Friday, August 19, 2022

‘PAC bebas, jangan cabar kredibiliti kami’: Pemimpin UMNO diberitahu

agendaily.com
19/08/2022
Sekumpulan individu berhimpun di hadapan kompleks beli-belah Sogo di ibu negara sebagai membantah skandal kapal tempur Tentera Laut Diraja Malaysia, pada 14 Ogos 2022.
- Gambar Twitter

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh dengan tegas mengecam pengkritik daripada UMNO yang menuduhnya sebagai “alat” untuk menyerang parti mereka demi pengaruh politik.

Ahli Parlimen Ipoh Timur daripada DAP itu memberi amaran kepada bekas Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak daripada memburuk-burukkan ahli jawatankuasa semasa berhubung penemuan mereka dalam perolehan kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang penuh skandal.

“PAC bebas, jangan cabar kredibiliti PAC.

“PAC tidak membuat laporan berdasarkan emosi peribadi. Laporan PAC adalah berdasarkan fakta dan keterangan. Laporan PAC adalah konsensus semua ahlinya.

“Mereka yang duduk dalam PAC adalah dari kedua-dua blok di Parlimen yang bertindak sepenuh hati untuk menjaga penggunaan wang rakyat. Cukup!” Wong berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu mereka yang ragu-ragu bahawa mereka boleh membaca laporan menyiasat skandal kewangan yang dibuat oleh PAC di bawah kepimpinannya dan membandingkannya dengan jawatankuasa yang diketuai Nur Jazlan dan memutuskan sendiri mana yang lebih boleh dipercayai.

“Saya membaca komen berunsur tuduhan Nur Jazlan berkenaan dengan PAC-LCS. Seperti sesetengah politikus yang lain, mantan Pengerusi PAC itu menuduh PAC yang dipengerusikan oleh saya dipergunakan “bagi mencari modal politik baru untuk serang UMNO / Barisan Nasional (BN)”.

“Bukan sekali saya telah menjawab tuduhan dan tohman sebegitu. Jangan cuba memburukkan kredibiliti PAC. Kamu nak cari jalan keluar politik, kreatif sikit, itu tidak kena mengena dengan PAC, jangan sentuh PAC. PAC bebas, jangan cuba cabar kredibiliti PAC.

“Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pun telah banyak kali ungkitkan perkara yang sama, yang saya telah jawab. Saya bagi jawapan saya kepada Najib tahun lepas dan tahun ini untuk memudahkan Nur Jazlan buat rujukan,” katanya dalam kenyataan hari ini (19 Ogos 2022).

Beliau memberitahu mereka yang ragu-ragu bahawa mereka boleh membaca laporan siasatan skandal kewangan yang dibuat oleh PAC di bawah pimpinannya dan membandingkannya dengan jawatankuasa yang diketuai Nur Jazlan dan memutuskan sendiri mana yang lebih boleh dipercayai.

Wong berkata Nur Jazlan bermegah sebagai akauntan bertauliah berbanding ahli PAC semata-mata yang hanya ahli politik dan tidak mempunyai kelayakan profesional tetapi menegaskan pemimpin UMNO itu telah meletak jawatan sebagai pengerusi PAC pada 28 Julai 2015 di tengah-tengah penelitian Parlimen terhadap skandal 1MDB untuk menerima jawatan timbalan menteri.

“Beliau sepatutnya menggunakan pengetahuannya untuk membantu PAC ketika itu dan menyiapkan laporan akhir 1MDB terlebih dahulu.

“Bagaimanapun, selepas dilantik sebagai timbalan menteri, beliau mendiamkan diri dan kini beliau cuba mempersoalkan kredibiliti PAC terhadap PAC,” kata Wong.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-