Oleh Fahmy A Rosli
fahmy.azril@bh.com.my
- Januari 16, 2021 @ 6:25pm
KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO yang terkait dengan kes mahkamah perlu segera berundur daripada memimpin parti orang Melayu itu kerana persepsi buruk terhadap individu terbabit turut menjejaskan imej parti sehingga menimbulkan tanggapan buruk dalam kalangan rakyat.
Veteran UMNO, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, berkata beliau bimbang sekiranya pemimpin berkenaan masih berdegil dan tidak sedar diri, beban 'kluster mahkamah' yang dipikul akan menyebabkan nama baik parti turut merudum sama bersama mereka.
Bekas Menteri Besar Perlis itu berkata jika persepsi membelenggu UMNO gagal ditangani maka ia berisiko mengakibatkan 'pisang berbuah dua kali' apabila UMNO dan Barisan Nasional (BN) kecundang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kerana faktor persepsi.
"Saya bimbang mengenai kewujudan persepsi. Sebab pada pilihan raya dulu, UMNO dan BN kalah sebab persepsi. Sebabnya, apabila persepsi berlanjutan maka orang kampung contohnya akan lihat kes mahkamah membabitkan pemimpin UMNO satu perkara yang memang teruk.
"Walaupun selagi tak dihukum salah, memanglah tak bersalah, ...tetapi kalau orang kampung biasa sebagai pengundi, kalau kes mahkamah memang mereka anggap tak elok," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Mengulas lanjut, Md Isa menggesa supaya UMNO menyesuaikan pendekatan parti itu dengan senario semasa dan tidak lagi totok berpolitik 24 jam.
Beliau berkata pendekatan baharu diperlukan bagi membina dan seterusnya menyebarkan persepsi baharu mengenai UMNO atas dasar serta demi kepentingan rakyat.
"Pemimpin kita jangan cakap banyak (pasal politik). Paling elok, masing-masing kena berpakat dan cari jalan macam mana nak kuatkan UMNO.
"Saya nampak (sekarang) adalah usaha nak memperkuatkan pemimpin sahaja bukan parti. Kena buat satu persepsi baharu seperti Dasar Ekonomi Baharu yang pemimpin UMNO dulu-dulu perkenalkan," katanya.
Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Othman Desa, pula berkata demi memperbaiki dan memperkasakan imej UMNO, ahli perlu membezakan sokongan demi parti atau pemimpin kerana ia adalah dua perkara yang berbeza.
Beliau menggambarkan situasi dalam UMNO sekarang dalam bentuk analogi iaitu yang mana lebih penting antara sebuah syarikat dengan pengarah urusan.
"Pengarah urusan boleh datang dan pergi, manakala syarikat perlu berdaya maju sebab banyak kerja dan ramai kakitangan. Maka syarikat ataupun UMNO lebih penting dari pemimpin.
"Maksud di sini, UMNO boleh pergi dan datang tetapi UMNO juga perlu dijaga serta diberi keutamaan, diperkasa mahupun ditambah baik. Ini rakyat nak tengok dan UMNO perlu ada pembaharuan dalam suasana politik berbeza dan berubah. Orang nak tengok apa perubahan dalam UMNO sama ada kehebatan mahupun kekuatan dalam UMNO berbanding parti lain.
"Oleh sebab itu syarikat atau UMNO perlu dijaga. Menjelang PRU kelak, cuba rehat sekejap dari segi 'politiking' yang tak henti-henti bukan sahaja UMNO tetapi termasuk parti pembangkang kerana rakyat tak suka," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Oleh Mohd Iskandar Ibrahim bhnews@bh.com.my - Mei 3, 2024 @ 2:31pm Menteri Wilayah Perseketuan, Dr Zaliha Mustafa. - Foto f...
-
hmetro.com Zaid Salim AHMAD (kanan) bercakap pada media selepas merasmikan Umno Cawangan Kampung Pak Wan. FOTO Ghazali Kori Marang: "...
-
Hassan Basri ketika Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 atas tujuh tuduhan rasuah pada Disember ...
-
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali hari ini tampil menafikan dirinya terbabit dalam sebuah video lucah yang sedang beredar di me...
-
MyMetro Suzalina Halid suzalina@nstp.com.my ( Gambar fail ) Antara pemeriksaan yang dijalankan ke atas restoran-restoran mamak palsu di s...
-
malaysiakini.com B Nantha Kumar & Cha Zhi Ting Diterbitkan: May 2, 2024 12:27 PM Bekas pengerusi badan perhubungan Umno negeri Selangor ...
-
Bagi mengelak rakyat terus terbeban dengan kos sara hidup dikatakan semakin meningkat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan ...
-
FMT Reporters -April 9, 2021 8:16 PM Najib Razak hairan kenapa ada pihak mahu beliau ‘disingkirkan’ sedangkan dirinya bukan presiden mahupu...
-
MalaysiaNow April 26, 2024 9:00 pagi Masa depan parti yang pernah menguasai Malaysia selama lebih 6 dekad itu semakin suram, dengan pemerh...
-
TTKM Hari ini merupakan hari pertama cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula menggantikan GST yang dibubarkan pada 1 ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.