Sunday, May 22, 2022

Bekas Setpol Anwar menang pemilihan cabang di kawasan MB Selangor?

agendaily.com
22/05/2022
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mencabar Menteri Besar (MB) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam pemilihan PKR bagi jawatan Ketua Cabang Gombak.

Spekulasi tercetus mengatakan bekas setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak sudah memenangi pemilihan Ketua Cabang PKR Gombak walaupun keputusan rasmi hanya akan diketahui esok.

Sekiranya berita Farhash menang tersebut disahkan dalam keputusan rasmi diumumkan esok, ia pasti akan memalukan Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Menteri Besar (MB) Selangor kerana tewas di kawasan Cabang yang dikuasainya memandangkan Farhash hanya pendatang baharu bertanding di kawasan itu.

“Kalau ikut kiraan tidak rasmi, Farhash Wafa Salvador sudah menang pemilihan bagi Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gombak,” kata seorang sumber parti yang dipetik portal Sinar Harian hari ini.

Bagaimanapun, sumber Agenda Daily memberitahu keputusan rasmi hanya akan diketahui esok dan menolak laporan Sinar Harian tersebut yang disifatkan tidak masuk akal.

Jelas sumber, akses kepada sistem pemilihan tersebut hanya diberikan kepada beberapa individu tertentu yang empunyai jawatan kanan dalam parti dan mempersoalkan laporan memetik sumber seperti dilaporkan Sinar Harian.

“Akses dalam sistem pemilihan hanya dimiliki oleh beberapa individu tertentu sahaja, lagi pun tidak masuk akal seorang MB boleh tewas kepada Farhash.

“Jika orang fikir Farhash lebih banyak wang, adakah MB Selangor tidak memiliki banyak wang?” kata sumber kepada Agenda Daily.

Farhash memberikan saingan kepada Amirudin bagi jawatan Ketua Cabang Gombak.

Amirudin dilihat sebagai orang bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-