Showing posts with label Kongres PKR. Show all posts
Showing posts with label Kongres PKR. Show all posts

Sunday, December 8, 2019

Tian Chua kena boo ketika sebut nama Azmin

Diterbitkan Hari ini 1:00 tengahari

BERITA

KONGRES PKR | Suasana dewan di MITC Melaka pada hari terakhir Kongres PKR riuh apabila Naib Presiden PKR Tian Chua menyampaikan ucapan.

Kongres hari ini bermula tanpa kehadiran beberapa pimpinan utama termasuk Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden Zuraida Kamaruddin dan Ketua Wanita Haniza Talha.

Kehadiran Tian Chua mencuri tumpuan kerana beliau merupakan antara yang hadir bersama penyokong Azmin pada sidang media semalam menyatakan rasa tidak puas hati kerana melihat kongres menjadi medan mengkritik timbalan presiden.

Ketika mengambil alih pentas tengah hari ini, Tian Chua pada mulanya mendapat sorakan daripada hadirin yang menyifatkannya sebagai berjiwa besar.

Bagaimanapun, nada sorakan bertukar sebaik Tian Chua menyebut nama Azmin dan Zuraida.

Hadirin turut memberi reaksi sama ketika Tian Chua menyentuh soal jawatan perdana menteri.

Susulan itu, Presiden PKR Anwar Ibrahim yang berada di pentas dilihat berdiri dari kerusinya untuk menenangkan keadaan.

Pengerusi tetap Ahmad Kassim kemudian mengingatkan para hadirin menghormati presiden.

[Berita lanjut menyusul]

Tiada kelibat Azmin dan penyokongnya di hari terakhir kongres PKR

Diterbitkan Hari ini 10:24 pagi

BERITA

KONGRES PKR | Hari terakhir kongres PKR menyaksikan majlis dimulakan dengan hanya kira-kira satu pertiga daripada 2,642 perwakilan setakat pukul 9 pagi tadi. Jumlah itu sekadar mencukupi untuk memenuhi korum.

Bagaimanapun, kira-kira sejam selepas majlis bermula, kerusi-kerusi perwakilan mula dipenuhi hadirin.

Antara pemimpin PKR yang tidak kelihatan ialah Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden Zuraida Kamaruddin dan Ketua Wanita Haniza Talha.

Turut tidak kelihatan ialah anggota majlis kepimpinan pusat (MPP) yang dikaitkan dengan kem Azmin.

Semalam, sejumlah hadirin kongres yang dipercayai penyokong Azmin meninggalkan dewan sebagai bantahan terhadap ucapan perwakilan di pentas yang dilihat mengkritik timbalan presiden mereka.

Pada sidang akhbar di tempat berasingan semalam, mereka juga mendakwa bahawa analogi tentang Si Kitol dan Raja Mandeliar yang digunakan Presiden Anwar Ibrahim dalam ucapannya membuka laluan kepada para pembahas lain untuk melancarkan serangan peribadi terhadap Azmin.

Beberapa perwakilan semalam menggunakan istilah "pengkhianat" dalam ucapan mereka.

Pagi ini, Azmin memuat naik kenyataan pendek di media sosialnya yang berbunyi: "Kerana pengkhianat inilah parti ini terbina selama 20 tahun".


Mohamed Azmin Ali
✔@AzminAli


“Pengkhianat”.


212
9:23 AM - Dec 8, 2019
Twitter Ads info and privacy
258 people are talking about this


Bagaimanapun, Naib Presiden Tian Chua, yang merupakan antara yang berada sidang akhbar Azmin semalam, dilihat di pentas di kongres pagi ini.

Tian Chua juga dijangka menyampaikan ucapan penggulungan hari ini.

Ucapan Haniza dijangka akan dibaca oleh Naib Ketua Wanita Sangeetha Jayakumar.

Ketika laporan ini ditulis, jurucakap Haniza masih belum menjawab pertanyaan tentang ketidakhadirannya.

Tidak dapat dipastikan jika Azmin akan diwakili oleh sesiapa.

[Berita lanjut menyusul]

Saturday, December 7, 2019

Sorakan pecat ahli keluar dewan riuhkan kongres PKR

Diterbitkan Hari ini 6:50 petang 

BERITA

KONGRES PKR | Hadirin yang terus berada di Kongres PKR selepas sejumlah penyokong Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali meninggalkan dewan, bersorak agar mereka yang keluar dipecat.

Ia terjadi ketika perwakilan Wilayah Persekutuan Che Zam Hamzah berucap.

Che Zam dalam ucapannya berkata dia ingin mengusulkan agar anggota parti yang meninggalkan dewan dirujuk kepada lembaga disiplin parti.

"Saya mahu mereka-mereka ini dibawa ke lembaga disiplin," kata Che Zam yang disambut tepukan gemuruh hadirin.

"Kerana mereka (yang meninggalkan dewan) tidak mematuhi peraturan parti dan tidak mematuhi kepada persefahaman PH," katanya.

Pada ketika itu, hadirin mula berdiri dan bersorak "Pecat, pecat ", sebelum diminta bertenang oleh timbalan pengerusi tetap kongres Othman Karim.

"Silakan duduk, bertenang. Pengerusi tetap juga pengerusi lembaga disiplin, mesej diterima," kata Othman.
Perwakilan Wilayah Persekutuan Che Zam Hamzah.
Che Zam dalam ucapannya sebelum itu mengecam pihak yang menurutnya berkemungkinan cuba menghalang Presiden PKR Anwar Ibrahim dari menjadi perdana menteri kelapan.

"Jangan ada sekelumit yang menghalang (Anwar jadi perdana menteri). Kita boleh berbeza pendapat, tapi menghalang, melalui pintu apa sekali pun, untuk presiden kita menjadi perdana menteri kelapan.

"...Tiada kompromi tentang itu," katanya.

"Saya sudah puas melihat penghinaan terhadap presiden kita. Enough is enough," katanya lagi yang terus disambut tepukan gemuruh hadirin yang berdiri.

Sehari sebelum kongres PKR bermula, Anwar dan Azmin berjumpa dan dilihat mencapai kata sepakat untuk berdamai.

Ketika menyampaikan ucapan dasar, kedua-dua mereka juga dilihat menyeru agar penyokong masing-masing berdamai.

Bagaimanapun, sejumlah perwakilan dilihat menghalakan kritikan kepada Azmin ketika mengambil alih pentas perbahasan, yang seterusnya menyebabkan sejumlah hadirin kongres meninggalkan dewan.

Friday, December 6, 2019

Kongres AMK bermula kecoh, bekas pengerusi tetap dihalang masuk



BERITA

KONGRES PKR | Kekecohan berlaku di luar dewan tempat berlangsungnya kongres Pemuda PKR hari ini, apabil bekas pengerusi tetap Mizan Adli Mohd Noor dan sejumlah ahli yang mengatakan mereka sebagai perwakilan, dilarang masuk.

Kekecohan bermula kira-kira pada jam lapan lagi apabila petugas keselamatan menghalang Mizan dan penyokongnya, dan kemudian menutup pintu dewan.

Situasi menjadi semakin tegang apabila kedua-dua pihak mula menjerit dan menolak satu sama lain.

Mizan yang berbaju Melayu hitam dilihat memberitahu pengawal keselamatan bahawa tindakan menghalangnya masuk adalah tidak adil.

Dia bagaimanapun berjaya masuk ke dewan selepas merempuh kerumuman di pintu dewan.

Bercakap dengan Malaysiakini kemudian, Mizan berkata dia dihalang kerana telah dilucutkan daripada jawatan pengerusi tetap.

"Mereka pecat dan tak beri saya masuk ke dalam dewan, ini tidak adil, tidak demokrasi.

"Hasil pertemuan presiden (Anwar Ibrahim) dan timbalan (Azmin Ali) sudah setuju untuk memilih (pengerusi tetap) yang baru. Jadi kenapa tak bagi saya masuk?" soalnya.
Sekretariat kongres kemudian menjelaskan kumpulan tersebut dilarang masuk kerana tiada pas yang sepatutnya.

"Hanya perwakilan yang ada pas yang betul dibenarkan masuk. Kami akan meneruskan kemasukan setelah keadaan terkawal," kata anggota sekretariat di kumpulan Whatsapp bersama pemberita.

Baca: Kongres Pemuda PKR umum pengerusi tetap, timbalan baru

Ketika kekecohan itu berlaku, Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Md Akin dalam dewan mengumumkan pelantikan pengerusi tetap dan timbalannya yang baru.

Setiausaha AMK Melaka Rashid Abu Bakar dipilih sebagai pengerusi tetap manakala Setiausaha AMK Kedah Wan Mohamad Syahezral Wan Shahidan sebagai timbalannya.

Setakat berita ini ditulis keadaan sudah menjadi sedikit tenang tetapi masih ada perwakilan yang tidak dibenarkan masuk dan memenuhi ruang pintu masuk dewan.

Laporan oleh
Geraldine Tong, Naimmullah Jaya, Wong Kai Hui dan Yasmin Ramlan.

Akmal ucap terima kasih Azmin sudi hadir

Diterbitkan 5 Dis 2019, 11:52 malam

BERITA

KONGRES PKR | Di tengah-tengah pergeseran konflik dalaman parti yang melibatkan kumpulan presiden PKR dan orang keduanya, Ketua Pemuda PKR (AMK), Akmal Nasir, malam ini berterima kasih terhadap Azmin Ali kerana sudi merasmikan kongres nasional tahunan sayap parti itu.

Ketika menyampaikan ucapannya di MITC di Ayer Keroh, Melaka ahli parlimen Johor Bahru itu berkata perubahan yang berlaku dalam masa 24 jam menjadi bukti penting bahawa mereka mampu untuk mendepani cabaran demi kepentingan bersama.

Perubahan 24 jam itu dipercayai merujuk kepada keputusan dicapai dalam perjumpaan tertinggi parti yang dipengerusikan presiden parti Anwar Ibrahim di bangunan parlimen semalam.

Melalui perjumpaan itu, pimpinan tertinggi mencapai kompromi apabila mengekalkan tradisi memberi ruang kepada timbalan presiden merasmikan kongres sayap parti.

Pergeseran dalaman di antara dua kumpulan itu sebelum ini menyaksikan sebahagian pemimpin AMK menjemput bekas presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail, menjadi perasmi.

Melalui persefahaman yang dicapai semalam, Azmin kekal merasmikan kongres sayap PKR, manakala Dr Wan Azizah menutupnya.

Anak muda dah tak sokong

Antara yang menghadiri pertemuan itu ialah Azmin, Naib Presiden PRK, Zuraida Kamaruddin, Abdul Rashid Hasnon, R Sivarasa, Elizabeth Wong dan Amirudin Shari.

"Semalam sewaktu bersama (mesyuarat khas) Biro Politik (saya) sangat rendah diri dan terharu apabila pimpinan kita, presiden dan timbalan presiden duduk bersama merungkai mencari jalan bagaimana agar dapat bekerjasama dan perkuatkan parti.

"Mungkin dalam beberapa bulan ini pendirian kami sedikit berbeza tapi dalam soal parti dan kongres kita letak semua itu ke tepi dan angkat parti bersama-sama," ujarnya.
Meskipun, 'diapit' kumpulan penyokong kuat kem Azmin, Akmal menegaskan masalah sebenar parti itu bukanlah berlaku di peringkat dalaman namun berlaku di luar parti.

"Lihat baru-baru ini bagaimana PRK (Tanjung Piai) anak-anak muda tidak lagi menunjukkan sokongan kepada kita," tambahnya.

Mengulas mengenai pertemuannya dengan pimpinan tertinggi parti semalam, Akmal menjelaskan mereka mencapai kata sepakat untuk memutuskan pimpinan yang akan merasmikan pembukaan dan penutup bagi kongres wanita dan pemuda.

"Perbincangan semalam kita setuju hari ini kita raikan timbalan presiden dan esok pula kita akan raikan Dr Wan Azizah dalam majlis penutup bersama," katanya sambil tersenyum.
Dalam ucapannya malam ini, Akmal turut menggesa pembabitan semua pihak - sama ada AMK dan Wanita - dalam menelusuri perjalanan mereka sebagai sebuah parti.

Beliau yang menegaskan PKR sebuah parti yang menegakkan semangat reformasi, prinsip berbilang bangsa harus menolak kezaliman dalam amalan politik mereka dan tidak seharusnya mencontohi parti lawan yang sering memainkan isu perkauman dalam perjuangan mereka.

Berpesan kepada perwakilan yang akan terlibat dalam kongres hujung minggu ini, Akmal memberitahu agar mereka menjaga adab ketika kongres dan berhujah sebaiknya.

"Kita bina parti ini dari bawah, bermula dari jalan raya kini kita di Putrajaya.

"Biar selepas kongres apa yang dibincang dan diputuskan menjadi cabaran buat kita semua untuk dibawa pulang ke kawasan masing-masing," tambahnya.

Beliau yang mengakhiri ucapan dengan berterima kasih kepada Azmin dan mengajak perwakilan serta pimpinan untuk bersatu hati bersama presiden turut menerima sorakan gemuruh daripada para hadirin yang memenuhi dewan persidangan.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-