Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Tuesday, April 7, 2020

Pandangan saya tentang arak konsisten, kata menteri agama


Menteri Hal Ehwal Islam, Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan mengapa pada awalnya dilihat berdiam diri berhubung kelulusan yang diberikan kepada syarikat bir untuk beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Zulkifli dalam hantaran di Facebook berkata, pendiriannya bahawa arak dilarang dalam Islam sentiasa konsisten dan tanpa kompromi.

"Arak atau minuman beralkohol bukan sahaja dilarang dalam Islam, malah ia digambarkan dengan keburukan dan bahayanya dalam agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh dan lain-lain.

"Apalah erti kehidupan kita jika masing-masing tidak berpegang teguh dengan nilai-nilai yang diajarkan dalam agama?" soalnya dalam hantaran di Facebook.

Berikutan bantahan oleh pemipim Umno, PAS dan Bersatu, Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan membatalkan kelulusan untuk syarikat Heineken Malaysia Bhd dan Carlsberg beroperasi semasa PKP.

Ini susulan daripada surat bertarikh 31 Mac oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kepada Heineken yang membenrkan pengeluar minuman beralkohol itu beroperasi semasa PKP.

Surat berkenaan ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan, Hasnol Zam Zam Ahmad.

Heineken kemudian mengesahkan bahawa ia hanya dibenarkan beroperasi dengan 10 peratus pekerja semasa PKP.

"Mengapa saya tidak membuat apa-apa ulasan? Mereka yang mengenali saya sejak menjawat jawatan mufti Wilayah Persekutuan 6 tahun lalu, pasti faham akan sikap saya.

"Apabila Imam al-Syafie ditanya berkenaan suatu perkara, adakalanya beliau diam sejenak dan berfikir. Dikatakan kepadanya: “Tidakkah kau mahu menjawab?” Beliau membalas maksudnya: “Sehingga aku tahu kebaikan itu pada diamnya aku atau pada jawapanku.”," katanya.

Kata Zulfkili lagi, beliau juga amat tidak selesa untuk menjawab bagi pihak kementerian lain.

"Boleh jadi jawapan saya tepat atau salah.

"Malah, saya juga tidak mengetahui adakah apa yang saya fahami, benar-benar seperti yang dikatakan orang atau sebaliknya.

"Soalan-soalan yang berbaur kontroversi atau bertujuan melaga-lagakan saya dengan sesiapa sahaja, itulah yang terutamanya saya elakkan.

"Ini kerana, kalau saya tergesa-gesa menjawabnya, boleh jadi ia menjatuhkan maruahnya.

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-