Saturday, May 21, 2022

Ramai pemimpin PAS mahu bersama MN, Razlan anggap kenyataan Muhyiddin pandangan peribadi

freemalaysiatoday.com
Mohamad Fadli
-May 21, 2022 6:00 PM
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Razlan Rafii, berkata kenyataan Muhyiddin Yassin adalah pandangannya sebagai pengerusi Perikatan Nasional.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin tertinggi Umno menyifatkan kenyataan Muhyiddin Yassin berhubung PAS akan terus beristiqamah dengan Perikatan Nasional (PN) hanya pandangan peribadi pengerusi gabungan itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Razlan Rafii, mendakwa terdapat ramai pemimpin PAS sebenarnya mahu bersama Umno dalam Muafakat Nasional (MN).

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan nama pemimpin PAS yang mahu bersama Umno dalam MN.

“Apa Muhyiddin cakap tempoh hari adalah berkenaan pandangan dia. Namun setakat hari ini (tiada pimpinan PAS ulas kenyataan Muhyiddin).

“Kita tak dengar apa-apa lagi berkenaan perkara itu. Yang kita tahu ada ramai pemimpin PAS mahu bersama MN,” katanya kepada FMT.

Selasa lalu Muhyiddin berkata PAS akan terus beristiqamah dengan PN.

Muhyiddin berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan dalam pertemuan sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata beliau juga tidak akan menghalang mana-mana parti dalam PN mengambil sebarang langkah dalam strategi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed, berkata beliau berpandangan tindakan PAS “bagus” dan menggalakkan lagi untuk parti berkenaan bersama Bersatu dalam PN.

Beliau percaya pimpinan PN hanya melakukan usaha untuk kepentingan wakil rakyat dan bukannya ahli mereka.

“Umno galakkan lagi istiqamah dan pernikahan PAS dengan Bersatu yang jelas untuk kepentingan pemimpin wakil rakyat dan bukan ahli.

“Pemimpin PN yang tak ada visi untuk menyelesaikan masalah rakyat tapi masih berpolemik Islam sambil menipu rakyat bukan Islam,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-