Friday, January 28, 2022

Tolak tawaran 4 kerusi dari UMNO, PAS bukan minta sedekah – Abdul Hadi

SatuBerita.my
By SatuBerita
-January 28, 2022


PAS menolak empat kerusi yang ditawarkan oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang turut menegaskan bahawa PAS tidak akan ‘meminta sedekah’ untuk mendapatkan kerusi.

“Melaka nak beri dua kerusi. Johor nak beri empat… Takkan kita minta sedekah kerusi-kerusi ini? PAS bukan minta sedekah.

“PAS ada kekuatan sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah dhuha di Marang Terengganu.

Sebelum ini, dalam satu rakaman video yang tular, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad mendedahkan, UMNO menawarkan empat daripada 56 kerusi boleh menang kepada PAS namun PAS dikatakan tidak bersetuju kerana lebih berminat dengan tawaran 15 kerusi daripada Bersatu.

Abdul Hadi mengingatkan UMNO bahawa Pas ada kekuatan sendiri.

“Kita ada di 197 kawasan daripada 220 Parlimen. Ada 1 juta ahli, aktif 800,000. Kita buktikan melalui banjir di Selangor, Pahang dan Johor. Jentera Pas turun. Orang lihat ada yang buat rumah rosak, satu malam siap. Ini jentera kita, kita ada kekuatan.

“Masing-masing ada kekuatan masing masing . UMNO kena lihat ini. Kita tahu strategi di Melaka akan di bawa di Johor. Strategi tidak lebih daripada menggunakan undi teras UMNO.

“(Di Melaka) Peratus keluar mengundi 60 peratus. Undi teras UMNO. Undi atas pagar tak keluar habis. Undi muda tak keluar lagi. Undi UMNO hanya naik satu peratus di Melaka dan undi kita ada naik 100 peratus tapi tak cukup lagi. Tapi kita tidak mahu nak main-main kerana agenda kita nak menyatukan ummah.

“‘Tapi kalau UMNO nak ambil strategi panjang-panjang, kita ada strategi juga. Bila sampai masanya kita akan buat strategi ini,” tagasnya.

Ditanya sama ada pada PRN Johor Pas akan bersama Bersatu di bawah Perikatan Nasioanl (PN), Abdul Hadi berkata, tunggu dan lihat.

“Kita akan masuk pilihan raya tu. Tunggu dan lihat apa yang berlaku selepas ini,” ujarnya. 

SB

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-