-March 08, 20210
oleh: Timmy Say
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu. Sudah dua kali keputusan yang sama dibuat.
Keputusan pertama ialah melalui suratnya bersama Najib Razak kepada Agong secara diam-diam yang menyatakan mereka menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri yang baru.
Keputusan kedua juga dilakukan secara diam, tapi kali ini surat dikirim kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sendiri yang menyatakan Umno tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Nampaknya, hati Zahid dah tekad tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu mahupun berada di dalam Perikatan Nasional (PN) untuk PRU15 ini.
Persoalannya apa untungnya untuk Umno dengan tindakan Zahid ini?
Kalau ia adalah demi maruah, maruah mana lebih tinggi – maruah sebagai pembangkang atau maruah sebagai komponen kerajaan?
Jika ia kerana maruah pemimpin, maruah mana pula yang lebih mulia antara dipimpin pimpinan yang kelihatan bersih atau terus dipimpin pimpinan yang turun naik mahkamah atas tuduhan rasuah?
Apakah ia kerana maruah terpaksa duduk di bawah Bersatu di bawah kerajaan PN?
Apakah ini yang dikatakan sebagai satu tindakan membuli Umno kerana parti ini mempunyai jumlah kerusi Parlimen terbesar di dalam kerajaan PN?
Tapi, kalau bukan kerana Bersatu, rasanya Umno masih terus dibuli Pakatan Harapan (PH) dan Dr Mahathir Mohamad sehingga hari ini.
Jika tindakan bercerai dengan Bersatu adalah demi masa hadapan Umno, apakah strateginya yang menjamin parti Melayu itu akan menang dan muncul sebagai kerajaan selepas PRU15 dengan kerusi perdana menteri dalam tangan?
Perang tiga penjuru antara PH, PN dan Barisan Nasional (BN) belum tentu menguntungkan Umno.
Ini kerana BN tidak lagi seperti dulu ketika ia masih dianggotai parti komponen dari Sabah dan Sarawak.
Sekiranya Umno bekerjasama dengan PKR, kerusi bertindih hampir sama banyaknya antara Umno dan Bersatu.
Kerusi yang Umno kalah pada PRU14 kebanyakannya jatuh ke tangan PKR.
Kerusi Bersatu pula diperolehi daripada ahli Parlimen Umno yang melompat.
Jika bekerjasama dengan Bersatu dianggap sebagai kena buli kerana tidak mendapat kerusi perdana menteri, apakah kerjasama dengan PKR nanti tidak akan dianggap sedemikian rupa kerana Anwar Ibrahim adalah pilihan pembangkang.
Bagaimana pembahagian kerusi antara PKR, Umno dan Amanah nanti?
Bukankah ia serupa dengan masalah pembahagian kerusi antara Umno, Bersatu dan PAS?
Jika ia tidak dapat diselesaikan di dalam PN, bagaimana ia boleh diselesaikan di belah satu lagi?
Ataupun Umno sudah bersedia bekerjasama dengan DAP, yang bakal membuka jajaran baru politik negara?
Apakah perasaan MCA dan MIC dan nasib BN, jika ia betul berlaku?
Apakah undi orang Melayu masih akan kekal bersama Umno?
Bukan itu sahaja, apakah undi orang Cina akan kekal bersama DAP? Semuanya bakal menjadi pertaruhan.
Jadi, mengapakah Umno tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu?
Apakah ia kerana maruah Umno? Ataupun ia kerana masa depan Umno? Apakah adalah motif persendirian yang lain?
Ahli-ahli Umno perlu bertanya pada diri sendiri, di persimpangan ini, Umno perlu memilih jalan yang mana?
Jalan yang mempunyai peluang lebih cerah menjadi kerajaan atau jalan yang bakal mengulangi mimpi ngeri PRU14?
Pejuang Umno mana yang perlu dipentingkan – mereka yang mengorbankan diri sendiri untuk Umno atau mereka yang mengorbankan Umno demi diri sendiri?

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.