Saturday, April 17, 2021

Hadir program kementerian, Tun M nafi telah sokong kerajaan

suaramerdeka.com
Home/Politik


AHLI Parlimen Langkawi Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan telah menjadi penyokong kerajaan selepas beliau hadir dalam satu majlis anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar semalam.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, dia hadir pada majlis yang turut dihadiri oleh menteri Datuk Dr. Abdul Latif kerana menghargai pihak swasta yang membantu penduduk Langkawi.

Beliau menegaskan kehadirannya itu tidak mempunyai kaitan dengan politik dan masih berada di pihak pembangkang.

“Sebagai MP, saya hadir ke acara anjuran @kplb_gov bagi menghargai pihak swasta yg bersama bantu rakyat Langkawi melalui agensi Kerajaan.

“Kehadiran saya tidak punyai kaitan politik sama sekali. Ini bukanlah bermakna saya sudah jadi penyokong Kerajaan. Saya masih dalam parti lawan,”ciap Dr. Mahathir di Twitter.

Perdana Menteri sebanyak dua kali itu hadir Majlis Penyerahan dan Penghargaan Rakan Strategik anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang berlangsung di perkarangan Majlid Al-Ehsan, Temoyong, Langkawi.

Jelas Dr. Mahathir sejak dahulu perjuangannya masih sama iaitu mahu menjayakan orang Melayu supaya tidak ketinggalan di negara mereka sendiri.

Sementara itu, Dr. Mahathir menegaskan, dia sentiasa berpegang dengan prinsip bahawa bantuan seharusnya tidak hanya sekada memberi wang secara percuma.

Namun sebaliknya, mereka yang ketinggalan perlu diajar dan dibekalkan dengan kemahiran supaya mereka boleh berusaha untuk menjana pendapatan dengan kemahiran dan latihan yang diperoleh.

“Dengan itu mereka lebih bebas dan tidak terhutang budi atau terlalu bergantung kepada mana-mana pihak.

“Saya berterima kasih kepada syarikat-syarikat yang berusaha bantu membangunkan dan atasi masalah di Langkawi ini apatah lagi ketika pulau pelancongan ini menghadapi kesan dari wabak Covid19,” kata Dr. Mahathir.-SM

2 comments:

  1. Sudah2 lah.dok dendangkan agama Islam terancam..melayu terancam..
    Mitos dongeng sampai bila nak dinyanyikan oleh puak2 munafik..
    Meluat tengok..kononnya pejuang agama tapi hampeh..
    Ingat rakyat bodoh gamaknya..
    Sudah Tiba masanya golongan pengetua kebencian no dihumban jauh Dari Bumi malaysia.semua tak boleh pakai..

    ReplyDelete
  2. Sebagai generasi Yang ingin pemimpin bersih jujur Dan amanah..memang tak suka golongan munafik ni.
    Bila lah Akan munculnya pemimpin macam endorgan..
    Yg Ada semuanya sembang Kari jer lebih

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-