Sunday, July 21, 2019

Kami masih sepasukan, kata Anwar selepas Azmin tak hadir temu rapat PKR

Minderjeet Kaur
-July 21, 2019 2:54 PM

Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution di majlis temu rapat parti itu, hari ini.

PORT DICKSON:  Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali adalah satu pasukan, selepas 120 daripada 140 pemimpin parti itu memberi sokongan penuh kepadanya sebagai presiden.

“Azmin adalah timbalan presiden. Kami perlu bekerja sebagai satu pasukan, (mengadakan) mesyuarat dan perbincangan secara tetap,” kata Anwar kepada pemberita ketika majlis temu rapat parti itu, hari ini.

Ditanya jika Azmin masih menjadi sebahagian pasukan tersebut, Anwar berkata: “Dia mempunyai mandat dalam pemilihan parti yang terakhir.”

Kenyataan itu dibuat selepas Azmin tidak muncul dalam 3 hari majlis temu rapat PKR. Beliau juga tidak hadir dalam slot ucapan 15 minit malam tadi. Slot yang kosong itu kemudiannya diisi oleh Anwar.

Azmin dan Naib Presiden parti, Zuraida Kamaruddin antara 20 individu yang belum menandatangani resolusi menyokong kepimpinan Anwar. Mereka yang tidak hadir pada majlis temu rapat PKR termasuklah Naib Presiden Ali Biju dan Baru Bian.

Mengulas mengenai resolusi yang diluluskan, Anwar berkata PKR akan kembali kepada idealisme asal iaitu mengukuhkan parti dan memastikan manifesto PH dicapai.

“PKR bermula sebagai pergerakan rakyat dan akan tetap menjadi parti rakyat,” katanya, sambil menambah mereka yang hadir mahu ia bergerak sebagai parti yang bersatu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-