Saturday, January 29, 2022

Khaled tak tanding kerana takut kalah tapi kata Bersatu tak kuat

agendaily.com
29/1/2022

Khaled Nordin yang layak bertanding pada PRN Johor atas kapasiti Naib Presiden UMNO tidak mahu merampas kembali kerusi DUN Permas kerana mengetahui rakyat tidak lagi mahu menerimanya dan golongan muda juga bosan dengan UMNO yang dicop parti rasuah.

Naib Presiden UMNO Khaled Nordin yang mengumumkan tidak bertanding di mana-mana kerusi kerana takut mengalami kekalahan seperti yang berlaku pada 2018 lalu, mendakwa Pakatan Harapan (PH) menjadi saingan kepada Barisan Nasional (BN), bukan Bersatu.

Ini kerana PH lah menjadi punca BN khususnya UMNO dan dia sendiri sebagai Menteri Besar Johor ketika itu kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Walaupun, sesetengah pemimpin UMNO negeri itu melihat Khaled layak mengetuai kerajaan negeri jika bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi, dan BN menang besar, ada juga yang melihat dia tidak lagi relevan dalam suasana politik baharu sekarang ini yang dimonopoli golongan muda.

Malah, kerana bimbang lebih ramai golongan muda tidak memberi sokongan kepada UMNO yang dicop sebagai parti rasuah dipimpin pula oleh kluster mahkamah, Khaled mengalihkan perhatian mengatakan PH menjadi saingan mereka dalam PRN Johor kali ini.

Imej UMNO sebagai parti rasuah ini, sebelumnya dibangkitkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.

Menurut Abdul Hamid UMNO tidak ada pilihan dan tidak boleh menunggu lebih lama lagi sebaliknya perlu segera merehatkan Presidennya Zahid Hamidi serta Najib Razak, bagi membuang imej parti itu yang terpalit dalam belenggu rasuah.

Malah Bekas Ketua Hakim Negara itu berpendapat Zahid dan Najib sekarang ini menggunakan UMNO untuk membebaskan mereka daripada pertuduhan di mahkamah. Berita berkaitan

Pada PRU14 lalu, Khaled kalah teruk di dua kerusi ditandinginya. Di Parlimen Pasir Gudang dia kalah kepada calon PH, Hasan Karim yang memperoleh majoriti 24,726 undi.

Tidak puas hanya bertanding di kerusi Parlimen, Naib Presiden UMNO itu turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas yang dimenanginya pada PRU13, tetapi nasibnya malang apabila rakyat sudah menolaknya, apabila BN dan UMNO terjebak dengan skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia – menyeleweng dana berdaulat negara, 1Malaysia Development Berhad.

Dia juga – seperti pemimpin UMNO lain – menjadikan alasan tidak mahu kerajaan negeri diugut adalah punca PRN Johor perlu diadakan.

Untuk rekod kerajaan negeri Johor sebelum ini adalah gabungan BN dan Perikatan Nasional (PN) yang memiliki 29 kerusi manakala pembangkang 27 kerusi, tetapi mampu bertahan kerana semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH mahupun PN, tidak berminat untuk menyebabkan PRN diadakan.

Kecuali UMNO yang rakus dengan sikap tamakkan kuasa tanpa mempedulikan rakyat, lalu mengambil kesempatan daripada kematian ADUN Kempas daripada Bersatu, Datuk Osman Sapian untuk mencipta alasan ‘kerajaan negeri takut tumbang’ dan perlu diadakan PRN.

Sebagaimana alasan dikatakan Khaled pada pertemuannya dengan pemimpin UMNO Pasir Gudang semalam, PRN itu perlu diadakan kerana kerajaan Johor hanya mempunyai satu kerusi majoriti.

“UMNO tidak mahu Kerajaan Negeri diheret dengan pelbagai ugutan politik, ancaman menarik sokongan, dan sebagainya memandangkan Johor hanya mempunyai 1 majoriti sahaja.

“Maka atas dasar itu, UMNO ambil tanggungjawab untuk memulangkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang diyakini berkemampuan dan stabil,” kata Khaled.

Namun, seperti kata Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, UMNO ibarat itik yang telah patah kaki yang lupa daratan apabila telah sembuh. Berita berkaitan

Kenyataan Hadi menyusul pendapat Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Mokhtar Senik yang mengatakan UMNO telah kembali dirasuk sifat asal mereka yang tamakkan kuasa dan rakus terhadap kerusi pilihan raya, serta tidak insaf terhadap kekalahan teruk pada PRU lalu.

“Pada saya UMNO boleh dipapah dan dibantu untuk kuat tetapi tidak boleh dirawat sehingga menjadi terlalu kuat kerana bila merasa terlalu kuat UMNO akan mula lupa dan hilang keinsafannya,” kata Mokhtar. Berita berkaitan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-