Wednesday, March 17, 2021

Pemimpin pembangkang desak Anwar tolak kerjasama dengan ‘kleptokrat’

FMT Reporters
-March 17, 2021 1:19 PM

Pemimpin pembangkang berkata, blok itu perlu mengukukuhkan kerjasama dan kesepakatan sesama parti serta Ahli Parlimen bagi membawa satu agenda bersama untuk memulihkan Malaysia.

PETALING JAYA: Pemimpin Amanah, DAP, Muda, Warisan dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) mendesak Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat, susulan laporan media mengaitkan presiden PKR itu merangka persefahaman awal bersama segelintir wakil rakyat Umno.

Menerusi kenyataan bersama Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Liew Chin Tong, Pengasas Muda Syed Saddiq Abdul Rahman, Baru Bian dari PSB dan Ketua Pemuda Warisan Mohd Azis Jamman, mereka menggesa Anwar terus mengukuhkan blok besar pembangkang.

“Kami menyeru Anwar mengukuhkan blok besar pembangkang dan menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat. Sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak perlu dibina berdasarkan asas ini.

“Kita perlu menggembleng usaha dan menumpukan kekuatan bersama sebagai satu suara untuk mengangkat agenda rakyat demi kelangsungan hidup semua,” katanya.

Sebelum ini, Anwar mengesahkan wujud usaha di peringkat awal untuk menjalin kerjasama dengan Umno ketika negara menuju PRU15, dengan beberapa pertemuan diadakan dengan pemimpin parti itu yang menampakkan hasil “positif”.

Dalam siri temubual dengan Utusan Malaysia, ketua pembangkang berkata pertemuan berkenaan berlangsung secara tidak rasmi dengan hasrat “untuk membentuk kerajaan baharu” bagi “menyelamatkan negara”.

Menurut mereka, selain berdepan dengan kegagalan pentadbiran, Malaysia turut berhadapan dengan kecelaruan dan pengurusan ekonomi ketika negara dilanda wabak Covid-19 yang berpanjangan.

“Blok pembangkang perlu kukuhkan kerjasama dan kesepakatan sesama parti dan Ahli Parlimen bagi membawa satu agenda bersama untuk memulihkan Malaysia. Sepanjang negara melalui krisis tiga serangkai, ekonomi, kesihatan dan politik, kepimpinan Perikatan Nasional tidak menonjolkan arah tuju dan rancangan jelas,” katanya.

Tegas mereka, kelompongan yang ada ini perlu dimanfaatkan oleh blok pembangkang dengan mengetengahkan gagasan bersama berlandaskan agenda peduli rakyat.

“Tatkala, PN gagal menzahirkan kemampuan dan iltizam, blok pembangkang perlu bersama-sama menunjukkan suri tauladan kepemimpinan dengan menyusun dasar dan inisiatif yang membantu rakyat kebanyakan,” katanya.

2 comments:

  1. Oi BANGKAI2 ANJING DAP Zionis - JANGAN nak TEMBERANG yg. UMNO akan kerjasama dgn. lu!!

    TAK pula terLALAK si ANJING2 PH BANGKAI ni psl. kes2 RASUAH guan eng homo DAP BANGKAI, serta bini & kroni2 DAP BANGKAI depa!!

    Dahlah tu, kes2 RASUAH/PENGGUBAHAN WANG HARAM/SALAH GUNA KUASA/PECAH AMANAH/LARI dr. CUKAI guan eng homo ni diRINGANkan - kerana TAK diDAKWA bawah semua JENAYAH2 ni serta TAK berDASARkan setiap TRANSAKSI WANG yg. akan membanyakkan JUMLAH dakwaan2 - spt. yg. geng PENJENAYAH2 PARIAH DAP BANGKAI, tommy thomas/gopal sri ram buat dgn. geng2 depa dr. SPRM & pejabat Peguam Negara, dgn. amat ZALIM, RAKUS & PENIPU ke atas YAM DS Najib, YAM DS Rosmah & Pemimpin2 UMNO lain, dlm. kes IMDB/SRC PENIPU & DERMA2 POLITIK kpd. YAM DS Najib & YAM DS Rosmah!!

    Bahkan PEMIMPIN2 lain dlm. DAP - lansung TAK diSIASAT & diDAKWA dlm. kes2 RASUAH/PENGGUBAHAN WANG HARAM/PECAH AMANAH/SALAH GUNA KUASA/LARI dr. CUKAI dlm. Skandal TEROWONG BAWAH LAUT PP-Pelan Induk Pengangkutan PP (PIPP), spt. diDEDAHkan JENAYAH2 ini oleh YAM Raja Petra dr. Malaysia Today (sampai skrg. TAK dak SEKOQ pun pemimpin2 DAP ni termsk. guan eng HOMO - berani buat REPOT POLIS ke atas YAM Raja Petra berkaitan PENDEDAHAN2 amat BERNAS, TERPERINCI & BERANI ini)!!

    Lihat di - https://www.malaysia-today.net/2020/07/02/the-untold-story-of-guan-engs-proxy-the-penang-condo-king/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgklah juga! Mungkin akan bebas PEROMPAK2 DAPpenjajah/warisanHOMO ni!

      Sbb. Peguam Negara baru MENCURIGAkan tu, terus BIAQkan si PEGUAM2 LONGKANG dan PENIPU dr. rejim PH-Diktator mahathir/anwar HOMO-PKR/DAP Parasit terus BERKELIARAN kat Institusi Peguam Negara tu!

      Sbb. tu, sampai skrg., kes2 RASUAH syafiee Warisan TAK dibuka balik, yg. diTUTUP sewenangnya oleh bekas peguam negara PENIPU, si tommy thomas DAP tu, yg. juga patut diDAKWA bersama geng Gopal Sri Ram PENIPU dll tu!!

      Lihat di - http://sabahkini2.com/en/news/2857/datuk-peter-anthony-didakwa-lagi-esok/v

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-