Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Friday, January 22, 2021

Najib perlu nafi terlibat agenda nak jatuhkan PM - Pemimpin Bersatu

malaysiakini.com
Diterbitkan 21 Jan 2021, 10:49 pm

Bekas perdana menteri Najib Razak "perlu berlaku jujur" apabila mempersoalkan kenapa darurat di Malaysia melibatkan penggantungan Parlimen, bidas Timbalan Pengerusi Tetap Bersatu Hashim Suboh.

"Berhentilah berpura-pura tidak tahu, terus membaling batu sambil menyembunyikan tangan.

"Beri tahu rakyat Malaysia di negara manakah ada ahli-ahli parlimen yang 'gila' nak menjatuhkan PM dan kerajaan sendiri 'segila' sebilangan ahli-ahli parlimen di Malaysia tanpa mengira waktu," soal Hashim pada hantaran di media sosial hari ini.

Hashim mengulas 'cabaran' Najib kepada Tengku Zafrul Abdul Aziz semalam yang meminta menteri kewangan menamakan sebuah negara dalam dunia yang menggantung parlimen atas alasan mahu menghadapi Covid-19.

"Perlu jujur, bro. Rugilah negara-negara lain tak gantung parlimen jika benar bahawa langkah ini boleh kuatkan ekonomi," kata Najib.

Dalam pada itu, Hashim menyoal sekiranya Najib terbabit dalam usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Bersatu itu.
"Sejujurnya, bolehkah Dato Seri (Najib Razak) menafikan penglibatan Dato Seri dalam sebahagian agenda untuk menjatuhkan perdana menteri ketika kerajaan sedang fokus berdepan dengan pandemik Covid-19 ini?

"Apakah rasional untuk memaksa peralihan kerajaan atau pilihan raya umum diadakan ketika Covid-19 ini sedang menggila?

"Saya yakin Dato Seri juga tidak berlaku jujur kepada rakyat dan negara pada ketika ini," dakwa pemimpin Bersatu itu.

Pada 12 Jan lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung pandemik Covid-19 di negara ini.

Kata Najib semalam, Malaysia satu-satunya negara dalam dunia menggunakan alasan Covid untuk gantung parlimen.

"Senang sahaja, Tengku Zafrul. Namakan satu negara lain dalam dunia yang gantung parlimen (bukan tunda sesi parlimen) selama tujuj bulan," kata bekas perdana menteri lagi.

Sebelum darurat, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada 9 Jan mengesahkan majlis tertinggi (MT) parti itu baru-baru ini bersetuju pada dasarnya untuk menamatkan kerjasama mereka dengan Bersatu.
Pendirian itu, kata Zahid akan dimuktamadkan dalam perhimpunan agung Umno (PAU) pada 31 Jan ini.

Sebelum ini, dilaporkan sebanyak 189 daripada 191 bahagian Umno menolak kerjasama dengan Bersatu bagi menghadapi PRU ke-15 dan usul ini bakal dibahas pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang mana sebelum proklamasi darurat dijadual bakal berlangsung hujung Jan ini.

Setiausaha agung BN yang disingkir, Annuar Musa kemudian menyangkal angka itu dan mendakwa berdasarkan maklumat yang diterimanya, hanya 99 bahagian yang membuat keputusan itu.

Bagaimanapun, dengan pelaksanaan darurat dan PKP, PAU ditunda ke satu tarikh lain dan ini menangguhkan pendirian Umno memutuskan kerjasama dengan Bersatu.

Pada 12 Jan lalu, bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Nazri Aziz menjadi ahli parlimen terbaru menarik sokongannya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Nazri mengikut jejak langkah dua ahli parlimen Umno MP Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, dan MP Machang Ahmad Jazlan Yakob yang dilapor menarik sokongan terhadap PN.

Nazri hari ini mempertahankan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan yang mengutus surat menggesa ahli parlimen parti itu mendesak agar sidang khas parlimen diadakan.

Kata Nazri ketika ini negara ditadbir oleh kerajaan minoriti. Justeru katanya segala keputusan yang dibuat parti perlu dipatuhi semua ahli parlimen Umno dan BN.

2 comments:

  1. Tak habis2 nak menutup mulut sesiapa dr. RAKYAT @ mana2 PEMIMPIN2 Orang Asal ISLAM/MELAYU amat BERANI yg. MENENTANG rejim DIKTATOR muhyiddin-parti BUKAN lagi Pribumi, BERSATU liberal PARASIT amat RASIS, FASIS, TAMAK, BONGKAK, BUAS, RAKUS & PENIPU ni!!

    PKP terus diLANJUTkan sampai 4 Feb. utk. MENGHUKUM Rakyat yg. MAJORITI, patuh SOP - tapi PENYEBAR UTAMA Covid-19, si MAJIKAN2 TAMAK Kilang2/Tapak2 Pembinaan GERGASI - diBIAQkan terus berOPERASI - walau BERIBU Pekerja2 ASING@ disyaki PATI2 depa, tak diSARING & diJANGKITI Covid-19!!

    Ya, akibatnya DARURAT POLITIK jijik rejim DIKTATOR Muhyiddin/BERSATU liberal yg. MENCABUL Undg2 Perlembagaan 150 (3) dgn. MENIPU & MEMERANGKAP DYMM SPB YDPA kita, utk. rejim parti FASIS yg. BUKAN Pribumi lagi, BERSATU, yg. membuat Undg2 Darurat (Ordinan Darurat) yg. sewenangnya MENGGANTUNG akan UNDG2 PERLEMBAGAAN & PARLIMEN - dapat diTERUSkan dgn. ZALIM!!

    Lihat artikel BERNAS oleh YAM DS Najib terCINTA kita ni, di - https://www.facebook.com/157851205951/posts/hari-ini-hari-ke-9-pkp-20purata-tempoh-inkubasi-covid-selepas-berjangkit-ialah-a/10157635540885952/

    ReplyDelete
  2. DYMM SPB YDPA - PERKENANkan DARURAT sbb. diTIPU & diPERANGKAP oleh NASIHAT si DIKTATOR Muhyiddin!!

    Maka,kali ni SETUJU dgn. Khairuddin ni - sbb., adakah SAH utk. DIKTATOR Muhyiddin MENASIHATI DYMM SPB YDPA utk. perKENANkan DARURAT, apalagi DARURAT POLITIK muhyiddin/BERSATU liberal amat JIJIK - sdgkan muhyiddin dah HILANG Majoriti, di DEWAN RAKYAT, maka perlu meletakkan jawatan sbg. PM berdasarkan UNDG2 PERLEMBAGAAN?!

    Lihat di - https://www.malaysia-today.net/2021/01/18/khairuddin-saman-muhyiddin-berhubung-pengisytiharan-darurat/

    ReplyDelete

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-