Showing posts with label PBS. Show all posts
Showing posts with label PBS. Show all posts

Monday, September 28, 2020

Spekulasi berhubung pembelotan kepada Warisan meningkat

Willie Jude
freemalaysiatoday.com
-September 28, 2020 6:58 AM
Warisan dan sekutu menang 32 kerusi DUN dalam pilihan raya negeri, kurang 5 daripada majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

KOTA KINABALU: Sekumpulan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang baru dilantik dari Gabungan Rakyat Sabah dipercayai berada dalam perjumpaan lewat malam dengan Presiden Warisan Shafie Apdal malam tadi, sewaktu meningkatnya spekulasi mengenai pembelotan untuk menyertai bekas gabungan pemerintah itu.

“Ya, pasti, mereka semua berkumpul di rumah Shafie,” menurut sumber Warisan, merujuk kepada ahli GRS dan pemimpin Warisan.

Pertemuan itu dibuat beberapa jam selepas PBS secara tidak langsung menuduh Warisan cuba memancing Adun parti itu berikutan kegagalan Warisan memperoleh majoriti pada pilihan raya negeri Sabtu lalu.

Kenyataan PBS itu menyebut tentang tawaran wang dan jawatan yang dibuat.

Terdahulu, Ketua Penerangan PBS Joniston Bangkuai menafikan dakwaan bahawa parti itu akan bergabung dengan Warisan Plus untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

Bekas perdana menteri Najib Razak juga mempersoalkan sama ada Warisan menggunakan politik wang selepas berkempen menentang rasuah politik.

“Adakah ‘parti kapal’ sekarang bermain politik wang untuk melahirkan katak politik setelah kalah dalam pilihan raya negeri?” katanya.

GRS yang terdiri daripada Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan PBS menang 38 kerusi dalam pilihan raya negeri itu.

Warisan Plus menang 32, kurang 5 daripada majoriti, sementara 3 lagi kerusi dimenangi calon Bebas.

PBS dakwa ‘parti kapal’ hubungi pemimpinnya untuk beli kerusi, tawar duit, jawatan

FMT Reporters
freemalaysiatoday.com
-September 27, 2020 11:11 PM
PBS mendakwa disebabkan mahukan jawatan dan kuasa, terdapat pihak tertentu daripada “parti kapal” mula menghubungi pemimpin parti itu bertujuan untuk membeli kerusi.

PETALING JAYA: PBS hari ini mendakwa parti itu dijadikan sasaran fitnah susulan kemelut pelantikan calon ketua menteri Sabah yang sehingga kini masih belum selesai.

Parti itu dalam kenyataan di Facebook berkata, disebabkan mahukan jawatan dan kuasa, terdapat pihak tertentu daripada “parti kapal” mula menghubungi pemimpin daripada parti itu bertujuan untuk membeli kerusi.

“Mainan politik kotor parti lawan yang pada masa kempen kononnya mengamalkan nilai prinsip dan maruah, nilai kesatuan dan integriti kini berubah wajah, berubah rupa.

“Mereka yang kononnya parti tempatan lebih baik daripada parti Malaya tetapi sebenarnya bertopengkan musang. Kerana mahukan jawatan dan kuasa, parti kapal ini mula menghubungi Yang Berhormat (YB) PBS untuk beli kerusi.

“Mereka sanggup menawar duit dan jawatan untuk YB PBS,” katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan PBS Joniston Bangkuai menafikan dakwaan akan bersatu tenaga dengan Warisan Plus untuk menubuhkan kerajaan negeri Sabah yang baharu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam, PBS berjaya memperoleh kemenangan di 7 kerusi ditandingi mereka. Kerusi itu adalah di DUN Matunggong, Tandek, Tamparuli, Kiulu, Lumadan, Kundasang dan Telupid.

Menurut parti itu, PBS bukan parti yang baru dibina serta bukan parti murahan dan tidak berwibawa. Katanya, PBS terbentuk daripada rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.

“Sedarlah wahai Warisan Plus, PBS bukan parti yang baru dibina kelmarin, PBS bukan parti yang murahan dan tidak berwibawa.

“PBS pernah dianiaya, difitnah dan dicaci, tapi PBS kekal berdiri untuk rakyat. PBS berpegang pada prinsip dan maruah, PBS akan kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.

GRS terdiri daripada PN, BN dan PBS menang 38 daripada 73 kerusi dipertandingkan pada PRN Sabah sekali gus berjaya menubuhkan kerajaan negeri yang baharu.

Warisan Plus pula memenangi 32 kerusi, manakala bakinya dikuasai calon bebas.

Sunday, September 13, 2020

Kantoi !!! Rupanya Pas serah kerusi tradisinya di Sabah kepada MCA

mhdaily.net
13/09/2020 12:00 PM


Baru tahu.. Rupanya satu satunya Kerusi tradisi yang PAS kata kuat, ada jentera di Karamunting pun diserahkan kepada MCA dan PBS… Itu kalau pemimpin PAS sendiri tak merungut.. kita pun tak tahu…

Elok lah..Allah nak tunjuk, Kawasan tu Majoriti Bumiputera Melayu.. Tapi diserahkan pada parti Cina MCA, dan Parti Kristian PBS.. tapi takda sapa pun mana mana dari Pejuang Melayu..Ustaz2 hat kata PAS tunduk kepada orang Kapir atau jadi Khadam MCA..

Ingat lagi.. Masa PRK Permatang Pauh, Itu kerusi tradisi Ds Anwar.. Selepas Anwar dipenjara, Ulama PAS siap buat fatwa haram undi Wan Azizah.. Kononnya sebab tolak Hudud.. Bila wartawan tanya Haji Hadi..Haji Hadi s seeolah olah setuju dengan fatwa Ulama PAS permatang pauh, dia jawab cakap no komen..

itu lah Jahatnya Haji Hadi..dalam pada Ds Anwar dizalimi.. sikit pun takda rasa simpati masa tu pada Wan Azizah walaupun Ds Anwar dizalimi dan dipenjarakan….siap arah tarik jentera parti PAS di Permatang Pauh…

Cuma nak bagi tahu, Hat DAP yang hangpa fitnah anti Islam..Satu kerusi PAS dia tak pernah ambil pun.. Siap depa bagi laluan kat PAS kerusi majoriti Cina hanya sebab masa tu nak menangkan calon PAS…

Bila Haji Hadi bergaduh dengan DAP.. bayangkan, walhal DAP cuma lawan MCA dan MIC.. PAS datang kempen tolak DAP..ada kawasan PAS letak calon punya jahat nak bagi DAP Kalah… Itulah wajah jahat dan Khianat PAS..

Tapi hari ini Allah tunjuk.. Bukan saja dari 50 Kerusi UMNO dan Bersatu, Satu pun depa tak bagi PAS.. Kerusi hat sepatutnya PAS bertanding pi bagi kat MCA dan PBS… punya lah teruk sanggup dilacurkan prinsip agama hanya kerana mempertahankan kedudukan jawatan dalam Kerajaan PN….

Asal kewujudan Khawarij ini pun kerana Ghanimah.. berebutkan harta dan kekayaan.. berasa diri mereka suci, kata Nabi watak Dzul Khuwaishirah akan lahir dari benih orang ini kelompok Khawarij.. Sejarahnya ketika Nabi dan Tentera Islam sedang berbahagi Ghanimah…datang puak Dzul Khuwaishirah ini.. Dia katakan pada Nabi..

يَا رَسُولَ اللَّهِ اعْدِلْ..
Wahai Rasulullah..Berlaku Adil lah…

Rupanya Khawarij ini memang dari dulu berebutkan Ghanimah dan GLC zaman Nabi… sehingga menuduh Nabi yang Amanah itu sebagai tidak adil…

Masa zaman fitnah Khawarij di zaman Saidina Ali.. Saidina Ali pun depa Khawarij Kapirkan.. hanya kerana Saidina Ali tidak gunakan gelaran Amirul Mukminin.. kata, Depa kalau tak panggil amirul mukminin..maka kamu Amirul Kafirin.. mcm sekarang lah, Kalau tak guna label Negara Islam, Dituduh kita sokong Negara Sekular..

Antara ciri Khawarij..sesama Islam depa berbunuhan, dan bertindak keras…. dan dan membiarkan orang yg menyembah berhala..antara ciri kelompok Khawarij yang digambarkan Nabi SAW..

يَقْتُلُوْنَ أَهْلَ اْلإِسْلاَم وَيَدَعُوْنَ أَهْلَْ اْلأَوْثَانِ …
” ….Membunuh pemeluk Islam dan membiarkan penyembah berhala.. ”

itu sebab pejuang2 Islam atas nama ISIS ker..Al-Qaeda ker.. Kelompok Khawarij tajaan kelompok Pak wahhab ni..kelompok Takfiri depa bukan hantar atau serang negara Kafir seperti negara India yang menindas di Kashmir, atau Negara China yang menindas etnik Uighur di Xinjiang, mahupun Myanmar yg menindas Etnik Rohingya.. tapi depa dihantar dan muncul di Afganistan, Iraq , Syria dan Yaman di Negara Islam….Depa ni akan hancurkan Negara Islam atas nama Islam…

Tapi kita Ummat Islam kena bersyukur, Dalam gambaran Khawarij dalam sistem demokrasi..Allah zahirkan…berikan gambaran jelas bukan takat gambaran kelompok Ashabiyah.. tetapi bagaimana gambaran hat Nabi bagi tahu kelompok Khawarij dan Ruwaibidhah..

Ipohmali

Sumber :

Sunday, May 17, 2020

PPBM, BN dan PAS, 3 parti Malaysia Timur rangka MoU Perikatan Nasional

FMT Reporters
-May 17, 2020 5:08 PM

Pemimpin PN antaranya Jeffrey Kitingan (kiri), Zahid Hamidi (3 dari kiri), Muhyiddin Yassin, Hadi Awang, Azmin Ali, dan pemimpin GPS, Fadilah Yusof pada 20 Feb lalu.

PETALING JAYA: PPBM, Barisan Nasional dan PAS, serta Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah, dan Parti Solidariti Tanah Airku merangka suatu memorandum persefahaman Perikatan Nasional, menurut kenyataan hari ini.

MoU itu mengandungi 5 tujuan antaranya memperkasa dan memartabatkan keluruhan Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan Raja-raja Melayu, prinsip Rukunegara, dan menjamin kebajikan dan kepentingan seluruh warga Malaysia “tanpa mengira agama dan bangsa”.

Ia juga mahu memperkukuh semangat perkongsian dan kekitaan Malaysia antara Sabah, Sarawak, dan Semenanjung demi untuk merealisasikan aspirasi dan matlamat Perjanjian Malaysia 1963.

“PPBM, BN, PAS, GPS, PBS, dan STAR menyokong penubuhan PN melalui kerjasama gabungan parti-parti politik,” kata kenyataan itu.

Ia ditandatangani Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin; Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; Pengerusi GPS, Abdul Rahman Johari Abang Openg; Presiden PBS, Maximus Johnity Ongkili; dan Presiden STAR, Jeffrey Gapari Kitingan.

Tuesday, April 14, 2020

Baru Bian mungkin sertai PSB, kata sekutu bekas ketua PKR Sarawak

Larissa Lumandan
-April 14, 2020 8:29 AM
Khamis lalu, Presiden PSB, Wong Soon Koh dilaporkan menolak dakwaan Baru Bian diberikan wang untuk menyertai partinya.

KUCHING: Bekas ketua PKR Sarawak, Baru Bian dan penyokongnya mungkin menyertai Parti Sarawak Bersatu, kata seorang pemimpin bahagian PKR.

Bagaimanapun, belum ada pengumuman dibuat berhubung perkara itu, kata Setiausaha PKR Stampin, Desmond Kho.

Kho ialah sekutu Baru sebelum beliau meninggalkan parti itu ketika krisis politik berlaku pada Februari lalu. Beliau memberitahu FMT yang PKR kelihatan sedang melalui tempoh peralihan dan menyimpang daripada agenda keadilan untuk semua.

Parti itu kini dilihat “berusaha meneruskan agenda seorang lelaki menjadi perdana menteri”, katanya merujuk Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Kho berkata, aspirasi PKR ialah membawa “reformasi” melalui keadilan dan kesaksamaan.

Katanya, mereka yang merasakan parti itu tidak lagi memperjuangkan aspirasi asal mereka boleh mengejar impian masing-masing di platform lain.

Khamis lalu, Presiden PSB, Wong Soon Koh dilaporkan mengalu-alukan Baru dan penyokongnya menyertai parti itu.

Wong bagaimanapun menolak dakwaan Baru diberikan wang untuk menyertai PSB.

PSB ialah parti bebas tempatan yang tidak bergabung dengan mana-mana parti politik di Sarawak.

Saturday, April 27, 2019

PRK Sandakan: 5 parti bagi sokongan kepada PBS tentang DAP

MALAYSIADATELINE

PBS telah mengumumkan Naib Presiden parti dan Anggota Parlimen untuk dua penggal Datuk Linda Tsen Thau Lin sebagai calonnya bagi pilihan raya parlimen Sandakan.

Lima buah parti telah menyatakan sokongan kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi menentang DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan yang bakal berlangsung pada 11 Mei depan.

Presiden PBS, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, lima buah parti itu adalah UMNO, MCA, USNO, STAR dan SUPP.

“PBS sangat berterima kasih kepada parti-parti yang mempunyai cawangan di sini yang telah menyatakan persetujuan untuk mereka bersama menyokong PBS.

“Buat masa ini, belum ada parti yang mengatakan tidak kepada kami. Jadi kami mohon sokongan khususnya kepada pengundi-pengundi di Sandakan,” katanya pada sidang media pengumuman calon PBS di sini hari ini.

Tambah Maximus, selain PBS merupakan parti yang berakar umbi di Sabah, keluh kesah dan kekecewaan rakyat pasca Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 menjadi asas mengapa PBS memilih untuk bertanding pada kali ini.

“Sama seperti DUN dan Parlimen lain yang Pakatan Harapan tewas, isu memungkiri janji, masalah ekonomi negara, dan di Sabah pula isu keselamatan dan pendatang asing tanpa izin.

“Isu Perjanjian Malaysia 1963 merupakan isu asas yang diperjuangkan oleh PBS selama ini dan perlu diteruskan. Isu lain termasuklah isu ekonomi di Sandakan.

“Kalau ke pasar, ada yang kata dekat saya supaya bawa alat pembunuh lalat kerana perniagaan jatuh merudum selain tidak ada air di kebanyakkan kawasan di sekitar pasar. Ini adalah perkara asas,” katanya lagi dipetik Astro Awani.

Justeru, beliau berharap penduduk Sandakan memberi kepercayaan kepada Datuk Linda Then Tsau Lin yang mewakili PBS untuk merampas kerusi tersebut daripada DAP.

Terdahulu, PBS telah mengumumkan Naib Presiden parti dan Anggota Parlimen untuk dua penggal Datuk Linda Tsen Thau Lin sebagai calonnya bagi pilihan raya parlimen Sandakan.

Bekas anggota Parlimen Batu Sapi berusia 63 tahun itu dikatakan mempunyai rekod prestasi yang baik.

Tsen dipilih sebagai Anggota Parlimen Batu Sapi pada pilihan raya kecil pada 2010 berikutan kematian anggota Parlimen berkenaan, Datuk Edmund Chong Ket Wah, suaminya.

Sementara itu DAP mengumumkan Vivian Wong Shir Yee, 30, sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil iSandakan yang didakan berikutan kematian anggota Parlimen kawasan itu Datuk Stephen Wong Tien Fatt yang juga bapa Shir Yee pada 28 Mac lepas.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/prk-sandakan-5-parti-bagi-sokongan-kepada-pbs-tentang-dap/

Sunday, October 22, 2017

Sabah tidak akan tongkat BN lagi


Sebanyak 25 kawasan Parlimen yang selama ini diangap simpanan kekal (fixed deposit) kepada Barisan Nasional (BN) dijangka berlaku perubahan besar dalam pilihan raya kali ini.

Perwakilan Sabah, Hamzah Abdullah berkata kesedaran menyeluruh rakyat Sabah sekarang akan mengulangi sejarah 1985.

“Tindakan tidak adil terhadap pembela rakyat pernah membangkitkan perjuangan rakyat menggantikan BN dengan PBS pada masa itu.

“Kini sambutan hangat kepada parti Warisan adalah mengulangi fenomena serupa,” katanya.

Beliau mengingatkan pimpinan khususnya dalam AMANAH mendokong realiti baharu yang disebut dalam pidato presiden.

“Realiti baru ialah perjuangan mengutamakan rakyat, bukannya pemujaan pemimpin.

“Di Sabah rakyat masih bergelut untuk memenuhi keperluan asas.

“Masih dengan isu makan tidak cukup, dengan kerenah birokrasi untuk mendapat dokumen kerakyatan,” katanya.

Untuk semua itu katanya Amanah akan bersolidariti dengan bersatu bersama Pakatan Harapan untuk mengalahkan BN.

“Pakatan Harapan perlu tentukan misinya bersama rakyat hingga penindas kleptokrat dikuburkan,” katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-