malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul RashidDiterbitkan 16 Feb 2021, 12:54 pm
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan penangguhan oleh pasukan pembelaan bekas perdana menteri itu semasa prosiding mahkamah terbuka hari ini.
Peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah mengemukakan permohonan tertangguh di mahkamah persekutuan di Manhattan, di mana tertuduh meminta dokumen dan keterangan dari Goldman Sachs Group Inc untuk membela diri dalam kes rasuah 1MDB bernilai RM2.28 bilion.
Dalam pemfailannnya di Mahkamah AS pada 17 November tahun lalu, Najib memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan sepina ke atas syarikat itu dan bekas pengerusinya di Asia Tenggara, Tim Leissner.
Sebelum ini, Leissner telah mengaku bersalah di mahkamah persekutuan di Brooklyn, New York. Dia mengaku memberi rasuah kepada pegawai di Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu untuk mendapatkan perjanjian bon untuk bank tersebut.
Semasa perbicaraan rasuah 1MDB bernilai RM2.28 bilion pagi ini, Shafee berkata, pasukan pembelaan memohon penangguhan perbicaraan (yang ditetapkan hari ini hingga Khamis ini) kerana hasil keputusan Mahkamah AS boleh memberi kesan besar terhadap perbicaraan sekarang.
Shafee berpendapat demikian kerana pengakuan bersalah Leisner yang melibatkan pegawai Malaysia akan mempengaruhi pemeriksaan balas saksi pembelaan dalam perbicaraan sekarang.
[Baca berita penuh]

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.