themalaysialife.com
December 27, 2020 9:26 am
Seorang perdana menteri yang mendapat sokongan pemimpin Umno yang korup tidak akan mendapat sokongan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), kata Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir.
Presiden penaja Pejuang itu berkata ini kerana parti tersebut tegas menentang rasuah yang dilabelnya sebagai “musuh nombor satu orang Melayu.”
Bercakap pada majlis ceramah Pejuang di Kedah malam tadi, Mukhriz berkata Pejuang akan berada di pihak yang bertentangan dengan pimpinan Umno seperti Najib Razak, Zahid Hamidi, Tengku Adnan Tengku Mansor dan “pemimpin korup” yang lain.
“Di mana mereka berada, kita tidak ada.
“Dia nak ikut mana-mana, konon tiba-tiba nak tanda tangan SD (akuan bersumpah) sokong pihak-pihak tertentu untuk jadi perdana menteri, kita tidak ada di situ,” kata bekas menteri besar Kedah itu.
Walaupun tidak menyebut nama kenyataan Mukhriz itu jelas merujuk kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim yang telah berusaha mendapatkan sokongan mencukupi untuk menjadi perdana menteri.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata dia yakin Anwar dapat melakukan ini, dengan salah satu jalannya mungkin melalui SD.
Ahli Parlimen Umno Ketereh, Annuar Musa juga mendakwa terdapat usaha di dalam parti itu untuk mengumpulkan SD menyokong Anwar.
Pada Oktober, Najib melobi Umno dan BN untuk menyokong presiden PKR.
Bagaimanapun, pemimpin DAP dan Amanah mendesak PKR untuk tidak membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang atau membuang masa dengan ahli parlimen oportunis dan memfokuskan untuk menyatukan pembangkang.
Mukhriz juga menyatakan kebimbangan mengenai kerjasama DAP dan Umno dalam menjatuhkan bekas menteri besar Perak Ahmad Faizal Azumu.
“Dua kumpulan yang tidak pernah boleh duduk sekali… Tiba-tiba pasal nak jatuhkan menteri besar boleh bersekali.
“Mungkin boleh ada keadaan-keadaan tertentu kerjasama boleh dibuat (tapi) bagi kita langsung tak boleh,” katanya.
Bagaimanapun, ahli parlimen Jerlun tidak menyokong Pejuang bertanding dalam pilihan raya akan datang sebagai kekuatan ketiga – berkata ini bukan pilihan yang sesuai.
Pada masa sama, dia belum melihat bagaimana pembangkang akan bekerjasama dalam pilihan raya akan datang.
“Mungkin tiada lagi Pakatan Harapan pada PRU15,” katanya memetik konflik dalaman di dalam gabungan pembangkang.
Ini sekali lagi merujuk kepada konflik mengenai rancangan Anwar untuk menjadi perdana menteri.
Warisan telah menggesa perubahan dalam kepemimpinan pembangkang, yang tampaknya mendapat sambutan bagi sesetengah pihak dalam PH.
sumber: https://www.malaysiakini.com/news/556654
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Oleh Wartawan BH bhnews@bh.com.my Oktober 26, 2024 Mohd Puad Zarkashi (kiri) dan RSN Rayer. KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin ...
-
bharian.com.my Oktober 22, 2024 @ 8:34am MALAM sebelum Prabowo Subianto mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia kelapan, beliau diliha...
-
bharian.com.my Oleh Muhamad Lokman Khairi bhnews@bh.com.my Oktober 27, 2024 Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria (baju putih) berucap di ...
-
harakahdaily.net October 24, 2024 Mohd Misbahul Munir Masduki KUALA LUMPUR: Kebimbangan rakyat berkenaan isu beras tempatan yang didakwa hil...
-
freemalaysiatoday.com Nora Mahpar 26 Oct 2024 Lau Zhe Wei dari UIAM berkata Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook juga dijangka ambil pendekat...
-
harakahdaily.net October 25, 2024 Ahmad Fadhli Shaari KUALA LUMPUR: “Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng tidak sepatutnya memalukan pihak Umno...
-
bharian.com.my Oleh Amir Mamat bhnews@bh.com.my - Oktober 25, 2024 Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh. - Foto fail NSTP MELAKA: ...
-
malaysiakini.com Ili Aqilah & Alyaa Alhadjri & N Faizal Ghazali Diterbitkan: Oct 23, 2024 8:40 PM Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer,...
-
freenalaysiatoday Nora Mahpar -25 Oct 2024, 03:48 PM Pemuda Umno Pulau Pinang berkata tidak wajar Lim Guan Eng menyindir mente...
-
bharian.com.my Bernama - Oktober 25, 2024 @ 9:17am Pemandu wanita yang melanggar empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun 9 O...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.