Sunday, April 11, 2021

‘Wahai PAS yang ada 18 kerusi, bayangkan jika 15 kerusi lompat’

malaysiakini.com
Diterbitkan 11 Apr 2021, 8:27 am

Sekiranya PAS mahu mempertikaikan hubungan keruh antara Umno dan Bersatu, maka PAS perlu membayangkan dirinya berada dalam situasi sama dengan parti Amanah, kata Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

Selain membangkitkan bagaimana Bersatu merupakan parti serpihan yang membawa pergi 15 kerusi yang dimenangi Umno pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu, dakwa Ahmad, Bersatu juga mencuri ahli-ahli Umno di peringkat akar umbi.

Malah, dia sendiri sebagai setiausaha agung, kata Ahmad, terpaksa menandatangani surat pemecatan ramai ahli Umno kerana mereka menyertai Bersatu.

“Inilah antara sebab Umno dan Bersatu tak boleh nak ngam (serasi).

“Kalau PAS kata, apa benda ni? (bergaduh). Saya nak bagitahu kepada PAS, wahai PAS yang ada 18 kerusi, bayangkan kalau daripada 18 kerusi itu, katalah 15 kerusi melompat kepada Amanah.

“Lepas itu kita nak paksa PAS yang tinggal beberapa kerusi itu baik dengan Amanah. Boleh ke,” soalnya pada sesi wawancara siaran langsung Terus Terang disiarkan Umno Online, malam tadi.

Untuk rekod, Amanah merupakan parti serpihan PAS yang menjadi komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).
Selepas keluar PH, Bersatu bekerjasama antaranya dengan Umno, PAS dan kumpulan ahli parlimen PKR yang berpaling tadah.

Ini menyebabkan pentadbiran PH runtuh pada Februari tahun lalu, lalu jajaran politik baru itu membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebelum Langkah Sheraton, PAS dan Umno bekerjasama erat bawah gabungan Muafakat Nasional, yang dikatakan faktor membantu mereka menang tujuh pilihan raya kecil (PRK).

Meskipun merupakan rakan sekutu, hubungan Umno dan Bersatu tegang sejak awal pentadbiran PN, antaranya kerana isu agihan jawatan dalam kabinet perdana menteri Muhyiddin Yassin.

Pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) bulan lalu, Umno memuktamadkan untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu menjelang PRU15 nanti, meskipun keputusan itu ditentang sebahagian tokoh Umno.

Pun begitu, PAS pula masih berharap dapat bekerjasama dengan Umno dan Bersatu dalam PRU15 bagi mematikan gabungan mereka menang besar.

Pada PRU14, PAS hanya menang 18 kerusi dari 158 kerusi parlimen yang ditandinginya.

Umno pula memenangi 54 daripada 121 kerusi yang ditandinginya (BN secara keseluruhan menang 79 kerusi), menjadikannya parti tunggal yang menang kerusi terbanyak dalam PRU14.

Selepas PRU14, Umno mula hilang banyak kerusi rentetan adegan lompat parti, dengan 15 dari kerusinya bertukar tangan kepada Bersatu. Umno kini tinggal 38 kerusi parlimen.

2 comments:

  1. Itulah, hadi/takiyuddin ni mmg. dah jadi GILA KUASA betul!

    Tgklah punya BONGKAKnya hadi ni MENGHINA/MENGGERTAK & MENIPU psl. UMNO! Adakah patut si hadi ni nak suruh sertai MUAFAKAT NASIONAL (MN), akan parti PENYAMAQ yg. BUKAN lagi parti Pribumi, yg diKUASAI si HOMO2 bekas PKR, iaitu BERSATU Parasit NAZI yg. amat ZALIM, FASIS, RASIS, PENIPU PEROMPAK, yg. juga telah memBANGSATkan habis2an Sistem KEHAKIMAN & PERUNDANGAN di NEGARA ISLAM kita ni, bersama geng DAP Penjajah ZIONIS Parasit depa, utk. menZALIMI, MENGANIAYA & MENINDAS Islam/Umatnya, terutamanya Mantan PM AGUNG Orang Asal ISLAM/MELAYU terCINTA kami, YAM DS Najib, keluarga beliau, Pemimpin2 UMNO tulen lain, Peguam2 YAM DS Najib terutamanya YAB TS Syafee & UMNO keseluruhannya?! Mmg. PENYAMAQ habis hadi/taqiyuddin ni!!

    Di blog SAMPAH pro-BERSATU Parasit - https://www.mindarakyat.net/2021/04/umno-berubah-tengah-jalan-rundingan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk. PENYOKONG2 PAS - sdg. diTIPU oleh hadi/taqiyuddin & BERSATU Parasit NAZI ni!!
      Di - https://suara.tv/06/04/2021/tanpa-umno-proses-agihan-kerusi-bersatu-pas-kini-lebih-mudah-rosol-wahid/

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-