Showing posts with label Ketua Pembangkang. Show all posts
Showing posts with label Ketua Pembangkang. Show all posts

Monday, December 19, 2022

PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali

agendaily.com
19/12/2022
Ahli Parlimen Port Dickson itu memohon satu deklarasi bahawa sabitannya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 adalah ultra vires atau di luar kuasa Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, adalah terbatal serta tidak sah. - Gambar fail

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman media Itali, yang menerbitkan laporan menyatakan Perdana Menteri Malaysia adalah pengamal homoseksual sepenuhnya.

Hamzah yang juga ahli Parlimen Larut berkata ia jelas adalah satu penghinaan kepada Anwar, dan Perdana Menteri mesti mengambil tindakan undang-undang terhadap media, agenzianova, terbabit.

Beliau berkata demikian ketika membahasakan usul undi percaya terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini (19 Disember 2022).

Ucapan beliau pada awalnya diganggu oleh Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer – yang masih membawa perangai pembangkang di Dewan Rakyat walaupun kini menjadi kerajaan.

Rayer bangun meminta Hamzah menarik balik kenyataan itu, namun bekas Menteri Dalam Negeri Kerajaan Perikatan Nasional itu menjelaskan beliau memetik laporan media Itali yang membuat laporan itu.

Hamzah berkata Anwar sebelum ini telah disabitkan mengenai perkara itu (homosek), merujuk kepada sabitan kesalahan liwat sebelum ini, tetapi mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Pada 24 November 2022 sebaik sahaja YAB Tambun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri sebuah agensi berita dari Itali menerbitkan artikel bertajuk ‘“first full-blown homosexual elected prime minister in an Islamic country’.

“Laporan ini menghina YAB Tambun. Dia (laporan media itu) menghina YAB Perdana Menteri. Tindakan tegas harus kita ambil. Kerajaan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada seluruh dunia bahawa YAB Tambun sudah pun diberikan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“YAB Tambun wajib mengambil tindakan terhadap agensi luar. Jangan hanya mengambil tindakan terhadap mereka dalam negara sahaja. Kita tidak mahu dilihat sebagai jaguh kampung semata-mata.

“Betul… betul… dahulu YAB Tambun telah pun dihukum oleh mahkamah kerana kesalahan tersebut… tetapi sekarang sudah bebas kerana telah diberikan pengampunan,” kata Hamzah.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan PH-UMNO tidak membiarkan dunia terus percaya bahawa Perdana Menteri Malaysia sekarang ini adalah pengamal homoseksual tegar.

“Jangan dibiarkan sehingga dunia percaya seolah-oleh Perdana Menteri Malaysia pengamal homoseksual tegar… ini cerita lama… kita harus bangkang… Saya minta YAB (Anwar) saman agensi agenzianova.com.

Untuk rekod, Anwar sebelum ini menghadapi dua tuduhan meliwat pembantunya Azizan Abu Bakar dan Saiful Bukhari Azlan iaitu pada 1998 dan 2008. Namun, kali pertama Anwar dipenjarakan adalah atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.

Bagaimanapun, pada 2015 Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Anwar untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap beliau kerana meliwat Saiful Bukhari.

Pada 2018, ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar dibebaskan dengan pengampunan Yang di-Pertuan Agong ketika itu Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan lsmail Petra.

Undi percaya PM10 hanya gimik, kata Ketua Pembangkang

bharian.com.my
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim, Mohd Nasaruddin Parzi dan 
Muhammad Yusri Muzamir 
bhnews@bh.com.my
- Disember 19, 2022 @ 4:00pm
Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin berbahas pada Mesyuarat Pertama Penggal Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.
- Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah gimik semata-mata terutama selepas perjanjian dimeterai antara kerajaan yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Ahli Parlimen Larut itu berkata, usul yang dikemukakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof itu mewujudkan pelbagai persoalan.

"Apakah usul ini mempersoalkan kuasa dan keputusan yang dibuat Yang di-Pertuan Agong atau kerana kerajaan dibentuk ini adalah kerajaan minoriti walaupun seperti kenyataan Yang Amat Berhormat Tambun bahawa Yang Berhormat Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sudah pun dalam pusingan pertama memperoleh sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

"Kami sedar bahawa usul ini adalah gimik semata-mata apatah lagi dilakukan selepas satu perjanjian kerjasama ditandatangani semua pemimpin untuk menyokong Pakatan Harapan (PH)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berbahas pada usul percaya Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu itu, Hamzah menyifatkannya sebagai satu perjanjian yang menyekat dan memudaratkan demokrasi berparlimen.

Katanya, kesan kumulatif peruntukan daripada perjanjian terbabit menyebabkan semua Ahli Parlimen daripada PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (WARISAN) untuk mengundi hanya dengan cara yang dikehendaki oleh Anwar.

"Ini bercanggah dengan prinsip asas berparlimen yang dijamin Perlembagaan dan undang-undang Malaysia. Ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan dasar awam, tidak sah serta tidak dibenarkan undang-undang.

"Adakah ini demokrasi yang dilaungkan Yang Amat Berhormat Tambun. Yang Amat Berhormat Tambun tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga sanggup melanggar prinsip perjuangan sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Hamzah meminta Anwar menyaman media Eropah, yang menerbitkan artikel mengenai pelantikannya sebagai Perdana Menteri dengan menggelarnya sebagai 'homoseksual sepenuhnya' (full-blown homosexual).

Beliau menegaskan, ia jelas adalah satu penghinaan kepada Anwar, dan Perdana Menteri mesti mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu.

"Dia (media Eropah) berkata Anwar sebelum ini disabitkan mengenai perkara itu, merujuk kepada sabitan kesalahan liwat sebelum ini, tetapi mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Wednesday, December 1, 2021

Mekanisma kawalan harga barang lembab, kata Anwar

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-December 1, 2021 7:00 PM

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim meninjau pasar pagi dan bertemu peniaga di Kampung Kerinchi. (Gambar Facebook Anwar Ibrahim)

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak kebelakangan ini.

Jelas beliau, ia tidak selari dengan hasrat kerajaan kononnya mengawal kenaikan harga barangan dengan segera.

“Mendengar dan bertukar pendapat dengan peniaga terutamanya soal harga barang yang meningkat dan kos pemasaran yang mendadak naik,” katanya menerusi Facebooknya.

Terdahulu, beliau sebelum ke Parlimen ditemani isterinya yang juga Ahli Parlimen Pandan Wan Azizah Ismail serta Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, meninjau pasar pagi dan bertemu peniaga di Kampung Kerinchi.

Dalam pertemuan itu, beliau berjanji akan membawa isu dengan segera dalam persidangan Parlimen.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) Jacob George, mendakwa rakyat negara ini perlu bersedia berdepan dengan kenaikan harga barang yang dijangka antara 30 hingga 200%, menjelang 2022 ekoran fenomena global dan spekulasi peniaga.

Katanya, semua barangan keperluan asas dijangka menghadapi kenaikan, terutamanya makanan kerana sehingga kini negara masih bergantung kepada aktiviti import untuk menampung ke­perluan domestik.

Ditambah nilai ringgit yang menyusut pada kadar RM4.24 berbanding dolar Amerika Syarikat, peniaga tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga barang untuk menampung kos.

Tuesday, November 23, 2021

Nak saya letak jawatan, boleh teliti tapi jangan angkuh, kata Anwar

freemalaysiatoday.com
Mohamad Fadli
-November 23, 2021 7:03 PM

Anwar Ibrahim akan meneliti desakan supaya beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

BANGI:
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sedia meneliti apa-apa pandangan supaya meletak jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) namun menegaskan desakan itu tidak harus dibuat secara angkuh.

“Itu pandanganlah (desakan letak jawatan). Kita teliti juga tetapi kita beri peringatan jangan nampak pandangan itu dilihat agak angkuh sehingga menimbulkan reaksi tidak baik dalam kalangan lain,” katanya.

Beberapa pihak termasuk ADUN Bilut daripada DAP, Lee Chin Chen, mendesak Anwar berundur daripada menerajui gabungan parti pembangkang itu susulan kekalahan teruk PH pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka Sabtu lalu.

PH hanya menang lima daripada 28 kerusi ditandingi manakala semua 11 calon PKR turut tewas.

Anwar berkata, beliau bertanggungjawab atas kekalahan itu dan juga keputusan PH menerima dua bekas ADUN Umno bertanding pada PRN atas tiket PH.

“Saya kena pikul tanggungjawab,” katanya ketika ditanya mengenai desakan beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PH dan penerimaan dua bekas ADUN Umno itu sebagai punca kekalahan teruk PH di Melaka.

Selain Lee, desakan sama turut ditimbulkan beberapa ahli politik lain termasuk penganalisis Wong Chin Huat, yang mencadangkan PKR bergabung dengan Amanah.

Naib Presiden Warisan, Junz Wong, juga mendakwa rakyat sudah menyampah dengan PH yang didakwa berulang kali memungkiri dan mahu melihat kepimpinan baharu.

Bagaimanapun, Ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berkata tidak adil meletakkan semua kesalahan di bahu Anwar semata-mata.

Dalam pada itu, Anwar berkata kekalahan PH perlu dilihat daripada semua aspek kerana setiap pihak ada pandangan sendiri dan kegelisahan yang disuarakan.

“Kena lihat semua aspek kerana ia tak semudah itu. Kita jumpa di kampung macam mana pandangan orang lain, jumpa di bandar, masyarakat Cina, India, Orang Asli dan Melayu majoriti ada beberapa kegelisahan dia perlu dengar,” katanya.

Monday, November 22, 2021

Anwar perlu letak jawatan atau kami keluar PH, kata seorang ADUN DAP

agendaily.com
22/11/2021

DAP dan Amanah mungkin akan menyingkirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang?

Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang atau DAP perlu menimbang keluar daripada Pakatan Harapan (PH) jika beliau enggan berundur, kata seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP.

ADUN Bilut (DAP), Lee Chin Chen menggesa supaya PH mencari pengganti baharu dan bukan bergantung semata-mata kepada Anwar yang dilihatnya gagal dalam memimpin blok pembangkang itu dengan baik selepas kekalahan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Izinkan saya menjelaskan hujah saya secara jelas terlebih dulu: Saya berharap Anwar akan melepaskan baton kepimpinan, berada di belakang kepimpinan dan membantu pengganti generasi baru mencapai tahap yang baru.

“Saya menyeru Anwar berundur sebagai Ketua Pembangkang supaya PH boleh memilih pengganti baru. Marilah kita meneroka hala tuju dan konsensus baru kita serta menentang konservatif agama dalam pakatan sayap kanan Melayu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Jika Anwar masih tidak mahu meletak jawatan, Chin Chen berkata sudah tiba masanya DAP keluar daripada gabungan tersebut dan mencari bentuk kerjasama dengan gabungan yang lain.

“Sekiranya tiada harapan untuk PH reset semula, kepimpinan DAP mesti mempertimbangkan untuk keluar daripada gabungan itu dan mencari kerjasama lain bagi memastikan negara mempunyai parti pembangkang yang setia mempertahankan kepelbagaian dan politik sekularisme.

“Sebelum ini, PH sudah lebih setahun taaasub dengan permainan angka. Jika kita gagal menghentikan ini selepas kekalahan pilihan raya Melaka dan mengkaji semula hala tuju kita, jika kita terus membanding-bandingkan diri kita secara membuta tuli dengan parti politik Melayu, kita akan hanya mengulangi kekalahan dalam pilihan raya Melaka,” katanya.

Ujarnya lagi, keputusan PRN Melaka adalah tamparan kepada PH.

PRN itu menyaksikan Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan besar dengan memenangi 21 kerusi dan memperoleh majoriti dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PH hanya berjaya memenangi lima kerusi, manakala PKR tewas di semua kerusi ditandinginya.

Keputusan Anwar yang berdegil mahu meletak calon ‘katak berprinsip’ dalam PRN Melaka mendapat tentangan DAP namun beliau tidak menghiraukan dengan meneruskan juga rancangannya itu.

Sunday, November 21, 2021

DAP, Amanah mungkin pertimbang singkir Anwar sebagai Ketua Pembangkang?

agendaily.com
21/11/2021


Susulan kekalahan memalukan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, spekulasi semakin bertiup kuat berkemungkinan DAP dan Amanah akan menimbang untuk menyingkirkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mengepalai Pakatan Harapan (PH).

Sekiranya Anwar dibiarkan terus mengetuai blok pembangkang itu, keputusan lebih teruk akan dihadapi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan sudah sampai masanya untuk rakan parti itu membuat semakan realiti terhadap Anwar.

Sumber memberitahu terdapat pemimpin dalam DAP dan Amanah yang sudah resah melihat keputusan PRN Melaka, ia menandakan isyarat penolakan yang kuat terhadap mereka dan membuktikan Anwar sudah gagal serta tidak lagi relevan di kalangan rakyat.

“Jika Anwar masih kekal dan terus mengetuai pembangkang, berkemungkinan keputusan teruk dan hina akan diperoleh mereka selepas ini.

“Keputusan di Melaka adalah gambaran jelas mengapa Anwar perlu ditendang dengan segera,” kata sumber itu.

Malah, tindak-tanduk Anwar sebelum ini yang berkomplot dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sehingga menyebabkan parti itu kembali menjadi dominan di Putrajaya selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dijatuhkan memberi banyak implikasi buruk kepada DAP dan Amanah.

DAP dan Amanah kehilangan banyak kerusi yang dimenangi mereka sebelum ini pada PRN Melaka kali ini, sementara PKR pula gagal memenangi sebarang kerusi.

Sekiranya masih berada di bawah ketiak Anwar, kemungkinan peluang DAP dan Amanah untuk menang dalam PRU15 nanti akan malap.

Persepsi rakyat terhadap blok pembangkang semakin terhakis sekiranya terbukti wujud kerjasama yang digerakkan Anwar melibatkan pemimpin UMNO daripada Kluster Mahkamah.

Anwar dan Zahid mungkin boleh bersumpah laknat di Makkah sekali pun, namun defisit kepercayaan rakyat adalah masalah utama yang mereka berdua sedang hadapi.

Secara jelas, isyarat yang ditunjukkan pengundi di Melaka adalah gambaran yang bakal berlaku pada PRU15 nanti.

Yang pastinya, Anwar juga adalah punca mengapa UMNO dan Barisan Nasional (BN) kembali kuat kerana memberi nyawa kepada kumpulan Kluster Mahkamah sehingga menjadi dominan semula.

Apakah Anwar masih mahu menafikan fakta dan memutarbelit cerita dengan menafikan dirinya adalah punca kepada segala kemelut politik dalam negara sehingga membawa mudarat kepada rakyat.

Bagaimanapun, Anwar pasti tidak mahu mengalah memandangkan sudah dinaik taraf setara dengan jawatan seorang Menteri selepas blok pembangkang, PH menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan kerajaan sebelum ini.

Jawatan tersebut terlalu sayang untuk dilepaskan Anwar kerana keistimewaan dan elaun yang diberikan adalah sangat lumayan.

Namun, rakyat sudah mampu menilai siapa Anwar sebenarnya yang menjadi punca kekecohan dan kekalutan politik dalam negara tidak ada kesudahan.

Saturday, October 16, 2021

Anwar tak setuju gaji, elaun RM33.5k sebulan untuk ketua pembangkang

malaysiakini.com
Diterbitkan: Oct 16, 2021 10:34 PM


Anwar Ibrahim tidak setuju dengan gaji bulanan serta elaun yang akan diterimanya sebagai ketua pembangkang, selepas jawatan itu diberi kedudukan setaraf menteri.

Dalam kenyataan malam ini, Anwar yang merupakan pengerusi PH itu berkata dia akan menyalurkan wang tersebut kepada orang miskin.

Anwar berkata, berdasarkan surat tawaran oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, ketua pembangkang akan menerima gaji dan elaun bulanan sebanyak RM33,560.20 serta elaun pakaian berjumlah RM9,000 untuk tempoh tiga tahun.

Berikut gaji, elaun serta kemudahan lain yang akan diterima ketua pembangkang, menurut Anwar.
RM14,907.20 gaji bulanan
RM12,320 sebulan untuk elaun keraian
RM1,500 sebulan untuk bayaran khas
RM4,000 sebulan untuk elaun rumah
RM833 sebulan untuk elaun selenggara rumah
RM6,000 elaun pakaian panas (sekali dalam tiga tahun)
RM1,500 elaun pakaian upacara rasmi (sekali dalam tiga tahun)
RM1,500 elaun bayaran pakaian ‘black tie’ (sekali dalam tiga tahun)
Sebuah kereta rasmi serta penggunaan kenderaan peribadi untuk tugas rasmi


"Beberapa kemudahan lain yang setaraf menteri tidak dapat saya terima sama sekali. Malah, saya akan menyalurkan dana tersebut untuk tabung rakyat miskin," katanya.

Dia juga berkata telah memberitahu pihak Parlimen untuk tidak membuat sebarang pengubahsuaian dan menyediakan peruntukan tambahan untuk pejabatnya.

[Berita lanjut menyusul]

Saturday, December 19, 2020

Shafie Apdal Bakal Mengganti Anwar?

1media.my
byAssistant Editor
-December 19, 20200

Nama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah antara pemimpin yang disebut-sebut untuk diangkat sebagai Ketua Pembangkang yang baharu.

Namun, tidak kurang pula ada yang tidak bersetuju jika Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu menggantikan tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas alasan beliau dilihat hanya mewakili negeri Sabah dan bukan seluruh negara.

Bagi penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, beliau melihat Shafie perlu membawa perwatakan ‘nasional’ jika mahu diterima semua pimpinan pembangkang dan rakyat secara keseluruhannya.

Malah, hala tuju perjuangan bekas Ketua Menteri Sabah itu jelas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

“Saya melihat ada sedikit kekurangan dari Shafie ialah beliau dilihat sebagai pemimpin yang mewakili Sabah. Kalau kita lihat dalam PRN Sabah September yang lalu, perjuangan beliau membawa kepada Sabah untuk masyarakat Sabah.

“Jadi untuk memimpin di peringkat nasional , Shafie perlu lebih menunjukkan pembawaan nasionalnya, iaitu parti yang dibawanya, Warisan perlu menjadi sebuah parti diterima seluruh rakyat Malaysia, bukan sahaja di Sabah, malah di Sarawak dan Semenanjung,” katanya kepada Astro AWANI melalui Skype pada Jumaat.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengkaji dan menimbang cadangan-cadangan dikemukakan pemimpin gabungan parti dalam Pakatan Harapan (PH) termasuk desakan sesetengah pihak agar Ketua Pembangkang itu letak jawatan.

Pada masa sama, Dr Mazlan berkata, penampilan muka-muka baharu dalam pimpinan PH mampu mengembalikan keyakinan terhadap gabungan parti itu.

Dr Mazlan mengambil contoh negara-negara Barat yang mula memberi peluang kepada orang muda untuk duduk dalam barisan kepimpinan.

“Mungkin pembangkang hari ini boleh bentuk satu kabinet bayangan terhadap sistem politik dengan mengetengahkan pimpinan yang muda, segar dan berwajah baru dan mungkin boleh menarik sokongan rakyat.

“Kita tahu tahun depan, bulan Julai sebanyak 7.4 juta pengundi muda akan masuk dalam pasaran demokrasi di Malaysia. Bagaimanapun, saya melihat faktor politik di Malaysia ini, golongan veteran itu masih diperlukan, mereka banyak memainkan peranan. Namun beri peluang pada orang muda” ujarnya.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/shafie-apdal-tidak-cukup-nasional-untuk-jadi-ketua-pembangkang-273692

Friday, August 19, 2016

Muhyiddin ketua pembangkang yang baharu?

 AIDCNEWS
AIDCNews – Persoalan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal dilantik menjadi ketua pembangkang yang baharu sering berkumandang walaupun ia cuba ditutup.

Terbaharu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berkata Muhyiddin boleh dilantik sebagai ketua pembangkang sekiranya parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) komited dengan reformasi, menghormati sistem demokrasi dan perlembagaan persekutuan Malaysia.

“Sekiranya mereka tidak komited dengan reformasi, maka kita akan menukar pimpinan secara nama dari seorang individu kepada individu yang lain. Ini isu kerjasama, ia bergantung kepada jumlah kerusi yang dimenangi, itu normal.

“Kita kena ingat semasa DAP memenangi kerusi yang banyak majoriti pun, mereka yang mencadangkan supaya jawatan (ketua pembangkang) dipegang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada saya, ia terlalu awal untuk diberitahu, parti Bersatu baru sahaja didaftarkan, yang penting wujudkan momentum dan buat kerja,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib pula berkata Muhyiddin boleh dilantik menjadi ketua pembangkang dengan syarat mendapat restu daripada tiga tokoh pembangkang iaitu Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang sebelum layak dilantik mengetuai mereka.

“Masalah yang ada hari ini, pembangkang sendiri terbahagi kepada dua kelompok. Jadi beliau (Muhyiddin) memerlukan kerjasama daripada kombinasi parti yang ada untuk memegang jawatan tersebut.

“Persoalannya, sejauh mana beliau (Muhyiddin) akan mendapat kerjasama daripada wakil pembangkang memandangkan percakaran yang berlaku dalam blok pembangkang masih belum selesai sehingga kini,” katanya.

Menurut Shukri, kapasiti Muhyiddin sebagai bekas timbalan perdana menteri juga tidak dilihat sebagai satu kelebihan untuk dilantik sebagai ketua pembangkang.

“Masih ramai pemimpin atau veteran pembangkang yang lebih arif mengenai perjuangan pembangkang untuk diletakkan di posisi tersebut,” katanya lagi.

Saturday, July 2, 2016

Sanggupkah Muhyiddin terima pelawaan Amanah......

Amanah ajak Muhyiddin jadi ketua pembangkang
Bagaimanapun, Anwar masih pilihan nombor satu untuk menjadi perdana menteri.
FMT Reporters
July 2, 2016
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang dipertimbangkan untuk dipilih sebagai ketua pembangkang baharu Pakatan Harapan, menurut Amanah.

Ahli jawatankuasa pusat parti itu, Mazlan Aliman mengakui, ada perbincangan dalam parti yang mencadangkan pelantikan bekas Timbalan Presiden Umno dan bekas Timbalan Perdana Menteri ini ke seluruh pimpinan Pakatan Harapan.

“Kita telah bersetuju untuk memilih Muhyiddin sebagai ketua pembangkang yang baharu kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman di penjara.

“Beliau mempunyai pengalaman dan akan menguatkan kita.

“Bagaimanapun, Anwar masih pilihan nombor satu kita untuk menjadi perdana menteri,” katanya pada sidang akhbar di Southern Chinese Press Club, seperti yang dilapor MStar.

Dalam pada itu, Ketua Amanah Johor Aminolhuda Hassan membayangkan Muhyiddin sebagai musuh yang menggerunkan ketika berada dalam Umno justeru, beliau yakin kerjasama dengannya akan membuahkan hasil terutama dalam mengalahkan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, apabila Anwar dipecat kira-kira 18 tahun lalu, bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, membuka pintu kepada beliau untuk menyertai pembangkang.

“Apabila beliau menjadi menteri besar di sini, Muhyiddin menjadikan Johor sebagai kubu BN di mana pembangkang hampir tidak dapat menembusinya walau banyak percubaan dilakukan,” katanya.

Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada Umno pada 24 jun yang lalu atas sebab pelanggaran disiplin, berada atas pentas bersama pemimpin pembangkang serta serang pimpinan dan parti.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula digantung keahliannya sehingga Majlis Tertinggi (MT) UMNO menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti.

Sebelum ini, Muhyiddin dan Shafie digugurkan daripada Kabinet pada Julai 2015 manakala Muhkriz melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah pada Februari lepas.

Saturday, March 26, 2016

Apa nak jadi dengan orang tua ni? .......tak habis-habis lagi ke dendamnya dengan PM?

Dr M sedia jumpa Wan Azizah, bincang untuk singkir Najib

Zulaikha Zulkifli
Bekas perdana menteri selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau secara terbuka bersedia untuk bertemu dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, beliau berkata, kesediaannya untuk bertemu Wan Azizah itu adalah bagi membincangkan tentang cara untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Belum ada (berjumpa dengan Wan Azizah). Kalau dia nak, boleh. Saya terbuka. Tujuan saya satu, untuk jatuhkan Najib.

"Hari ini perjuangan kita terhad kepada satu sahaja untuk menjatuhkan Najib. Untuk jatuhkan Najib, dengan sesiapa pun saya bekerjasama termasuk (Lim) Kit Siang," katanya dalam sidang media di Putrajaya.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk bertemu dengan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahathir hanya berkata:

"Itu kita tengoklah (nak berjumpa keluarga Anwar)," katanya lagi.

Friday, May 15, 2015

Wan Azizah terima lantikan sebagai ketua pembangkang

Datuk Seri Dr Wan Azizah menyambut baik sokongan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat yang melantik beliau sebagai Ketua Pembangkang yang baru.

KUALA LUMPUR, 15 Mei:

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyambut baik sokongan yang diberikan Pakatan Rakyat (PR) kepadanya sebagai ketua pembangkang yang baharu.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sama ada jawatannya sebagai ketua pembangkang akan berkuat kuasa ketika upacara angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, Isnin ini.

“Saya berbesar hati dan terharu dengan hakikat bahawa ketiga-tiga parti, termasuk parti sendiri, telah memberikan nama saya sebagai Ketua Pembangkang,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkara itu di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya sama ada beliau menerima pemilihan, beliau berkata, “Ya, saya merupakan bekas pemimpin pembangkang sebelum ini.”

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali pada Rabu telah mengumumkan bahawa ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat menyokong Dr Wan Azizah sebagai ketua pembangkang baharu mereka.



Terdahulu kerusi ketua pembangkang kosong apabila penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman 5 tahun penjara selepas didapati bersalah atas kes liwat.

Pemenjaraan beliau menyebabkan Dr Wan Azizah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh yang menjadi milik Anwar sebelum ini.

Dr Wan Azizah dijangka akan mengangkat sumpah pada Isnin pukul 10 pagi.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/05/15/wan-azizah-terima-lantikan-sebagai-ketua-pembangkang/#ixzz3aCF9h9UM

Sunday, February 22, 2015

Dewan Ulama PAS tolak Nurul Izzah

"Saya ada dengar suara yang mahukan Nurul Izzah (gambar) sebagai Ketua Pembangkang, jadi memang tak sepatutnya lah, dia orang muda," kata Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

SERI KEMBANGAN, 22 Februari:

Dewan Ulama PAS Pusat menolak cadangan beberapa pihak yang mahu menjadikan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebagai Ketua Pembangkang yang baharu menggantikan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya ada dengar suara yang mahukan Nurul Izzah sebagai Ketua Pembangkang, jadi memang tak sepatutnya lah, dia orang muda,” kata Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Kata Mahfodz, pihaknya lebih menyokong Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Ketua Pembangkang kerana beliau lebih berpengalaman dan lama di dalam PAS.

“Datuk Tuan Guru banyak pengalaman dalam PAS, turun naik dalam PAS, pengalaman dalam PAS, politik. Sepatutnya jika PAS nak sokong memang patut sangatlah,” tegas beliau pada sidang media selepas persidangan Multaqa Ulama SeMalaysia kali ke-2 anjuran PAS di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya MPSJ, Serdang Jaya, lewat malam Sabtu.

Anwar, yang juga Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas rayuan terakhir kes liwat II beliau ditolak oleh Mahkamah Persekutuan, yang mengekalkan sabitan bersalah ke atas beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Selain Hadi dan Nurul Izzah, antara nama lain yang disebut-sebut berpotensi menggantikan Anwar mengetuai pakatan pembangkang ialah Presiden PKR yang juga isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Presidennya yang juga Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/22/dewan-ulama-pas-tolak-nurul-izzah/#ixzz3SSELGcJ8

Untuk menyerang balas, BN merancang siri jelajah untuk menerangkan Liwat II

oleh Lokman Mustafa

SEKILAS PANDANG: Terdapat banyak cara kerajaan Barisan Nasional dalam membazirkan wang, ketika sesetengah pengulas di laman berita & isu semasa sedang memberi fokus kepada urus niaga mencurigakan melibatkan 1MDB, jet mewah kerajaan Perdana 1 yang menjelajah ke serata dunia, langkah mengupah tiga firma perundingan asing untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan terpilih dan sebagainya.

Namun demikian, usaha terbaru untuk membazirkan wang dari BN hadir dalam bentuk siri jelajah yang akan menampilkan peguam Umno Tan Sri Muhammad Safee Abdullah untuk menerangkan keputusan mahkamah dalam menjatuhkan hukuman lima tahun penjara kerana meliwat ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenapa saya berasakan yang rancangan terbaru ini adalah pembaziran wang?

Kerana BN sudah mempunyai banyak saluran untuk menyalurkan maklumat kepada umum, yang tidak mampu dimiliki pembangkang, Pakatan Rakyat.

Apakah surat khabar yang dikawal kerajaan seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo! New Straits Times, The Star tidak mencukupi?

Bagaimana pula dengan stesen televisyen yang dikawal kerajaan seperti TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9, Awani dan Bernama TV? Atau halaman Facebook, akaun Twitter, dan blog-blog pro-BN?

The Malaysian Insider melaporkan pada 17 Feb bahawa BN akan melancarkan siri jelejah ke seluruh negara yang akan menyediakan kepada Shafee ruang untuk menerangkan penghakiman Mahkamah Persekutuan ke atas kes liwat Anwar, memandangkan proses kehakiman yang sudah berakhir.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menegaskankan bahawa Umno telah dituduh merancang konspirasi politik ke atas Anwar sejak beliau dipecat dari kabinet 17 tahun lalu, tetapi parti nasionalis Melayu ini memilih untuk mendiamkan diri terhadap Liwat II.

“Kita sudah mendiamkan diri selama enam tahun kerana perbicaraan masih lagi berlangsung, ditakuti kami menghina mahkamah. Kami menanti sehingga kes ini selesai,” beliau memberitahu 300 orang penonton ketika sesi dialog di Academy Kapten Husin, Kelana Jaya.

“Memandangkan sekarang ianya sudah berakhir, adakah anda jangkakan kami, sebagai parti politik, untuk terus mendiamkan diri?”

Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata beliau terpanggil untuk menjawab segala pertuduhan dari pemimpin Pakatan Rakyat, bagi pihak parti beliau.

“Selama enam tahun - dan ini adalah asas kepada pertahanan ini - ianya adalah konspirasi polotik dari Umno-BN ke atas Anwar.

“Di sebalik dakwaan selama ini, kami tetap mendiamkan diri. Pada kami dalam Umno, ianya adalah penting untuk kami menerangkan segala pertuduhan sebegini ... yang kes ini langsung tiada kaitan dengan Umno dan BN, tetapi ianya telah dibangkitkan oleh seorang individu yang pernah bekerja untuk Anwar,” kata beliau, merujuk kepada pengadu kepada pertuduhan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan ke atas ketua umum PKR.

“Jadi kami telah membawa Tan Sri Shafee untuk menerangkan kebenaran kepada anda semua,” kata Khairy kepada penonton yang bersorak.

Shafee adalah ketua pendakwa raya di dalam kes Anwar, yang telah berakhir pada 10 Feb selepas Mahkamah Persekutuan mengesahkan sabitan kesalahan oleh Mahkamah Rayuan.

Peguam kanan ini telah dikritik oleh fraterniti guaman dan ahli pembangkang kerana menghentam Anwar tanpa henti, yang sekarang ini sedang menjalani hukumannya di Penjara Sungai Buloh.

Jadi siri jelajah BN bakal dilaksanakan, tetapi saya tertanya-tanya sama ada Kementerian Belia dan Sukan bakal menjemput kumpulan K-Pop untuk menyertainya? Bukankah ianya modus operandi bagi acara BN?

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Untuk-menyerang-balas-BN-merancang-siri-jelajah-untuk-menerangkan-Liwat-II#sthash.dGYMvNlD.dpuf

Friday, February 20, 2015

Apa perlunya jelajah untuk 'buktikan' Anwar bersalah?

oleh V Shuman

SEKILAS PANDANG: Maka ia pun bermula. Sebuah drama menampilkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan peguam parti itu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Matlamatnya – untuk meneruskan usaha merosakkan reputasi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini di penjara.

Mungkin kita merasakan usaha menohmah Anwar akhirnya tamat jua, dengan terhumbannya Anwar ke dalam penjara yang menamatkan karier politiknya.

Namun jelas, bagi Umno, ia masih belum berakhir.

Menteri Belia dan Sukan itu dilaporkan berkata, Barisan Nasional (BN) akan mengadakan jelajah seluruh negara untuk menjelaskan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Liwat 2.

Katanya, jelajah itu perlu dibuat memandangkan Umno telah dihentam dan dituduh kerana membuat konspirasi politik terhadap Anwar, sejak ia pertama kali didakwa pada tahun 2008.

“Selama enam tahun kita berdiam diri kerana perbicaraan masih berjalan, dan menghormati mahkamah. Kita menunggu selama enam tahun,” kata Khairy dalam satu sesi dialog di Petaling Jaya 17 Februari lalu, seperti dipetik The Malaysian Insider.

Malaysiakini juga melaporkan bahawa Shafee, dalam usahanya untuk meyakinkan hadirin, telah menerangkan secara terperinci tentang “percumbuan” antara Anwar dan bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Saya hanya ada satu soalan kepada mereka – apa benda yang anda berdua ingin capai sebenarnya?

Apakah belum cukup penderitaan yang telah ditimpakan terhadap Anwar dan keluarganya, dengan menyumbatnya ke dalam penjara selama lima tahun?

Dengan pemenjaraannya, Anwar tidak mungkin lagi menjadi ancaman kepada kerajaan sekarang dan Umno. Bukankah aspirasinya untuk menguasai Putrajaya telah ditamatkan dengan sabitan itu?

Jadi, apa perlunya untuk terus merosakkan reputasinya? Andai kata beliau sememangnya bersalah meliwat, bukankah hukuman penjara terhadapnya sudah memadai?

Mengapa sehingga perlu menganjurkan “jelajah” untuk membuktikan beliau bersalah?

Jika sabitan dakwaan itu kuat dan kukuh, mengapa perlu berbuat sebegitu rupa hanya untuk membuktikannya?

Shafee, misalnya, perlu mula berkelakuan seperti seorang peguam senior berbanding primadona yang dahagakan publisiti.

Beliau barangkali merupakan satu-satunya orang lama dalam bidang undang-undang di dunia ini yang merasakan dirinya perlu, secara bersungguh-sungguh, “menjelaskan” sabitan berprofil tinggi yang dilakukannya, dan pada masa sama mencemarkan imej VIP yang terlibat.

Dan Khairy pula, adakah anda sudah tidak ada kerja lain –misalnya mengurangkan bilangan anak muda Melayu yang terbabit dengan dadah, ragut, rompak, dan yang terpengaruh dengan ideologi Islamic State (IS)?

Usaha-usaha tersebut pasti akan membawa kebaikan, berbanding berkhutbah tentang Rakan Muda dan program kecergasan anjuran kementeriannya di Twitter. Setiap masa.

Jelajah untuk “menjelaskan” sabitan terhadap Anwar hanya menguatkan tanggapan rakyat Malaysia selama ini – Umno adalah pembuli besar yang sanggup melakukan apa sahaja dan sedaya upaya, untuk merosakkan dan mencemarkan pembangkangnya.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Apa-perlunya-jelajah-untuk-buktikan-Anwar-bersalah#sthash.P16M5nvO.dpuf

Thursday, February 19, 2015

PRK Permatang Pauh dan Chempaka: UMNO cuba elak pukulan berganda?

oleh Tan Jooi Long

KOMEN: Pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah dijangka serta pemergian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak syak lagi adalah pukulan berganda kepada Pakatan rakyat.

Namun, dua Pilihanraya Kecil (PRK) untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Anwar dan Kerusi DUN Nik Aziz pula berpotensi menjadi serangan berganda kepada Umno.

Sudah banyak yang diperkatakan, terutama dalam media arus perdana yang dikawal kerajaan, tentang kesan buruk terhadap Pakatan dengan sabitan bersalah dan hukuman penjara lima tahun kepada tokoh penyatu pembangkang itu.

Pemenjaraan Anwar pada 10 Februari, diikuti pula dengan kematian Nik Aziz, yang dilihat sebagai “nurani” parti Islam itu, dua hari kemudian.

Dua peristiwa itu tentunya adalah pukulan berganda kepada pakatan PKR-PAS-DAP, apabil mereka kehilangan dua tokoh pengikat dalam masa satu minggu.

Namun, apa yang bermula sebagai pukulan kepada Pakatan bakal menjadi serangan kepada Umno, di saat parti pemerintah itu tidak mahukannya.

Pada zahirnya, Pakatan mungkin tidak bersedia untuk menghadapi mana-mana PRK, apatah lagi dua.

Namun, PRK di kubu kuat Anwar, Permatang Pauh mungkin boleh menjadi faktor yang mendorong PAS dan DAP untuk bersama-sama membantu PKR.

Euforia kempen yang sengit, dan peluang untuk “mencederakan” Umno di Seberang Perai, serta keinginan untuk menunjukkan solidariti bersama komrad PKR di saat mereka amat memerlukan – Ini semua mampu menyatukan pemimpin, ahli dan penyokong PAS dan DAP.

Dalam pada itu, Umno kini bakal menghadapi satu lagi perang dalaman yang menghancurkan.

Parti pemerintah itu mungkin memiliki kelebihan dalam persediaan PRK, namun setinggi manakah semangat mereka untuk berkempen dalam satu pertandingan yang sukar dimenangi?

Malah, mereka juga tidak boleh bergantung harap kepada MCA untuk memenangi undi Cina, dan MIC untuk undi India. DI Pulau Pinang yang ditadbir DAP, tiada satu pun wakil rakyat daripada parti komponen BN itu.

Lebih-lebih lagi, PRK Permatang Pauh akan diadakan selepas PRK Chempaka, di mana PAS dijangka menang mudah di kerusi yang dipegang Nik Aziz yang amat disayangi dan dipandang mulia oleh rakyat.

Maka tidak peliklah apabila Umno seperti sudah berputus asa berhubung PRK di Kelantan itu, sehingga mereka bersedia untuk tidak meletakkan calon.

“Kerusi itu dipegang Nik Aziz untuk satu tempoh yang lama, dan kita lihat tidak meletakkan calon sebagai satu tanda penghormatan kepadanya.” Itu adalah salah satu alasan yang diberikan.

“Tumpuan perlu diberi kepada usaha bantuan pasca-banjir di Kelantan.” Ini juga adalah satu lagi alasan mereka.

Apa yang tidak disebut adalah: Umno tidak mahu masuk ke Permatang Pauh dengan kecederaan daripada PRK Chempaka.

Umno mungkin boleh mengelak untuk bertanding dan kalah di kerusi Nik Aziz, namun ia tiada pilihan lain selain bertarung di kubu kuat Anwar dengan jangkaan ditimpa kekalahan.

Bagaimana parti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berharap untuk menang di Permatang Pauh, yang dipegang Anwar dan/atau isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wani Ismail begitu lama, sepanjang lapan Pilihanraya Umum dan 1 PRK sejak 1982?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terkenal itu pun tidak mampu memberi banyak bantuan untuk memastikan kemenangan Umno.

Mungkin Umno juga harus membuat senarai alasan-alasan melucukan berhubung mengapa mereka juga tidak harus bertanding di sana.

Lebih baik untuk mengaku kalah dalam Pertembungan Permatang Pauh, berbanding berhadapan dengan Perang PRU 14 dalam keadaan cedera.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/PRK-Permatang-Pauh-dan-Chempaka-Umno-cuba-elak-pukulan-berganda#sthash.SgzScUnC.dpuf

Wednesday, February 11, 2015

Keputusan Liwat II jamin kematian kerjaya politik Anwar

oleh Hazlan Zakaria

KOMEN: Apabila Mahkamah Persekutuan mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Mahkamah Tinggi dalam kes Liwat II, pentas telah dipersiapkan untuk kematian kerjaya politik beliau.

Tidak kira sama ada ia adil atau telah dimanipulasi, melalui asas undang-undang atau kekurangannya, apabila beliau dipenjarakan dia akan mempunyai kedudukan moral menjulang yang dia mungkin tidak punyai walaupun sebagai seorang yang bebas, walaupun dia begitu berkarisma dan dihormati.

Walaupun semasa di luar dia masih menunjukkan kebodohan ujian asid politik biasa yang beliau sendiri terus gagal lebih dari sekali, apabila dipenjarakan reputasinya melonjak, hikayat seorang pemimpin pembangkang popular yang dipenjara, menenggelamkan desas-desus lain.

Terdapat sebab-sebab mengapa sehingga ke hari ini, Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela terus menjadi ikon perjuangan politik, dan dipuja oleh mereka yang memperjuangkan kebebasan.

Dan Anwar mungkin boleh menyertai mereka apabila dia melangkahkan kaki ke dalam Penjara Sungai Buloh, di mana dia telah dihukum penjara lima tahun atas sabitan Liwat II.

Memang benar, wartawan-wartawan yang sudah masak dengan retorik Anwar dan imun kepada daya tarikan beliau pun, mengakui yang bulu roma mereka berdiri apabila mereka mendengar ucapan terakhirnya kepada mahkamah, sebagai tertuduh yang disabitkan.

Pentas telah pun diaturkan dan permainan telah bermula. Semuanya sudah diramal Anwar dalam temu bual dengan media asing.

Kemudian beliau memberi amaran bahawa penganiayaan politik terhadapnya tidak akan diterima rakyat, seperti yang berlaku sebelum ini kepada ramai pemimpin-pemimpin pembangkang lain.

Walaupun kita boleh berhujah sama ada dia telah didakwa atau dianiaya, penahanannya pasti akan menyebabkan banyak riak-riak gelombang besar.

Terutama dengan persoalan yang terus ditimbulkan mengenai cara mahkamah mengendalikan bukti dan penceritaan saksi yang digunakan untuk mensabitkan, dan akhirnya menjatuhkan hukuman ke atasnya.

Soalan-soalan yang pengkritik kata belum diselesaikan atau dihujah, selain daripada pendapat dan penghakiman hakim yang bijak.

Terutamanya bagaimana mahkamah memutuskan untuk menerima testimoni tertuduh, Mohd Saiful Bukhari Azlan tanpa bukti kebenaran seperti yang dibenarkan oleh undang-undang kita dalam kes-kes serangan seksual, tetapi memilih untuk memutuskan bahawa dalam kes Anwar, penafian beliau semata-mata adalah tidak mencukupi.

Ada juga yang melihat persoalan mengenai bukti DNA dan kewibawaannya, serta bagaimana Anwar DNA diperoleh melalui cara yang tidak konvensional.

Tetapi persoalannya ialah, adakah ini akan diterjemahkan ke dalam perhimpunan dan tunjuk perasaan di jalan-jalan seperti yang berlaku masa lalu?

Ia mungkin tidak akan berlaku kerana ketabahan rakyat Malaysia, walaupun penyokong tegar Pakatan, sudah diuji ke hadnya selama bertahun-tahun.

Satu perkara yang mungkin menguntungkan mereka yang berkuasa yang cuba untuk mendiamkan perkara ini, terutamanya berikutan perhatian antarabangsa.

Laporan-laporan penghakiman hari ini menyatakan bahawa jumlah kehadiran adalah jauh berbeza daripada ribuan yang membanjiri jalanan dan tempat letak kereta di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada tahun 2012.

Walaupun ramai yang letih tidak ragu-ragu yang Anwar tidak bersalah, cara kes itu dikendalikan telah menyebabkan masyarakat awam mengutuk kes itu sebagai lebih menyerupai suatu penganiayaan.

Terutama dengan dorongan tidak teratur kerajaan, seperti pengambilan seorang peguam yang dikaitkan dengan parti pemerintah, untuk menjadi pendakwa khas dalam kes itu.

Apa yang boleh berlaku adalah kebencian ke atas mereka yang berkuasa atas ketidakadilan, boleh menyebabkan lebih banyak sokongan untuk pembangkang dari segi penyokong, derma dan undi pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Itu pun jika Pakatan Rakyat tidak mensia-siakan kemasukan besar-besaran sumber politik, dan membiarkan pertengkaran mereka menjauhkan penyokong.

Seperti yang mereka telah nyatakan, tidak lama selepas keputusan bersalah itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan, pemimpin Pakatan dijadualkan mengadakan mesyuarat khas majlis kepimpinan, untuk membincangkan isu maha penting mengenai pengganti Anwar sebagai Ketua Pembangkang .

Penganalisis politik mengatakan bahawa Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sesuai untuk mengambil pucuk pimpinan kerana parti mereka tidak akan menerima kepimpinan yang seorang lagi.

Jadi pilihannya mungkin akan jatuh lagi sekali lagi kepada calon-calon dari PKR, untuk menjaga keamanan dan menyatukan pakatan itu.

Senarai calon penggantinya akan menjadi satu senarai yang singkat, walaupun beberapa pihak telah membuat spekulasi bahawa ia mungkin isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi.

Tetapi isunya di sini adalah dia akan perlu bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan Anwar secara automatik, setelah kehilangan kelayakan apabila dia didapati bersalah.

Walau apa pun, pada masa ini Wan Azizah hanya mempunyai kerusi DUN Kajang dan tidak ada kerusi Parlimen, kerana beliau sebelum ini telah mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar pada tahun 2008.

Dan bukan sekadar kekurangan satu kerusi parlimen, Wan Azizah kehilangan banyak kredibiliti selepas beliau meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh, apatah lagi membiarkan Anwar memerintah PKR walaupun beliau telah diundi sebagai presiden.

Pilihan tersedia adalah MB Selangor Azmin Ali, kerana dia sudah mempunyai kedudukan, asas sokongan dan biasa dengan tampuk kuasa. Dan juga kelicikan untuk menguruskan komponen Pakatan yang berbeza-beza.

Beliau telah menunjukkan kelicikan politiknya apabila beliau menjatuhkan MB sebelumnya, Tan Sri Khalid Ibrahim. Walaupun ramai yang mungkin tidak menggemarinya, ramai harus mengakui bahawa beliau paling bersedia untuk melaksanakan tugasan itu, sama seperti cita-citanya yang cukup tinggi.

Tetapi jangan terkejut jika PKR dan DAP berjaya mengilas lengan PAS dan memilih supremo DAP, Kit Siang sebagai ketua Pakatan interim sementara menunggu Wan Azizah menang di Permatang Pauh pada pilihan raya kecil.

Walau bagaimanapun cadangan sebegitu boleh membuatkan PAS, yang sudah pun renggang dengan DAP, meninggalkan gabungan itu.

Apa pun, Pakatan perlu berfikir segera dan meletakkan barisan baru untuk memimpin pakatan pembangkang itu, dalam ketiadaan Anwar.

Tetapi masih ada satu cara untuk Anwar memimpin Malaysia jika Pakatan berjaya memenangi PRU14, kerana pengampunan diraja boleh mengembalikannya ke kancah politik.

Bagi BN yang merupakan kerajaan memerintah semasa, sama ada mereka terlibat dalam pendakwaan atau penindasan terhadap atau pun tidak, pemenjaraan Anwar yang merupakan pengkritik terkuat mereka pastinya merupakan suatu rahmat.

Lebih-lebih lagi dengan Pakatan dalam keadaan kucar-kacir berikutan percakaran DAP-PAS.

BN mungkin dapat meneruskan pemerintahan mereka dengan tidak dicabar, kerana mereka hanya berdepan dengan Pakatan yang kucar-kacir.

Tetapi apa pun, Pakatan juga boleh melakukan keajaiban bukan sahaja dalam mencari pengganti kepada Anwar, tetapi juga menghilangkan obsesi mereka terhadapnya.

Mereka mungkin dapat bangkit dari abu pemenjaraan Anwar seperti burung phoenix, dengan menyusun barisan kepimpinan yang lebih muda dan meluncuri ombak sokongan rakyat.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Keputusan-Liwat-II-jamin-kematian-kerjaya-politik-Anwar#sthash.LYftLgax.dpuf

Tuesday, February 10, 2015

PKR bawa usul kritik hakim di Parlimen

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (tengah) ketika sidang media di ibu pejabat PKR sebentar tadi. Turut kelihatan Naib Presiden PKR, Azmin Ali (kanan) dan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli. - Foto TRP/Mokhsin Zamani

PETALING JAYA, 10 Februari:

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membawa usul bagi mengecam tindakan hakim-hakim yang terlibat dalam kes Liwat II (Fitnah 2) membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam sidang Parlimen akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, tindakan panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria mengatakan Mohd Saiful Bukhairi Azlan seorang saksi yang berwibawa jelas bertentangan dan tidak konsisten dengan kesemua bukti yang dibentang dan dihujah pihak pembelaan.

“Keadilan mengecam sekeras-kerasnya penghakiman kes Fitnah 2 hari ini. Kes Fitnah 2 ini jelas adalah satu konspirasi politik yang bertujuan untuk melemahkan kebangkitan rakyat yang semakin hari semakin mengancam kedudukan UMNO Barisan Nasional.

“Keputusan hari ini memusnahkan keyakinan rakyat terhadap kebebasan institusi kehakiman.

“Keadilan akan memfailkan usul di Parlimen untuk mengkritik perilaku hakim-hakim Mahkamah Persekutuan di dalam kes Fitnah 2 yang memenjarakan saudara Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Menurut Wan Azizah, keputusan mahkamah tidak akan melemahkan semangat parti sebaliknya PKR akan memperkukuh kepimpinan dan jentera parti untuk meneruskan perjuangan melaksanakan agenda rakyat demi Malaysia yang lebih baik.

“Kami akan menggalakkan orang ramai untuk menyertai perhimpunan solidariti di luar Penjara Sungai Buloh setiap hari, bermula malam esok (Rabu).

“Kami juga akan mengatur solat hajat pada hari Khamis malam Jumaat ini di setiap Cabang Keadilan seluruh negara.

“Keadilan istiqamah dan komited untuk tidak mensia-siakan pengorbanan saudara Anwar,” ujarnya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/10/pkr-bawa-usul-kritik-hakim-di-parlimen/#ixzz3RMB63gIU

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-