Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Saturday, January 16, 2021

Kes baharu Covid-19 melonjak lepasi 4,000


bebasnews.my

-16/01/2021




WABAK Covid-19 di negara ini sekali lagi mencatatkan rekod tertinggi apabila lebih 4,000 kes baharu dikesan sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, secara keseluruhan sebanyak 4,029 kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam sejak tengah hari semalam.

Daripada jumlah itu hanya lapan membabitkan kes import.

Dalam tempoh itu juga sebanyak lapan kematian dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif korban Covid-19 kini sebanyak 594 orang.

Selangor menjadi negeri penyumbang terbesar dengan 1,466 kes diikuti Johor (719 kes), Sabah (449 kes) dan Kuala Lumpur (347 kes).

Perlis yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu semalam, kali ini mencatat 14 kes.

Sebelum ini kes baharu tertinggi yang direkodkan KKM ialah 3,337 iaitu pada 14 Jan lalu. Sebelum itu kes tertinggi yang dicatatkan ialah 3,309 kes.
Kes bagi negeri lain ialah:
Negeri Sembilan – 214 kes
Kedah – 195 kes
Kelantan – 141 kes
Pulau Pinang – 120 kes
Terengganu – 80 kes
Pahang – 65 kes
Sarawak – 69 kes
Perak – 54 kes
Melaka – 44 kes
Putrajaya – 35 kes
Labuan – 17 kes

Menurut ciapan akaun rasmi KKM, kes-kes yang dicatatkan hari ini adalah hasil aktiviti atau pergerakan sebelum 13 Jan 2021.

Kata KKM, sebanyak 2,148 kes sembuh bagi tempoh 24 jam lalu.

Sebanyak 205 kes pula sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 79 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Empat daripada mangsa yang meninggal dunia adalah pesakit di Sabah, manakala masing-masing seorang di Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.

Enam daripada mereka ialah lelaki masing-masing berusia 40, 59, 72 dan 78 tahun. Semua mereka adalah warganegara Malaysia.

Dua mangsa wanita pula merupakan bukan warganegara dan berusia 45 dan 61 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat hari ini, terdapat 641 kluster dilaporkan termasuk enam kluster baharu pada hari ini.

“Jumlah kluster yang tamat pula ialah sebanyak 356 termasuk lima kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Impian, Kluster Utama Rini, Kluster Kuala, Kluster Malawati, dan Kluster Tapak Bina Bulatan.

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau ialah sebanyak 285 kluster.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 71 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini,” katanya.

Menrut Noor Hisham lagi kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi ialah Kluster Sungai Putus (336 kes), Kluster Bukit Pasir (189 kes), dan Kluster Senai Cyber (111 kes).

Berikut merupakan enam kluster baharu yang direkodkan KKM:
KLUSTER SENAI CYBER

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-140377) dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Jan hasil saringan individu bergejala.

Saringan bersasar yang dijalankan di beberapa kilang seterusnya mendapati seramai 113 lagi individu dikesan positif Covid-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti beberapa buah kilang berlaku penularan iaitu di Jalan Cyber 2, Senai Industrial Estate 3, Senai, Johor.

Sehingga 16 Jan, sejumlah 198 individu disaring, dengan 114 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
KLUSTER TEMBOK NANAS

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-135241) merupakan seorang tahanan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang dilaporkan positif Covid-19 pada 10 Jan hasil saringan sebelum dihantar pulang ke negara asal.

Saringan bersasar yang dijalankan seterusnya mendapati seramai 40 lagi Pati dikesan positif.

Nama kluster merujuk kepada tempat penularan berlaku iaitu di Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nanas yang terletak di Taman Emas, Pekan Nanas, Johor.

Sehingga 16 Jan, 252 individu telah disaring dengan 41 kes dikesan positif dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN SEMBRONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-116746) dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Jan hasil saringan kontak rapat.

Saringan yang dijalankan di tempat kerja kes indeks seterusnya mendapati seramai 17 lagi individu dikesan positif.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama tempat tinggal kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Sembrong 3, Taman Perindustrian Sembrong, Kluang, Johor.

Setakat 16 Jan, sejumlah 52 individu telah disaring dengan 18 kes dikesan positif.
KLUSTER JALAN PERMATA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster (iaitu kes ke-127012) ini dilaporkan positif pada 7 Jan hasil saringan individu bergejala.

Saringan yang dijalankan ke atas kontak rapat seterusnya mendapati seramai 60 lagi individu dikesan positif Covid-19.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kebanyakan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Permata 1/3, Arab Malaysian Industrial Park, Nilai.

Sehingga 16 Jan sejumlah 414 individu disaring dan 61 kes dikesan positif.
KLUSTER TAMAN JUTA

Kluster ini melibatkan daerah Hilir Perak di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-133242) dilaporkan positif pada 9 Jan hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Taman Juta Intan, Perak.

Sehingga 16 Jan sejumlah 48 individu disaring dengan 14 kes dikesan positif.
KLUSTER KAMPUNG LEBU

Kluster berkaitan kenduri perkahwinan dan tahlil ini melibatkan daerah Bentong dan Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-122732) dilaporkan positif pada 5 Jan hasil saringan kontak rapat.

Saringan yang telah dijalankan ke atas kontak rapat terutama ahli keluarga dan tetamu majlis seterusnya mendapati seramai 20 lagi individu dikesan positif.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti majlis tersebut berlangsung iaitu di Kampung Lebu, Bentong.

Setakat 16 Jan seramai 80 individu disaring dan 21 kes dikesan positif.
By Editor

3 comments:

  1. PELIK - walaupun PEGUAM2 ni MENGAKU, yg. UNDG2 PERLEMBAGAAN 150 (3) telah diCABUL oleh rejim DIKTATOR Muhyiddin/PN utk. membuat ORDINAN DARURAT HARAM yg. mengGANTUNG Parlimen & memberi IMUNITI (perlindungan), serta KUASA MUTLAK kpd rejim PN & mana2 PENJAWAT AWAM dlm. apa2 SALAH LAKU @ JENAYAH sekiranya "berniat baik" kononnya - TAK DAK sekoq pun PEGUAM2/NGO2 yg. berani MENCABAR pencabulan UNDG2 PERLEMBAGAAN oleh rejim PN DIKTATOR PARASIT ni!! Sementara RAKUAT terus MENDERITA dgn. PKP & DARURAT POLITIK jahanam ni yg. telah MENIPU akan DYMM SPB YDPA kita!!

    Dan tiba2 ANGKA Pesakit naik sampai 4000 - mcm. mana kita nak tahu samada ini BENAQ, sbb. VAKSIN boleh pula diTANGGUHkan utk. RAKYAT selama 8 BULAN!!

    GILA betul KEZALIMAN ni!!

    Lihat di - https://www.malaysia-today.net/2021/01/16/with-emergency-ordinance-law-experts-say-democracy-suspended-unlimited-power-lies-with-cabinet/

    ReplyDelete
  2. Tgk. INDIA pun dah mula dgn. program VAKSIN dia utk. RAKYAT dia!!

    Rejim DIKTATOR muhyiddin/PN ni - telah MENIPU Kesultananan Islam/Melayu kita, Rakyat & Negara habis2an - disyaki berMOTIF menangguhkan program VAKSIN sampai 8 bulan utk. RAKYAT - supaya DARURAT POLITIK jahanam ni boleh diLAKSANAkan agar Muhyiddin yg. dah HILANG MAJORITI utk. terus jadi PM & Melayu2 LIBERAL dr. parti BUKAN Pribumi lagi, BERSATU yg. amat MERBAHAYA, LICIK, RASIS, FASIS, BUAS, BONGKAK, TAMAK & PENIPU ni dpt. KEKAL berkuasa hingga mungkin AKHIR TAHUN 2021 - & dpt. terus MENJAHANAMkan apa2 HAK Islam/Umatnya dan BUMIPUTERA kita dlm. syarikat2 GLC, spt. KHAZANAH, TABUNG HAJI, PNB, BOUSTEAD, LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA dsbnya!!

    Lihat di - https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/01/776679/covid-19-india-mulakan-program-vaksinasi-mega

    ReplyDelete
  3. Walaupun kita ANTI-PH, tapi mmg. betul rejim DIKTATOR muhyiddin/PERIKATAN NASIONAL - dah GILA & JAHAT betul!!

    ISLAM/UMATnya & NYAWA Rakyat diPERMAINkan demi KUASA POLITIK JIJIK rejim DIKTATOR PN LIBERAL ni!!

    DYMM SPB YDPA kita telah diTIPU habis2an - utk. PERKENANkan DARURAT yg. ZALIM ini - yg. telah mengHAPUSkan Sistem DEMOKRASI Berparlimen sbg. SISTEM SEMAK & IMBANG - di mana TIADA sesiapa atau Sistem berhak ada KUASA MUTLAK HARAM - demi KEADILAN & KEBENARAN tulen, yg. diTUNTUT dlm. ISLAM, selaras dgn. ISLAM sbg. AGAMA NEGARA & SUMPAH JAWATAN DYMM SPB YDPA memPERTAHANkan ISLAM setiap masa, berDASARkan UNDG2 PERLEMBAGAAN kita!!

    Di - http://wrlr.blogspot.com/2021/01/8-bulan-lagi-baru-rakyat-dapat-vaksin.html?m=1

    ReplyDelete

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-