimanapun, Farhash juga berkata dirinya turut dikaitkan dengan skandal klip video intim tersebut selepas didakwa terlibat dalam pembikinannya.

Farhash berkata dakwaan itu dimulakan penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang menuduhnya besama Haziq di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika polis menangkap ketua pemuda cabang parti itu.

Menurut Farhash, ketika itu dia berada di pejabatnya di Petaling Jaya dan menjelaskan cara Azmin memberikan maklum balasnya penuh dengan khabar angin.

"Saya perlu menunjukkan rakaman CCTV di mana saya berada (semasa itu) hanya untuk membuktikan hal ini disebar tanpa asas dan sekarang orang ramai berfikir saya sebahagian daripada 'intipan seks' ini.

"Tetapi yang paling penting ia sekadar cara untuk memesongkan perhatian. Azmin tidak betul-betul berkata demikian tetapi media yang bertanyakan soalan dan cara beliau menjawab menggambarkan saya di belakang video seks ini yang mana ia dakwaan tanpa bukti yang tidak masuk akal," katanya, lapor The Star lagi.
Pada 18 Julai lalu, Azmin berkata beliau yakin video seks yang didakwa melibatkan dirinya didalangi oleh "orang dalaman" parti itu susulan laporan akhbar menyatakan seorang pengerusi PKR negeri tidak dapat dikesan sejak klip itu tersebar.

Farhash yang juga pengerusi PKR Perak tampil pada hari yang sama menafikan terlibat dalam video seks itu dan menggesa Azmin meletakkan jawatan sekiranya bersalah.

Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan pembantunya itu dan meminta Farhash menggunakan saluran yang betul untuk meluahkan pendapatnya.

Dalam wawancara bersama The Star hari ini juga, Farhash berkata orang menyasarkan dirinya kerana ia cara tidak langsung untuk menyerang Anwar.

"Saya salah seorang daripada ramai kambing hitam dalam seluruh muslihat ini. Tetapi saya fikir mereka bukan benar-benar menyasarkan saya.

"Kamu perlu faham, saya mewakili presiden saya. Orang yang cuba serang beliau tidak berani menyerangnya secara bersemuka jadi mereka menyerang saya," katanya lagi.

Farhash juga menegaskan Anwar tidak bertanggung jawab dalam skandal klip video tersebut.

Walaupun telah ditegur Anwar, namun Farhash berkata dia masih tetap berpegang kepada kenyataannya sebelum ini.

"Saya fikir itu sangat adil kerana beliau tidak mahu orang ramai berfikir apa yang saya cakap menggambarkan pemikirannya.

"Saya ialah diri saya sendiri. Bagaimanapun meski saya setiausaha politiknya, saya juga sebahagian daripada kepimpinan parti.

"Saya menerajui PKR Perak selaku perngerusinya. Jadi saya juga berhak mengeluarkan pandangan saya," jelasnya lagi.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-