Wednesday, July 24, 2019

Zuraida harap Farhash lebih waras lepas bebas reman

Hariz Mohd 
Diterbitkan Hari ini 5:46 petang


Zuraida Kamaruddin mentafsir aksi Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, sejurus selepas dibebaskan daripada reman semalam sebagai tindakan seseorang yang tidak mendapat maklumat di dunia luar lokap.

Zuraida yang kini menduduki jawatan naib presiden PKR menambah beliau bersimpati dengan keadaan Farhash yang didakwanya masih dibelenggu dengan tanggapan sendiri.

"Saya rasa Farhash mungkin tertutup dengan maklumat-maklumat yang berlaku di luar sewaktu dia direman.

"Jadi dia mungkin tak dapat maklumat yang terkini... saya simpati kepada dia kerana masih terbelenggu dengan tanggapan dia," katanya.

Justeru menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu berharap selepas dibebaskan daripada reman, setiausaha politik Anwar Ibrahim itu akan mendapat maklumat terbaru.

"Saya harap dia dah dapat update dan dapat bagi maklum balas yang lebih waras insya-Allah," katanya.

Zuraida berkata demikian semasa ditemui media di majlis pelancaran program Fund MyHome dan Skim Depositku di Kementeran Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Putrajaya petang ini.

[Berita lanjut menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-