malaysiakini.com
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: May 17, 2022 1:12 PM
Amanah Kelantan menegaskan tindakan Ketua Amanah Kota Bharu, Husam Musa mengkritik gerak kerja parti adalah bercanggah dengan perlembagaan parti, kata pengerusinya Muhammad Husain.
"Merujuk kenyataan pengerusi Save Kelantan dalam ucapannya yang memperlekehkan gerak kerja Amanah Kelantan, serta ugutan akan menentang calon dari parti sendiri jika tidak menerima piagam Save Kelantan, adalah bercanggah dengan Perlembagaan parti," katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini, hari ini.
Muhammad berkata, mesyuarat jawatankuasa Amanah Kelantan yang bersidang semalam juga mengambil beberapa keputusan berkait gerakan Save Kelantan yang diketuai Husam.
Katanya, Save Kelantan digerakkan atas platform entiti perniagaan SV Kelantan Global yang berdaftar dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Amanah Kelantan.
"Gerakan Save Kelantan ini tidak pernah dibincangkan dan dijadikan agenda parti, oleh itu tiada sebarang kaitan dengan Amanah Kelantan,” katanya.
Terdahulu Husam antara lain dilaporkan mengkritik Amanah yang dikatakan gagal melakukan semak imbang terhadap kerajaan Kelantan yang ditadbir PAS.
Sementara itu Muhammad berkata, sebarang kenyataan dan tindakan yang dibuat oleh mana-mana pihak selaku ahli Amanah sehingga boleh menjejaskan kepentingan organisasi, adalah melanggar etika dan disiplin sebagai seorang ahli parti yang bertanggungjawab.
"Amanah Kelantan meraikan sebarang usaha dan tindakan membela rakyat oleh semua pihak. Namun, ketika ghairah menyerang pihak PAS Kelantan, ahli Amanah dinasihatkan, jangan pula sampai melanggar parti sendiri, walaupun bertindak di atas nama sebarang pertubuhan.
"Semua aktiviti, agenda, tindakan dan usaha ke arah membela rakyat dan negeri Kelantan yang menghadapi pelbagai masalah akibat kegagalan kerajaan PAS Kelantan, adalah menjadi keutamaan Amanah Kelantan," katanya.
Selain itu Muhammad yang juga bekas anggota dewan undangan negeri (Adun) PAS berkata, pihaknya terus komited memperkukuhkan Pakatan Harapan (PH) serta mendukung sebarang keputusan Majlis Presiden PH khasnya berkaitan konsep 'khemah besar'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak hairan jike perkare sedemikian boleh berlaku dalam PRK DUN Sungai Limau ni. Sebenarnye dalam perkare hal begini kite sangat sukar ...
-
Beginilah jadi nye nasib orang melayu dan agama Islam di negare Islam Malaysia. SYABAS:NEGERI PAHANG AKAN JADI PUSAT AGAMA BUDDHA TERBESAR...
-
"Elok le tu. Dua sahabat - satu kena tendang dan yang satu lagi melompat. Dah tu tak habeh2 melalak kesana kemari. Sedo sikit le, jawat...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
freemalaysiatoday.com Faisal Asyraf 18 Feb 2025, 11:08 AM Pihak pendakwaan memaklumkan mahu memanggil seramai 30 saksi untuk memberi keteran...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.