Sunday, December 8, 2019

Ada 1,001 kisah sejarah kenapa petik kisah Si Kitul, soal Azmin

BERITA
News | Diterbitkan Hari ini 10:58 malam

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sekali lagi membangkitkan tindakan presiden parti Anwar Ibrahim membangkitkan kisah Si Kitul dan Raja Mandeliar dalam ucapan dasarnya di Kongres Nasional PKR ke-20 semalam.

"Kalau nak baca sejarah kita ada 1,001 sejarah lain, mengapa nak baca sejarah yang boleh memecahkan perpaduan dalam parti?

"Kalau saya boleh tunjuk contoh teladan yang baik, kalau kartel boleh tunjuk contoh teladan yang baik...," katanya disambut sorakan hadirin di Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Hotel Rennaisance Kuala Lumpur, malam ini.

"Saya bukan marah, saya geram," katanya lagi.

Program itu yang menghimpunkan pemimpin dan anggota parti yang menyokongnya, diadakan beberapa jam selepas sebahagian mereka tidak menghadiri hari terakhir kongres yang ditutup oleh Anwar.

Ketika kongres semalam, ratusan ahli PKR bertindak meninggalkan dewan ketika sesi perbahasan perwakilan.
Ia susulan beberapa pembahas yang menyuarakan kritikan yang dilihat ditujukan kepada Azmin.

Dalam sidang media tergempar yang diadakannya dan sekumpulan pemimpin lain, Azmin dan sejumlah pemimpin parti yang menyokongnya menyalahkan ucapan dasar Anwar - yang memetik kisah Si Kitul dan Raja Mandeliar - sebagai pembuka jalan kepada serangan oleh pembahas.

Mengulas lebih lanjut ucapan dasar Anwar, Azmin berkata ia tidak menyentuh isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat.

"Saya sendiri saksikan semalam, langsung tak sentuh soal perumahan, pekerjaan ekonomi dan pendidikan. Sedangkan saya tunjukkan contoh bila diberi amanah rasmikan kongres pemuda dan wanita, ia berjalan dengan baik.

"Saya tak sentuh mana-mana peribadi sama ada secara langsung atau tidak langsung. Saya tak sebut Si Kitul ke, Si Ketul ke, Si bendul ke," katanya.

Bagaimanapun Anwar dalam ucapan dasarnya semalam antara lain ada menyebut soal PTPTN, Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) dan kekalahan PH di PRK Tanjung Piai baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-