Sunday, October 18, 2020

871 kes baru, 7 kematian, Sabah terus rekod angka tertinggi

malaysiakini.com

Dikemaskini Hari ini 6:55 pm

Negara hari ini mencatatkan 871 kes Covid-19 iaitu rekod tertinggi dua hari berturut-turut sejak bermulanya wabak itu pada Jan lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah itu, Sabah terus merekodkan jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 702 kes.

Ini menjadikan jumlah kes dengan kebolehjangkitan kini adalah sebanyak 7,049 kes manakala jumlah keseluruhan sebanyak 20,498 kes.

Bercakap pada sidang media di Putrajaya petang ini, Noor Hisham juga memaklumkan tujuh kematian terbaru akibat wabak berkenaan.

Jumlah itu melibatkan enam kematian di Sabah dan satu kes kematian di Selangor.

Sementara itu, seramai 701 pesakit pulih sepenuhnya, yang merupakan angka tertinggi pernah dicatatkan setakat ini.

Noor Hisham juga memaklumkan terdapat 86 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu beliau juga memaklumkan empat kluster baru dikesan iaitu kluster Bah Layangan, kluster Alma, kluster Auto dan kluster Penjara Kepayan, yang menjadi jumlah kluster aktif kini adalah sebanyak 85 kluster.
Daripada 871 kes baru hari ini, 866 merupakan penularan dalam negara manakala lima kes merupakan kes import.

Penularan dalam negara hari ini adalah seperti berikut:

Sabah (702 kes)

Selangor (72 kes)

Pulau Pinang (45 kes)

Perak (10 kes)

Labuan (9 kes)

Kedah (9 kes)

KL (7 kes)

Sarawak (5 kes)

Negeri Sembilan (3 kes)

Terengganu (2 kes)

Johor (1 kes)

Melaka (1 kes)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-