Sunday, December 8, 2019

Tiada kelibat Azmin dan penyokongnya di hari terakhir kongres PKR

Diterbitkan Hari ini 10:24 pagi

BERITA

KONGRES PKR | Hari terakhir kongres PKR menyaksikan majlis dimulakan dengan hanya kira-kira satu pertiga daripada 2,642 perwakilan setakat pukul 9 pagi tadi. Jumlah itu sekadar mencukupi untuk memenuhi korum.

Bagaimanapun, kira-kira sejam selepas majlis bermula, kerusi-kerusi perwakilan mula dipenuhi hadirin.

Antara pemimpin PKR yang tidak kelihatan ialah Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden Zuraida Kamaruddin dan Ketua Wanita Haniza Talha.

Turut tidak kelihatan ialah anggota majlis kepimpinan pusat (MPP) yang dikaitkan dengan kem Azmin.

Semalam, sejumlah hadirin kongres yang dipercayai penyokong Azmin meninggalkan dewan sebagai bantahan terhadap ucapan perwakilan di pentas yang dilihat mengkritik timbalan presiden mereka.

Pada sidang akhbar di tempat berasingan semalam, mereka juga mendakwa bahawa analogi tentang Si Kitol dan Raja Mandeliar yang digunakan Presiden Anwar Ibrahim dalam ucapannya membuka laluan kepada para pembahas lain untuk melancarkan serangan peribadi terhadap Azmin.

Beberapa perwakilan semalam menggunakan istilah "pengkhianat" dalam ucapan mereka.

Pagi ini, Azmin memuat naik kenyataan pendek di media sosialnya yang berbunyi: "Kerana pengkhianat inilah parti ini terbina selama 20 tahun".


Mohamed Azmin Ali
✔@AzminAli


“Pengkhianat”.


212
9:23 AM - Dec 8, 2019
Twitter Ads info and privacy
258 people are talking about this


Bagaimanapun, Naib Presiden Tian Chua, yang merupakan antara yang berada sidang akhbar Azmin semalam, dilihat di pentas di kongres pagi ini.

Tian Chua juga dijangka menyampaikan ucapan penggulungan hari ini.

Ucapan Haniza dijangka akan dibaca oleh Naib Ketua Wanita Sangeetha Jayakumar.

Ketika laporan ini ditulis, jurucakap Haniza masih belum menjawab pertanyaan tentang ketidakhadirannya.

Tidak dapat dipastikan jika Azmin akan diwakili oleh sesiapa.

[Berita lanjut menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-