FMT Reporters
-December 1, 2021 7:00 PM
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim meninjau pasar pagi dan bertemu peniaga di Kampung Kerinchi. (Gambar Facebook Anwar Ibrahim)
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak kebelakangan ini.
Jelas beliau, ia tidak selari dengan hasrat kerajaan kononnya mengawal kenaikan harga barangan dengan segera.
“Mendengar dan bertukar pendapat dengan peniaga terutamanya soal harga barang yang meningkat dan kos pemasaran yang mendadak naik,” katanya menerusi Facebooknya.
Terdahulu, beliau sebelum ke Parlimen ditemani isterinya yang juga Ahli Parlimen Pandan Wan Azizah Ismail serta Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, meninjau pasar pagi dan bertemu peniaga di Kampung Kerinchi.
Dalam pertemuan itu, beliau berjanji akan membawa isu dengan segera dalam persidangan Parlimen.
Menurut laporan Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) Jacob George, mendakwa rakyat negara ini perlu bersedia berdepan dengan kenaikan harga barang yang dijangka antara 30 hingga 200%, menjelang 2022 ekoran fenomena global dan spekulasi peniaga.
Katanya, semua barangan keperluan asas dijangka menghadapi kenaikan, terutamanya makanan kerana sehingga kini negara masih bergantung kepada aktiviti import untuk menampung keperluan domestik.
Ditambah nilai ringgit yang menyusut pada kadar RM4.24 berbanding dolar Amerika Syarikat, peniaga tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga barang untuk menampung kos.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.