Tuesday, September 27, 2022

Aura ‘Bossku’ masih kuat, bakal pacu kejayaan BN, kata Zahid

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-September 27, 2022
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi (kanan) berkata jasa dan budi Najib Razak tetap tersemat rapi dalam sanubari anggota masyarakat
(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) akan terus berkembang maju kerana aura “Bossku” Najib Razak kekal kuat walaupun bekas perdana menteri itu dipenjarakan, kata pengerusi gabungan, Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata, walaupun musuh BN gembira dengan pemenjaraan Najib, kegembiraan mereka tidak lama kerana Ahli Parlimen Pekan itu kekal popular dalam kalangan rakyat.

“BN terus mara. Jasa dan budi ‘Bossku’ tetap tersemat rapi dalam sanubari anggota masyarakat yang mula mengetahui kebenaran di sebalik kebenaran. Sekali gus melonjakkan lagi keyakinan dan kepercayaan majoriti rakyat untuk memberi kemenangan besar kepada BN dalam PRU15 akan datang,” katanya di Facebook.

Presiden Umno itu juga yakin usaha pembangkang memburukkan nama baik Najib tidak akan berjaya walaupun beliau sudah berada dalam penjara

“Mereka terlepas pandang perkara pokok tentang ‘Bossku’.

“Seperti pernah dijelaskan Najib Razak makna sebenar slogan ‘Bossku’ adalah rakyat,” kata Zahid.

Najib mula menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukumannya terhadap kes rasuah SRC International.

Pada Mac, Zahid berkata kemenangan besar BN dalam pilihan raya negeri Johor disebabkan oleh Najib sambil menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai “pengurus kempen sebenar” untuk gabungan itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-