Friday, February 28, 2020

Bukan lagi menteri, Khalid merayu panjang kepada Dr Mahathir

MYT
Jumaat, 28 Feb 2020 10:27 AM 

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Khalid Samad membuat beberapa rayuan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
 ― Foto oleh Miera Zulyana

KUALA LUMPUR, 28 Feb Mungkin kini memiliki lebih banyak masa lapang, Khalid Samad membuat beberapa rayuan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Khalid, 62, menerusi beberapa kiriman di Twitter menggesa Dr Mahathir menunaikan janjinya menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tolong Tun, sokong Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagaimana mereka menyokong anda.

“Sengsara dan derita yang anda lakukan kepada mereka tidak melunturkan sokongan mereka terhadap anda.

“Anda tidak mempunyai banyak sebab untuk menolak mereka. Sokongan mereka membuatkan anda menjadi perdana menteri pada 2018.

“Sokongan anda sebagaimana yang dijanjikan akan menjadikan Anwar perdana menteri sekarang,” coretnya dalam bahasa Inggeris.

Khalid merupakan bekas menteri Wilayah Persekutuan walau dipilih sebagai ahli Parlimen Shah Alam.

Jawatan menterinya secara automatik terlucut selepas Dr Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-