-May 17, 2020 5:08 PM

Pemimpin PN antaranya Jeffrey Kitingan (kiri), Zahid Hamidi (3 dari kiri), Muhyiddin Yassin, Hadi Awang, Azmin Ali, dan pemimpin GPS, Fadilah Yusof pada 20 Feb lalu.
PETALING JAYA: PPBM, Barisan Nasional dan PAS, serta Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah, dan Parti Solidariti Tanah Airku merangka suatu memorandum persefahaman Perikatan Nasional, menurut kenyataan hari ini.
MoU itu mengandungi 5 tujuan antaranya memperkasa dan memartabatkan keluruhan Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan Raja-raja Melayu, prinsip Rukunegara, dan menjamin kebajikan dan kepentingan seluruh warga Malaysia “tanpa mengira agama dan bangsa”.
Ia juga mahu memperkukuh semangat perkongsian dan kekitaan Malaysia antara Sabah, Sarawak, dan Semenanjung demi untuk merealisasikan aspirasi dan matlamat Perjanjian Malaysia 1963.
“PPBM, BN, PAS, GPS, PBS, dan STAR menyokong penubuhan PN melalui kerjasama gabungan parti-parti politik,” kata kenyataan itu.
Ia ditandatangani Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin; Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; Pengerusi GPS, Abdul Rahman Johari Abang Openg; Presiden PBS, Maximus Johnity Ongkili; dan Presiden STAR, Jeffrey Gapari Kitingan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.