Wednesday, March 9, 2022

Speaker mohon maaf beri Najib lebih masa perjelas kenyataan 1MDB

freemalaysiatoday.com
Jason Thomas
-March 9, 2022 1:37 PM

Atas permintaan, Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun memberi Najib Razak lebih masa untuk menjelaskan kenyataannya berhubung 1MDB kerana beliau sedang berkempen bagi calon BN di Johor. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun memohon maaf kerana tidak mempertimbangkan akibat memberi bekas Perdana Menteri Najib Razak lebih masa untuk menjelaskan kenyataannya mengenai 1MDB yang menimbulkan kontroversi minggu lepas.

Beberapa Ahli Parlimen mendakwa pada 2 Mac bahawa Najib mengelirukan Dewan Rakyat berhubung isu hutang 1MDB.

Ini mendorong Azhar meminta Najib pada Isnin menjelaskannya kepada Dewan selewat-lewatnya hari ini.

Bagaimanapun Najib berkata semalam, beliau tidak dapat berbuat demikian kerana berada di Johor untuk berkempen bagi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN). Katanya, beliau hanya dapat membuat penjelasan selepas hari pengundian pada Sabtu.

Azhar memberitahu Dewan Rakyat hari ini, Najib meminta lanjutan masa hingga Rabu depan, namun beliau memberikan masa sehingga Selasa.

Sejurus kemudian, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyatakan bahawa bukan sahaja keputusan Azhar mencipta duluan berbahaya dengan seolah-olah memberi gambaran bahawa politik diutamakan berbanding hal-hal Parlimen, ia juga seolah-olah memperkecilkan status Parlimen.

“Maknanya esok siapa pun boleh. (Jika) saya ada mesyuarat cabang Keadilan Port Dickson, boleh Speaker terima alasan itu?” soal Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Jawab Azhar: “Saya ambil perhatian dan terima kasih atas peringatan tersebut.

“Saya tidak ambil apa yang diperkatakan Yang Berhormat dalam pertimbangan sebelum saya buat keputusan tersebut.

“Pada masa hadapan, saya sudah tentu akan ambil perkara tersebut dalam pertimbangan. Minta maaf, Yang Berhormat.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-