Sunday, May 22, 2022

Siapa tolak MN, dia ‘nyawa-nyawa ikan’, Sanusi jawab Zahid

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-May 21, 2022 10:50 PM
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Sanusi Md Nor, berkata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kini berada dalam situasi ‘nyawa-nyawa ikan’ kerana menolak Muafakat Nasional (MN). (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya berada dalam situasi “nyawa-nyawa ikan” kerana menolak Muafakat Nasional (MN), kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Sanusi Md Nor, hari ini.

Beliau berkata, hanya sebilangan kecil sahaja yang menolak MN, termasuk pengerusi Barisan Nasional itu.

Katanya, MN merupakan suatu ikatan yang penting kerana ia menyatukan orang Melayu dan ummah dalam beberapa isu berbangkit.

“Dia (Zahid) yang nyawa-nyawa ikan, orang lain mahu kekalkan MN, saya ingat ada dua atau tiga orang saja yang tidak mahu MN. Mereka itulah yang sedang ‘nyawa-nyawa ikan’,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Sanusi yang juga menteri besar Kedah menegaskan, semua pemimpin PAS sehingga kini masih mahu mempertahankan MN, berbanding pemimpin Umno yang sering membuat kenyataan berunsur negatif.

“Saya percaya semua orang mahukan penyatuan orang Melayu dan penyatuan ummah. Dalam parti saya (PAS) semua okey, parti Umno yang tak mahu,” katanya.

Semalam, Zahid menyifatkan kerjasama Umno dan PAS menerusi MN sebagai ‘nyawa-nyawa ikan’.

Beliau berkata, soal masa depan MN wajar dibincangkan di peringkat jawatankuasa kedua-dua parti itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-